Kecantikan

7 Langkah Mudah Nak Kempiskan Perut Tanpa Perlu Rasa Sengsara!

Share

Perut yang buncit sememangnya akan mendatangkan malu kepada diri kita sendiri. Bukan sahaja itu malah orang disekeliling anda akan memandang seperti ingin menyatakan sesuatu kepada anda.

Tak malu ke muka cantik tapi perut buncit? majlis kahwin dah nak dekat takkan masih tiada alternatif lain untuk kecilkan perut? Anda tidak perlu risau, lihat sahaja langkah mudah ini pasti dapat membantu anda untuk kempiskan perut tanpa rasa sengsara!

Langkah 1 : Sarapan

Bangun tidur, sarapan tanpa karbohidrat seperti daging, telur, ikan atau buah alpukot (tanpa nasi atau roti).

Langkah 2 : Diet air

Jam 9.00 – 10.00 pagi biasanya perut akan terasa lapar, sebelum nak makan, minum 3 gelas air masak dahulu.

Langkah 3 : Makan dalam kuantiti sedikit

Makan dalam kuantiti yang sedikit,  dengan perlahan mengurangi jumlah nasi daripada 1 pinggan penuh kepada separuh, kemudian suku.

Langkah 4 : Makanan yang sihat

Jangan menahan kelaparan! Jika jam 3.00-4.00 petang anda lapar, silalah makan dengan syarat ia tidak mengandungi karbohidrat sederhana. Contohnya, telur, alpukot, strawberri, ikan, dan keju.

Langkah 5 : Jalan kaki

Salah satu cara paling efektif untuk mengecilkan perut adalah dengan berjalan kaki. Lakukannya selama 30-40 minit kerana ia mampu membakar lemak di perut anda.

Langkah 6 : Hindari makan malam!

Memang nikmat makan mi segera atau nasi goreng tengah malam tapi jangan sampai menjadi penyesalan. Kalau nak perut cepat kempis, 2 makanan ini harus dielakkan!

Langkah 7 : Cukup tidur 

Kekurangan tidur akan membuatkan nafsu makan menjadi besar. Sebab itu anda perlu tidur yang cukup kerana ia akan membantu anda untuk mengawal nafsu makan anda.

IKLAN