Korea merupakan salah satu keluaran produk terbaik di dunia. Jadi, tidak hairanlah jika datang ke sana kita akan lihat kulit wajah masyarakatnya cukup cantik dan menawan. Malah, mereka juga mengamalkan beberapa langkah ‘skincare routine’ untuk memastikan kulit wajah mereka tidak rosak.

Rajin mereka ni. Pada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, ada produk yang sesuai untuk kulit wajah anda agar tidak merengsa selepas memakainya. Hasilnya, kulit anda akan tampil lebih berseri dan bersinar sepanjang masa. Dibawah ini list tentang produk kecantikan dari Korea yang harus anda jadikan koleksi untuk mendapatkan kulit flawless.

1) LANEIGE Multi Deep Clean Cleanser

5 Produk Kecantikkan Korea Terbaik Anda Kena Cuba

Pencuci muka dari jenama Korea ini yang diformulasi dengan enzim Papain dan ekstrak Blueberry. Pembersih ini juga berfungsi untuk menjadikan kulit lebih bersih dan cerah. Ianya dapat menghilangkan sel-sel kulit mati yang degil, kotoran dan lebihan sebum dari liang pori.

Dengan pengunaan yang kerap, produk ini mampu menjaga sel kulit tanpa merosakkan kulit dan kesannya membuatkan kulit anda kelihatan cerah berpanjangan.

2) Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser

5 Produk Kecantikkan Korea Terbaik Anda Kena Cuba

Masalah kulit berjerawat belum selesai? Boleh cuba kecutkan jerawat degil korang tu dengan pencuci wajah khas dariapda Cosrx ni. Untuk pengetahuan semua jenama Cosrx dari Korea ni memang arif dalam bidang kulit berjerawat. Semua produk mengandungi bahan yang dirumus untuk membunuh anasir jahat yang ada pada wajah korang tu.

IKLAN

3) SOME BY MI Miracle Cream

5 Produk Kecantikkan Korea Terbaik Anda Kena Cuba

Produk daripada Some By Mi ini sesuai untuk kulit berjeragat kerana ianya di dalam bentuk krim pelembap yang bukan sahaja membantu menghakis sel kulit mati dengan lembut, malah memberikan lembapan yang maksimum supaya kulit tidak pedih dan sensitif ketika asid-asid di dalam produk ini menjalankan kerja-kerja pembaikan mereka.

Diperkaya dengan AHA, BHA, PHA dan ekstrak Centella Asiatica, kulit anda akan menjadi lebih cerah, bebas jeragat dan bintik hitam. Kulit terasa lebih lembut, anjal dan bebas cela.

4) INNISFREE Apple Seed Cleansing Oil 

5 Produk Kecantikkan Korea Terbaik Anda Kena Cuba

IKLAN

Cleansing Oil ini adalah minyak untuk membersihkan kulit yang dirumus khas dengan benih biji epal dan ekstraknya bagi membantu untuk menghapuskan solekan sambil mengekalkan kulit segar dan lembut. Aroma epal yang segar akan membuatkan anda berasa lebih baik dan santai serta menyamankan kulit.

Ekstrak epal ini kaya dengan vitamin dan asid organik untuk merawat sel kulit mati yang mengelupas dan membuka liang pori untuk menghapuskan kotoran yang tertanam pada kulit wajah secara berkesan.

5) KLAIRS Supple Preparation Toner

5 Produk Kecantikkan Korea Terbaik Anda Kena Cuba

Bagi sesiapa yang yang tak mahu pori atau liang roma wajahnya tersumbat dengan segala macam anasir jahat, boleh lekas memakai toner setiap kali lepas mencuci kerana toner berfungsi untuk mengecutkan kembali pori.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : productnation

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI