Walaupun dalam tempoh PKP, kesihatan kulit muka tetap perlu dijaga. Malah, disebabkan duduk di rumah, lagi penting untuk kita pastikan kulit tidak tersumbat dengan lebihan minyak sehingga menyebabkan iritasi dan jelmaan jerawat yang menakutkan!

 

Itu belum termasuk bahaya sinaran blue light dari skrin telefon dan komputer. Setiap hari kita menghadap skrin baik untuk bekerja mahupun sekadar melayari laman sesawang. Macam mana rutin harian mencuci muka boleh dikekalkan sama macam kita berada di luar rumah? jom baca ni…

 

Fokus

Nak fokus apa ya? Untuk menjaga kulit wajah, janganlah suka mencampur adukkan satu jenama dengan jenama yang lain. Sekiranya tidak ada kerengsaan pada kulit wajah dengan satu jenama yang digunakan, teruskan sahaja dengan jenama itu.

Selain mengelakkan pembaziran, anda juga perlu mengenali kulit wajah dengan baik. berilah masa produk itu bertindak pada kulit anda dalam masa satu bulan dan tukar sekiranya ia memberi reaksi tidak sesuai.

 

Wap

Apabila di rumah, kita ada masa untuk menggunakan kaedah wap. Wap panas ini boleh mengecutkan liang pori pada wajah. caranya mudah sahaja.

Masukkan air di dalam periuk berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian tutup kepala anda dan bahagian atas periuk dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

IKLAN

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Sekiranya inginkan kesegaran atau sedikit haruman yang menyenangkan, gunakan essential oil pilihan anda seperti lavender atau ros. Anda pasti terasa nyaman selepas itu!

 

Masker

Anda boleh menghasilkan masker sendiri di rumah! hanya gunakan pati timun, telur, tomato dan madu sudah mencukupi untuk proses pembersihan kulit wajah. Mungkin agak leceh tetapi sesekali bolehlah diamalkan di rumah.

 

Anda juga boleh mencuba masker menggunakan bedak sejuk yang dicampurkan dengan bahan semula jadi lain seperti tomato, timun dan madu. Hanya 30 minit sebelum tidur, kulit anda terasa tegang dan segar sebaik sahaja ia dibersihkan.

IKLAN

 

Detoks

Jangan sesekali lupa untuk detoks! Minum air detoks dari rendaman timun, lemon, buah beri dan sebagainya untuk mencuci toksin di dalam tubuh. Kecantikan wajah bukan hanya dari luaran tetapi perlu juga dibersihkan dari dalaman.

 

Ada juga yang memilih untuk mengambil supplemen untuk ‘mencuci’ bahagian usus bagi menyingkirkan toksin dalam tubuh. Asalkan sesuai dengan anda, apa salahnya!

 

IKLAN

Senaman wajah

Dengan cara urutan lembut pada wajah atau hanya menyebut Ma Me Mi Mo Mu sebanyak 10 kali boleh menguatkan otot muka dan bibir.

 

Kurangkan mencuci muka

Hanya dua kali sehari sudah memadai untuk membersihkan kotoran pada wajah. ini kerana, bahan pencuci mempunyai bahan kimia yang boleh membuatkan kulit wajah lebih berminyak dan rosak. Pilih pencuci muka yang menepati ‘kehendak’ kulit wajah anda.

 

Namun ia berbeza sekiranya anda hanya memcuci wajah tanpa produk. Air sahaja sudah mencukupi untuk anda menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah. Dua minggu sekali, bersihkan wajah dengan menggunakan skrub. Jangan overdo!

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI