Subang atau lebih dikenali sebagai anting-anting merupakan pelengkap yang penting dalam dunia perkahwinan.

Pemakaian anting-anting melengkapkan aksesori pengantin perempuan yang tidak mengenakan hijab. Dengan memakai subang yang sesuai dengan peribadi, personaliti, busana dan situasi, pastinya penampilan anda lebih menyerlah dan tampak elegan.

Edisi kali ini, Pesona Pengantin menghimpunkan seleksi anting-anting yang sesuai digayakan untuk majlis meraikan cinta. Perlu diingat, pemilihan anting-anting yang bersesuaian dengan bentuk wajah juga memainkan peranan menyerikan lagi penampilan si raja sehari.

.

1.Teardrops

Drop earring atau anting yang memanjang ke bawah amat sesuai dijadikan pilihan bagi pengantin yang punya raut wajah bulat. Anting-anting jenis ini membuat wajah terlihat lebih lonjong. Hindari anting-anting yang terlalu sarat kerana ia membuatkan wajah kelihatan lebih padat. Anting-anting ini juga sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan penampilan yang lebih seimbang, anting-anting ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.

.

2.Cluster

Anting-anting jenis ini kelihatan seperti Stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan dan lebih nyata buat si pemakai.

IKLAN


.

3.Huggies

Ia kelihatan seperti Hoop namun saiznye jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor. Ia membuatkan si pemakai tampil lebih feminin dan sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.

IKLAN


.

4.Dangle

IKLAN

Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah untuk gaya ratu sehari. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.

5.Chandelier

Chandelier merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah bentu hatii atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat penampilan raja sehari. Kebiasaannya,rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan bersinar.

Jadi, bakal pengantin, ketahui bentuk wajah terlebih dahulu agar pemilihan anting-anting yang bersesuaian digayakan di hari istimewa.Elak jadi mangsa fesyen ok!