Pasangan yang baru berkahwin dan menjalani rumah tangga semestinya ini lah masanya untuk mengenali lebih mendalam lagi antara satu sama lain. Ini juga adalah masanya untuk anda dan pasangan meluang bersama waktu yang ada sebelum anda berdua menimang cahaya mata. Untuk merapatkan lagi hubungan antara kedua pasangan, anda perlulah saling memahami kerana komitmen adalah sangat penting dalam sesebuah hubungan.

Walau sesibuk mana pun anda, cuba luangkan masa untuk pasangan anda agar dia mengetahui yang anda sentiasa mengambil berat tentangnya. Anda dan pasangan boleh lakukan aktiviti bersama di hujung minggu. Ini lebih memberi masa yang sangat sesuai untuk anda berdua. Kami kongsikan antara aktiviti yang anda boleh lakukan bersama.

1.Menonton Filem

via GIPHY

Mungkin ini kedegaran agak cliché tetapi ini adalah idea yang paling ringkas dan menarik buat anda dan dia. Selain menonton filem di wayang, anda juga boleh menonton filem hanya di rumah seperti di dalam laptop, dan televisyen. Bukankah itu lebih sweet?

 

2. Makan Di Tempat Menarik

via GIPHY

IKLAN

Luangkan sedikit waktu anda seperti makan malam di restoran istimewa bersama pasangan. Mungkin dia sudah lama mengidamkannya dan tidak pernah mencuba. Lihat di internet tentang komen-komenya atau cari sahaja di telefon pintar anda.

 

3. Pergi ke Konsert atau Festival

via GIPHY

Di Malaysia, boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja karvila yang berlangsung. Antaranya festival muzik, persembahan seni, dan banyak lagi. Anda boleh mengetahui info lebih lanjut yang di internet atau media sosial sebelum anda pergi.

 

IKLAN

4. Berkelah

via GIPHY

Rancangkan satu perkelahan di hujung minggu. Jika bukan di pantai, anda boleh sahaja pergi ke mana-mana lokasi yang menawarkan pemandangan yang indah. Kongsikan imej makanan yang anda nikmati bersama ketika berkelah di Instagram atau memuat naik rakaman video secara langsung di akaun media sosial anda yang lain.

 

5. Permainan dalam Talian

IKLAN

via GIPHY

Ini juga adalah aktiviti yang menarik boleh anda lakukan. Ianya agak menyeronokkan lebih-lebih lagi jika anda berdua jenis yang adventure. Apatah lagi dapat berlawan satu sama lain dalam permainan kegemaran bersama-sama menggunakan liputan kelajuan Internet secara konsisten.

 

6. Taman Tema

via GIPHY

Di Malaysia, terdapat banyak taman tema menarik seperti di Genting Highlands, Berjaya Times Square, Sunway Lagoon ataupun di iCity Shah Alam. Ia lebih menarik kerana anda dapat melakukan banyak aktiviti di taman tema. Ia lebih menyeronakan dan lebih hiburan.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI