Bukan semua orang jenis yang nak kahwin awal, banyak lagi benda yang mereka fikirkan untuk diri mahupun keluarga. Jadi, ini 6 alasan untuk anda yang rasa-rasa macam belum bersedia nak kahwin. Selamat berjaya!
KERJA NO 1
Kedengaran agak cliche, yes memang cliche pun jika anda memberi jawapan hambar ‘saya tak nak kahwin sebab saya suka dengan kerja saya…’ anda kena lah beri penjelasan yang jelas seperti ‘saya sedang membina karier demi hidup berkeluarga nanti’, ‘saya sedang fokus untuk kenaikan pangkat..selepas itu baru bersedia’ atau ‘sebenarnya sedang mencari jodoh yang satu tempat kerja’. Gunakan alasan yang beri sudut yang positif, terapkan dalam minda anda apa-apa pun alasannya haruslah memberi kebaikan untuk berkahwin lewat.
BANYAK HUTANG NAK KENA SETTLE
PTPTN, bayaran bulanan kereta, pinjaman modal perniagaan dan banyak lagi lah yang kena anda bereskan. Beritahu sahaja kepada mereka yang anda tidak mahu membebankan suami anda dengan hutang dan yang paling penting anda inginkan kehidupan perkahwinan yang bebas dari tanggungan hutang. Wow! Pasti ibubapa anda bangga dengan kenyataan ini. Hehehe. Jangan lupa untuk beritahu anda juga sedang menyimpan untuk hari perkahwinan nanti.
IKLAN
MASIH MENCARI HALA TUJU KEHIDUPAN
Hidup hanya sekali, Penulis percaya banyak yang anda ingin capai dalam hidup ini. Salah satunya mengejar matlamat dan cita-cita anda yang mungkin masih lagi jauh. Apa kata anda cabar diri untuk sibuk mempersiapkan diri untuk membuktikan pada mereka yang banyak lagi perkara yang anda perlu fikir selain soal kahwin. Tunjukkan yang anda bersungguh benar ingin mengecap impian anda dan pastilah makcik ‘machine gun‘ pun tak berani nak tegur tau. Siapa mampu nak tegur bakal wanita berjaya negara kelak! Hehehe.
IKLAN
TAK JUMPA JEJAKA YANG SERASI
Jangan anggap diri anda loser jika belum menemui pasangan. Hey! Good things always come late. Jadi jujur sahaja kepada ibubapa yang sememang anda belum ada teman lelaki untuk dinikahi.Diingatkan juga tekankan yang anda punya rakan lelaki tapi tiada yang serasi untuk hidup bersama. Iyalah, Penulis tak mahu ibu bapa anda fikir anda sejenis yang tidak bersosial pula. Jelaskan pada mereka, anda masih mencari yang sesuai dan serasi untuk dijadikan suami.
IKLAN
INGIN BANTU KELUARGA
Tidak kisah lah anak sulung atau bongsu, kita masing-masing punya tanggungjawab kepada keluarga dan ibubapa. Beritahu mereka yang keluarga adalah fokus utama anda selepas perkahwinan. Pasti ada diantara pembaca kini sedang menyara belanja pembelajaran adik-adik yang sedang bersekolah atau melanjutkan pelajaran bukan? Iyalah, hidup di zaman ekonomi yang kurang bagus ini kadang-kadang perbelanjaan tidak cukup hanya dari satu pihak.
SUDAH BIASA HIDUP BERDIKARI
pasti ada diantara kamu sudah memiliki aset sendiri seperti rumah, kereta ataupun perniagaan sendiri. Jadi anda sudah terbiasa bahkan lebih selesa dengan kehidupan seorang diri a.k.a berdikari. Juga anda sebenarnya mencari calon suami yang punya sama standard seperti anda bukan?
Kadangakala sifat seseorang lelaki sukar untuk diduga. Mereka sering merahsiakan isi hati daripada meluahkannya kepada wanita. Namun, sekiranya seorang wanita dapat memahami lelaki itu dengan baik, pasti hubungan anda berdua akan bertambah erat dan perasaan kasih sayang semakin berbunga.
Agar mudah untuk wanita tahu apa yang seorang lelaki inginkan daripada anda, ayuh tengok 10 perkara ini.
1. CUBA MEMAHAMI
Cuba faham sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian sesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik anda cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda asalkan ia tidak bertentangan dengan agama dan budaya.
2. TERIMA SEADANYA
Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki bukan mengubah lelaki menjadi orang lain. Jika seseorang wanita itu mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai wanita tersebut. Terima lelaki seadanya seperti mana dia sudi menerima anda.
3. SALING MEMPERCAYAI
Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya sukar dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.
4. CUBA MEMUJUK
Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain. Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri.
5. JANGAN MERENDAHKAN MARTABAT LELAKI
Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Ini akan membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.
6. BERILAH RUANG
Seorang lelaki juga memerlukan ruang tersendiri. Mereka kadangkala memerlukan masa bersama teman-teman dan menghabiskan masa bersama. Jangan terlalu mengongkong hidup mereka kerana perkara ini cukup tidak disukai oleh lelaki. Berikan ruang dan masa untuknya bersendiri dan bersama rakan-rakan melepak serta membuat aktiviti kegemaran mereka.
7. BERIKAN PENGHARGAAN
Lelaki juga ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai dengan senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk membuatkan hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas di pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucapkanlah terima kasih. Penghargaan sedemikian dapat menimbulkan rasa cinta anda terhadapnya. Lihatlah! Pasti dia tidak jemu-jemu untuk membantu anda lagi di lain kali setelah melihat sifat anda yang sering menghargainya.
8. RASA HORMAT
Lelaki perlukan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar-benar memahami dia. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada wanita. Bertolak-ansurlah. Hormat yang dimaksudkan di sini ialah anda hormat dengan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan anda terhadapnya. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda itu.
9. BERIKAN GALAKAN
Lelaki juga suka mendapat galakan daripada seorang wanita, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situasi yang genting atau sedang bersedih, cubalah berikan mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak!
10. BERSOPAN-SANTUN
Bercakaplah dalam nada yang lemah-lembut dan penuh sopan-santun. Lelaki cukup suka pada wanita yang mempunyai ciri-ciri ini. Wanita yang mempunyai sifat ini akan membuatkan lelaki mudah jatuh hati dan tertawan dengannya. Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawan jantinanya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.
Bila masuk ke fasa berumahtangga, pasti ada ketika dilanda badai, elakkan berlanjutan, suami isteri ada tanggungjawab yang harus dilaksanakan bersama. Ini petua khas untuk anda mencipa keluarga harmoni dan bahagia. Selamat beramal.
1 ? SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2 ? Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3 ? Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4 ? Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5 ? Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6 ? Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7 ? Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8 ? Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9 ? Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10 ? Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11 ? Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12 ? Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13 ? Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.” ?
14 ? Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15 ? Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16 ? Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17 ? Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18 ? Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19 ? Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20 ? Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21 ? Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22 ? Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23 ? Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24 ? Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25 ? Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26 ? Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27 ? Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28 ? Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ?) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29 ? Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30 ? Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31 ? Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32 ? Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Benarlah kata orang, jodoh itu takdir yang sudah tertulis sekian lama. Begitu juga buat pasangan Wan Shaida Binti Wan Zainal Abidin yang sah bergelar isteri merangkap peneman sehidup semati kepada Amal Zakirin bin Awal. Tautan cinta yang bermula dengan perkenalan sewaktu di alam universiti, masing-masing belajar di UITM Shah Alam dalam jurusan yang sama. Kebetulan, Wan Shaida merupakan junior kepada Amal Zakirin, berkenalan selama lebih kurang enam tahun sebelum meneruskan cinta ke fasa seterusnya.
Pengakhiran cinta ini termetrai menerusi majlis akad nikah dan resepsi yang berlansung di Laman Kayangan, Shah Alam pada 21 Oktober 2018. Menurut Wan Shaida, dia tidak memilih spesifik tema untuk majlis mereka, semuanya diserahkan kepada pihak dewan iaitu Hanafi untuk mengatur. Namun masih mengekalkan segalanya dilakukan ringkas.
Memilih Maldives sebagai tempat berbulan madu, kerana ia adalah destinasi pilihan. Sesuai buat mereka berdua yang sukakan suasana bersantai di pulau.
AKAD NIKAH
Tarikh: 21 OCT 2018
Lokasi: LAMAN KAYANGAN, SEK 7, SHAH ALAM
Tema: SIMPLE
Dekorasi pelamin: RYNS AVENUE (LAMAN KAYANGAN SEK 7)
Busana: TEHFIRDAUS
Solekan & tudung: FACESBYMIN
Bunga tangan: TICKLE LEAF
Fotografi: LUCID CO
Videografi: KRETVIDEO
RESEPSI PEREMPUAN
Tarikh: 21 OCT 2018
Lokasi: LAMAN KAYANGAN, SEK 7, SHAH ALAM
Tema: SIMPLE
Dekorasi pelamin: RYNS AVENUE (LAMAN KAYANGAN SEK 7)
Busana: TEHFIRDAUS
Solekan & tudung: FACESBYMIN
Bunga tangan: TICKLE LEAF
Fotografi: LUCID CO
Videografi: KRETVIDEO
RESEPSI LELAKI
Tarikh: 27 OCT 2018
Lokasi: RUMAH PENGANTIN LELAKI, KUANTAN, PAHANG
Busana: TEHFIRDAUS
Solekan & rambut: SYAKIERA AZLAN
Ini nasihat buat bakal pengantin, untuk membina bahagia itu tidak mudah dan manis seperti dalam dram Tv. Ada masa pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang tak pernah terfikir dek akal.