Buruknya penampilan apabila perut berlipat setiap kali menyarungkan baju lebih-lebih lagi buat bakal pengantin. Lipatan lemak ini akan terus kekal jika cara pemakanan anda belum teratur, selain sesi senaman yang belum rutin.
Tidak salah anda mula memberi perhatian di bahagian penting ini. Ayuh cuba cara segera ini untuk mengubah bentuk perut dari berlipat kepada perut flat.
1. Untuk melatih otot perut, sit up memang paling bagus. Cuba sit up 2 set pagi dan sebelum tidur.
Senaman yang selalu dan efektif dapat mengurangkan lipatan-lipatan di perut dengan melakukan sit up? Sit up mudah dilakukan kerana dapat anda lakukan di mana pun dan tanpa mengenal waktu.
Sit up baik anda lakukan dengan rutin pada pagi dan malam hari menjelang tidur. Berapa kali sit up yang baik untuk kesihatan? Sebenarnya jumlahnya mengikut keupayaan anda. Anda boleh mulakan dengan latihan 2 set iaitu 9 sit up setiap pagi dan sebelum tidur.
2. Senaman mudah lainnya yang boleh anda terapkan iaitu berlari. Tak usah maraton, joging 20 minit, seminggu 3 kali
Selain sit up, alternatif senaman yang mudah dilakukan lainnya iaitu berlari. Tidak semestinya berlari maraton, memadai dengan berjoging selama 20 minit, 3 kali seminggu.
Ads
Seiring waktu anda perlu menambah kecepatan berlari agar kalori tetap cepat terbakar. Kerana ketika tubuh sudah terbiasa berlari dengan kadar yang biasa, ia semakin lambat membakar lemak.
3. Berenang juga baik untuk mengencangkan otot perut.
Bukan hanya dapat membakar lemak, tapi gerakan berenang juga boleh mengencangkan otot perut. Untuk membakar lemak, anda boleh mencuba workout ini. Berenanglah mengelilingi 4 sisi kolam renang dengan santai. Setelah selesai satu putaran, rehat seketika. Ulangi 5-10 kali.
Lakukan workout ini secara rutin 2-3 kali seminggu untuk 2 minggu pertama. Sehingga anda boleh melakukan secara rutin senaman ini.
Ads
4. Tak hanya senaman, anda juga perlu mengatur apa yang anda makan. Kalau sudah malam, cuba makan buah-buahan.
Makan makanan berat sebelum tidur memang mengundang pada pertambahan lipatan-lipatan pada perut. Kalau anda memang lapar, gantilah dengan makan buah-buahan seperti epal atau pisang. Kedua buah itu juga boleh mengenyangkan perut.
5. Biasakan selesai makan jangan terus tidur. Bagusnya duduk sebentar atau melakukan aktiviti ringan.
Anda perlu membiasakan diri dari sekarang selesai makan jangan terus tidur. Lebih baik anda duduk sebentar atau melakukan aktiviti kecil supaya lipatan di perut berkurang.
Ads
6. Anda suka snack dan makan junk food? Sekarang, tentukan jadual khusus untuk menikmatinya.
Menikmati junk food adalah kedua hal yang susah untuk anda tolak. Tapi, demi menghilangkan lipatan perut, anda perlu kurangkannya. Untuk menguranginya, tetapkan jadual cheating day seminggu sekali.
Kalau pada fast food terdapat kandungan lemak dan kalori yang sangat tinggi, makan makanan apalagi manis dapat menambah lipatan perut anda. Ini kerana rasa kenyang hanya bersifat sementara, anda jadi cepat lapar lagi dan mahu kembali makan apapun jenis makanan.
7. Tidur yang cukup, hindari stres dan selalu minum air mineral kerana ia baik untuk kesihatan tubuh.
Apa yang anda lakukan, pasti akan berpengaruh terhadap keadaan tubuh. Hal tersebut tidak hanya dilihat dari fizikal, tapi juga psikologi. Kerana saling mempengaruhi, anda perlu berhati-hati dan mulai menjaga pola makan, rehat dan aktiviti agar seimbang.
Rehat dan minum air mineral yang cukup serta segarkan fikiran merupakan beberapa hal yang boleh anda lakukan. Lambat laun, lipatan-lipatan di perut ini akan berkurang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat anda yang sedang mencari jodoh, elakkan pasangan narsisistik dari awal untuk rasa bahagia.
Ini akan membuatkan anda selesa untuk berkomunikasi dengan pasangan dalam segala hal.
Ciri-ciri Pasangan Narsisistik
Sebelum tersangkut pada seseorang, jemput baca ciri-ciri orang yang mempunyai sikap narsisistik ini menerusi perkongsian daripada Shifa Kamardin…
1. ASINGKAN PASANGAN DARIPADA BERGAUL DENGAN ORANG LAIN.
Narsisis ini takkan membiarkan pasangannya rapat dengan orang lain terutamanya keluarga.
Mereka tak benarkan pasangannya bergaul dengan orang luar kerana takut aib mereka terdedah. Individu narsisistik ni amat mementingkan imej dan nama baik mereka di hadapan orang ramai.
Mereka nak pasangan hanya fokus dan abdikan hidup kepada mereka saja. Apabila hidup hanya berkisarkan diri mereka, lebih mudah mereka nak manipulasi perasaan pasangan. Kebergantungan hakiki terhadap mereka.
Seolah-olah pasangannya takkan boleh hidup tanpanya.
2. NAK KAWAL SEGALA PERKARA TERUTAMANYA KEWANGAN
Walaupun mempunyai kemampuan dari sudut kewangan, individu narsisistik akan semak segala transaksi akaun pasangannya untuk memastikan duit yang dibelanjakan tidak sampai kepada orang lain.
Malah ada antara mereka langsung tidak membenarkan pasangannya mempunyai wang sendiri. Semuanya akan diberikan oleh mereka.
Bayangkan mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan mempunyai sifat narsisistik ni pula selalunya mengggunakan nama pasangan untuk buat pinjaman sehinggakan nama pasangan itu disenarai hitam kerana mereka tak bayar hutang itu. Akhirnya, pasangan tersebut tidak boleh mempunyai akaun sendiri.
Malah, mereka juga sering meminta wang daripada pasangan sebab malas bekerja. Alasan yang diberikan, takkan tak boleh tolong suami. Dapat pahala kan nanti?
Jangan sesekali berani tegur atau pertikaikan tindakan mereka! Mereka takkan terima.
Akhirnya, mengalah jugalah sebab kalau kehendak tak dituruti, macam nak kiamat dunia dia punya mengamuk!
3. EKSPLOITASI ORANG TANPA RASA BERSALAH ATAU MALU.
Mereka takkan pernah faham dan tak nak faham pun perasaan orang lain. Mereka takkan pernah letakkan diri dalam kasut orang lain.
Semua orang disekeliling dia akan dianggap sebagai objek untuk mencapai apa yang dikehendakinya.
Walaupun kita suarakan pendapat kita, mereka akan merasa ego tercabar kerana berlawanan dengan apa yang mereka kehendaki.
4. SERING BERTINDAK KASAR DAN MEMANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN.
Kalau dalam rumah tangga lagi jelaslah. Selalunya mereka akan memandang rendah kepada pasangan. Kiranya merendah-rendahkan kebolehan, bakat dan intelek pasangannya.
Mereka rasa tercabar kalau pasangan mereka mempunyai bakat dan pendidikan yang lebih tinggi berbanding diri mereka.
Mereka mula mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan imej diri pasangan, menghina tindakan pasangan dan memandang rendah setiap kali pasangan nak menambah baik kehidupan mereka.
Mereka rasa tindakan pasangan tu seolah-olah memberi isyarat bahawa dirinya tak cukup berfungsi.
Masa ini mereka akan mula melakukan penderaan secara fizikal bagi menandakan betapa berkuasanya mereka dalam rumah tangga. Kemenjadian sebagai ketua tu terbukti apabila naik tangan dan dapat menguasai pasangan secara total.
Begitulah antara sikap yang ada pada pasangan narsisistik, jadi kalau rasa tersuka pada seseorang, pastikan anda boleh buat keputusan yang tepat untuk berkongsi hidup dalam tempoh yang lama.
Sungguh, nak bahagia lama dengan seseorang kena ambil kira bab perangai juga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki pada zaman ini pastinya ingin tampil lebih maskulin dan macho. Mereka bijak berhias dan lebih peka dalam menjaga penampilan diri serta kesihatan.Namun begitu, masalah berat badan sering menjadi sebab golongan lelaki malas untuk bersiap dan memperkemaskan diri.
Terdapat banyak cara praktikal yang boleh diamalkan untuk lelaki mendapatkan berat badan ideal dan sempurna. Berikut tujuh tip kurus khusus buat lelaki yang terlebih berat badan.
WAJIB BERSENAM
Untuk menurunkan berat badan, perkara utama yang harus dilakukan adalah bersenam secara berkala. Anda perlu lakukan senaman kerana lemak-lemak lelaki selalunya sukar untuk dipecahkan melainkan melalui senaman yang berterusan. Antara senaman yang boleh menguruskan badan ialah joging, berenang dan berjalan kaki. Untuk memecahkan lemak yang tebal, anda perlu lakukan senaman kecergasan dan senaman berat di gim.
AMBIL PEMAKANAN SEIMBANG
Pilihlah diet makanan yang seimbang dalam kuantiti yang sedikit. Jauhi gula, karbohidrat, makanan segera atau makanan yang diproses, selain makanan berlemak dengan pengambilan yang terlalu banyak. Pilihlah buah-buahan yang segar dan yang paling banyak memberikan nutrisi seperti anggur hitam, plum, strawberi atau buah pic.
BIARKAN PERUT RASA LAPAR
Jika ingin menguruskan badan dengan cara yang cepat dan selamat, anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang lapar iaitu berpuasa. Selepas anda melakukan senaman atau ketika ingin berbuka puasa, jangan makan terlalu banyak. Perut yang sentiasa lapar bermakna lemak-lemak anda sedang dibakar untuk ditukarkan kepada tenaga. Kaedah ini jika dilakukan secara konsisten akan menghasilkan kesan yang amat menakjubkan.
UBAH GAYA HIDUP
Tinggalkan gaya hidup anda yang negatif kepada hidup yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Contohnya, jika anda selalu bermain permainan video terlalu lama, banyak tidur atau lepak sambil menonton televisyen, berhentilah segera dan ubah perangai buruk tersebut. Tukarkan aktiviti tersebut dengan aktiviti yang lebih seronok seperti menolong ibu membuat kerja-kerja rumah, menukang, berkebun, memanjat gunung atau keluar beriadah dengan berjalan-jalan di taman.
BERHENTI MEROKOK
Tahukah anda, rokok atau seumpamanya mengandungi bahan kimia tinggi yang akan melemahkan anda secara fizikal dan mental? Jadi, kuatkanlah semangat untuk berhenti dari terus-menerus menghisap bahan kimia demi kelangsungan hidup yang sihat dan berpanjangan. Kehidupan anda bukan sahaja semakin sihat, malah anda juga dapat menyimpan duit dan berjimat cermat.
TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidur yang tidak teratur dan tidak cukup membuatkan badan mudah lesu sekali gus membuatkan berat badan bertambah. Dapatkan jumlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam jam sehari. Tidur yang cukup dapat membantu anda untuk lebih relaks dan mengawal kadar metabolisme tubuh badan.
MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA
Petua yang cukup mudah dan murah ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan kerana ia tidak memiliki kalori, karbohidrat atau protein. Bagi anda yang suka mengambil minuman berkalori tinggi seperti minuman bersoda, mocha, kopi atau teh dan air berkalori lainnya, anda dinasihatkan agar menggantikan air berkalori kegemaran anda dengan air putih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan pasti mahu kan hubungan yang indah dalam hidup mereka. Namun, kesempurnaan bukanlah kunci utama kerana semua orang tidak sempurna. Jodoh adalah cerminan diri kita sendiri. Oleh sebab itu kita boleh terlalu menilai peribadi seseorang.
Bagi wanita pasti ada yang sudah menetapkan ciri-ciri lelaki idaman mereka untuk dijadikan calon suami. Tetapi, setiap lelaki harus sedar akan perkara yang boleh membuatkan seorang wanita itu fobia dengannya.
Dalam erti kata lain ‘benci’ dengannya. Justeru para lelaki haruslah mengelakkan daripada memiliki perkara seperti dibawah:
Meninggikan suara
Bila berlakunya salah faham antara lelaki dan wanita, meninggikan suara kepada pasangan adalah satu perkara yang perlu bila sedang marah. Terutama bagi lelaki. Sebab itu, kalau sedang marah jangan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutya. Nanti menyesal.
Mengongkong
Buat itu tidak boleh, buat ini tidak boleh, itu sudah dikategorikan sebagai mengongkong. Hidup wanita itu seolah-olah ada yang tidak kena bila bersama anda. Kalau anda terlalu mengongkong, ini akan membuatkan wanita itu rimas dan tidak suka kepada anda.
Ego
‘Ego’ juga merupakan salah satu masalah yang merimaskan wanita. Oleh kerana ego ini adalah seseorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak fikir mengenai orang lain. Tidak salah jika ada ego dalam diri, namun mestilah bersebab. Jangan disebabkan ego yang terlalu tinggi menyebabkan anda kehilangan insan yang dicintai.
Tidak mahu mengalah
Disebabkan keegoan lelaki tersebut ia membuatkan mereka tidak mahu mengalah dalam setiap perkara. Mereka merasakan setiap pandangan mereka adalah sentiasa betul. Kalau anda tidak mahu mengalah tentang perkara yang betul tidak mengapa, ini perkara yang salah yang anda sendiri lakukan juga tidak mahu mengalah.
Cemburu buta
Antara sifat yang dibenci tidak kira wanita atau lelaki adalah cemburu buta. Isu cemburu buta ini boleh merosakkan hubungan anda dengan sekelip mata. Oleh kerana terlalu cemburu, anda boleh hilang orang yang anda sayang. Jadi berhati-hatilah. Jangan terlalu cemburu sehingga tak kena tempat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!