Trend dulang hantaran perkahwinan sentiasa berubah-ubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah ke trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya miliki ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Walau bagaimanapun dulang hantaran menggunakan bunga segar tetap menjadi pilihan bakal mempelai kerana ia lebih menyerlah.
Perlu diingatkan bahawa hiasan bunga segar tidak boleh terlalu sarat sehingga menenggelamkan barang-barang hantaran. Memadai dengan beberapa kuntum bunga bagi memperindahkan gubahan hantaran. Kebiasaannya bunga-bungaan disusun kemas di sekeliling dulang. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kreativiti anda untuk menggubah dulang hantaran asalkan ia tidak nampak terlalu padat.
Berbanding dahulu, kebanyakan dulang hantaran pada masa kini lebih berkonsepkan pada warna-warna pastel. Antara pilihan bunga-bunga segar yang sering menjadi pilihan ialah hydrangea, baby breath, ros, lili dan sebagainya.
Gabungan warna-warna pastel dan kesesuaian dengan penggunaan bunga untuk dulang hantaran sangat sesuai untuk majlis nikah mahupun majlis persandingan. Pilihan trend sebegini memudahkan proses memadankan dulang hantaran dengan tema majlis pertunangan atau perkahwinan secara keseluruhannya.
Ayuh kita cuci mata dengan pilihan dulang hantaran yang ‘bermain’ dengan gabungan warna-warna pastel bunga-bunga segar.
Hasil deko ruang tamu sendiri, nampak tenang dan luas bila pandai main warna. Sebenarnya nak menghias kediaman ni bukan lah suatu perkara yang boleh siap dalam masa satu hari. Segalanya perlu dilakukan dengan teliti dan penuh kesabaran.
Jika inginkan hasil yang menepati citarasa, pemilik perlu libatkan diri dalam proses ubahsuai dan jangan lepas tangan.
Bagi Puan Miera Azmira, beliau lebih senang menghias sendiri kediaman teres Semi D milikny adan keluarga yang terletak di Temerloh ini.
Selama 4 tahun tinggal dirumah tersebut, Puan Miera perlahan-lahan cuba mendeko setiap ruang dengan warna kegemarannya iaitu merah jambu.
“Setiap sudut ruang 100% saya buat sendri tanpa pertolongan sesiapa walaupun suami. Tetapi alhamdulillah, suami tiada halangan langsung dalam pemilihan warna walaupun warna pink…”
Menurut Puan Miera lagi, kediaman dengan konsep moden inggeris ini dihias dengan rona yang cerah agar ia tampil lebih luas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik pula tengok rumah yang ada bilik baking dalam rumah, nampa kemas dan teratur bila pandai bab susun atur ruang.
Begitulah yang dihasilkan oleh suri rumah, Puan Noraini Hashimah menerusi laman Facebook miliknya Ainie Syeema.
Mendiami rumah teres empat bilik termasuk stor, tidak menjadi masalah untuk tiga beranak dalam keluarga ini mendeko ikut idea sendiri.
Profesional baker tersebut mengakui minat dalam bidang pembuatan kek merupakan antara sebab utama beliau berbuat demikian.
Selain itu, Noraini juga tidak mahu membuatkan ruang berkenaan nampak serabut.
“Sekadar berkongsi bilik baking yang jadi tempat saya bekerja yang berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu. Sebenarnya ini rumah teres biasa yang dibeli memandangkan sebelum ini kami hanya menyewa.
“Awal-awal masuk rumah saya sudah cop satu bilik untuk dijadikan bilik baking. Sengaja saya tidak mahu campurkan dengan dapur,” ujar beliau yang mesra disapa Ainie Syeema.
Pada masa sama, wanita ini mahu memberi keselesaan kepada suami dan anaknya terutama ketika waktu makan.
Oven, chiller dan peti ais sengaja diletakkan di bahagian ruang makan tepi dinding. Setiap satunya ditempatkan plug berasingan bagi tujuan keselamatan.
Biarpun ruang bilik yang berukuran 6 X 6 kaki itu sempit, namun dengan kreativiti dan cara ibu kepada seorang cahaya mata itu membolehkan ruang berkenaan tampak tersusun dan kemas.
“Saya memang sengaja menghias serba ringkas memandangkan ruang tersebut terhad. Pada saya, walaupun hanya baking di rumah, namun tetap kena ada susun atur supaya senang kita nak cari barang, kerja juga akan lebih teratur.
“Ruang baking ini terletak bersebelahan dengan dapur. Jadi, mudahlah untuk saya membuat kerja-kerja dalam bilik termasuklah membakar dan mencuci barang selepas selesai semua kerja,” ujarnya lagi.
Barangan untuk kegunaan kerja-kerja membuat kek tersusun kemas di bahagian rak atas. Sementara bahan-bahan seperti gula, serbuk coklat, tepung dan buttercup ditempatkan di bahagian bawah.
“Semua ada tugas masing-masing ikut kepada satu-satu keperluan. Ini kerana ada mixer atau pengadun kek yang lain-lain kegunaannya. Ada yang cantik buat cake, ada yang sesuai buat cookies.
“Selain itu, bahan untuk baking memang saya beli berasingan dengan kegunaan peribadi di dapur. Jadi, barangan tidak bercampur,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Ainie Syeema berkata, beliau memilih konsep terbuka yang memudahkannya melihat semua stok tanpa tersorok dalam almari atau sebagainya, selain memudahkan untuk mencari barang.
“Saya tiada sebarang tip penjagaan, cuma saya aplikasikan first in first out. Malah, saya juga mempunyai jadual berkala yang mana hari Isnin adalah hari untuk berkemas dan memeriksa barangan baking supaya tiada yang tamat tempoh.
“Selain itu, macam mana kita masuk, begitulah kita keluar. Selepas siapkan kerja, penat macam mana sekalipun kena pastikan bilik sentiasa kemas. Walaupun kita baking dalam rumah tetapi kena disiplin dalam mengemas. Kerja juga akan lebih teratur,” katanya.
Haa.. untuk anda yang baru berumah tangga dan ada plan nak buat bisnes dari rumah macam ini, boleh lah cuba deko ruang baking sendiri ya. Barulah kemas dan tak stress buat kerja. Nak masak pun, enjoy!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebat, deko rumah sendiri semata-mata nak bagi kejutan untuk bakal isteri. Ini lebih dari kisah romantik ya, sangat bertuah bakal orang rumahnya.
Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya, malah dia menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.
“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.
Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.
Mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabulkan.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.
“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.
“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.
“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.
“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.
“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.
“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.
Begitulah usaha seorang lelaki untuk bakal isteri tercinta, jadi sesiapa yang dapat calon minat deko rumah dikira bertuah, ya. Boleh jadi dapat rumah siap dideko macam ini. Rezeki sangat!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...