Ianya sudah menjadi fitrah seorang wanita yang mempunyai hati yang sensitif berbanding lelaki. Dalam hubungan pula, tidak semestinya wanita saja yang merajuk, lelaki juga mempunyai perasaan dan akan terasa dengan sesuatu perkara, jangan ingat hanya wanita sahaja yang boleh terasa ya.
Lelaki zaman kini lebih sensitif dan mudah tersentuh, tidak bermaksud mereka ini seorang yang lembut tapi kaum adam juga miliki hati dan perasaan. Biarpun mereka sering kelihatan macho, mereka juga mahukan ruang untuk dipujuk. Kaum wanita jangan ambil mudah dengan perkara ini, kerana ini juga memainkan peranan yang penting dalam hubungan. Hari ini, kami akan kongsikan beberapa tips dalam memujuk lelaki.
1. Cari Sebabnya
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengetahui mengapa punca lelaki itu merajuk. Jangan hanya biarkan sahaja. Jika anda sedar kesilapan itu berpunca dari anda, berterus-teranglah dan mengakui kesilapan anda. Lelaki seorang yang ego, jangan anda menambah dan mencabar lagi keegoaannya. Lebih baik anda meminta maaf dan mengakui kesilapan untuk meneruskan hubungan yang baik.
2. Berikan Ruang
Ads
Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus memberikan penjelasan kepadanya. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.
3. Masak Makanan Kegemarannya
Sebagai tanda meminta maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari diselitkan bersama nota ‘minta maaf’. Kemungkinan selepas membaca nota itu, dia akan menghubungi anda dan keadaan kembali menjadi normal seperti sedia kala. Tak cuba mesti tak tahu kan?
Ads
4. Buat Kejutan Untuk Dia
Jika sebelum ini dia ada mengajak anda melakukan sesuatu seperti menonton bola tetapi anda menolak, apa kata kali ini, anda pula yang mengajaknya? Cuba lakukan sesuatu yang si dia gemar dan mungkin dia akan kembali seperti biasa selepas melakukan perkara ini. Cubalah dahulukan?
5. Gunakan Kreativiti Anda
Ads
Wanita sering dikatakan kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri. Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda. Apatah lagi dia melihat usaha anda yang bersungguh-sungguh.
6. Kelemahan Diri
Sebagai pasangan si dia, anda pasti tahu kelemahannya bukan? Apa kata anda cubanya untuk memenangi semula hati si dia? Tetapi berpada-padalah, jangan sehingga mencabar keegoan si dia. Jika berlaku, bertambah besarlah masalah anda.
7. Diamkan Diri
Sekiranya usaha yang telah dilakukan tidak berjaya dan si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, ramai pasangan yang mengambil keputusan untuk berkahwin muda. Sebenarnya berkahwin muda tidak menjadi masalah, malah digalakkan untuk mengelakkan daripada sebarang maksiat. Namun begitu, kedua-dua pasangan perlu membuat beberapa persediaan sebelum melangkah ke alam berumah tangga.
1. Persediaan Mental Dan Fizikal
Berkahwin dalam usia muda ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana anda akan menghadapi banyak cabaran dan dugaan. Segala cabaran perlu diatasi dengan pertimbangan akal bukan mengikut nafsu amarah. Malah pelbagai dugaan juga tidak datang melalui hubungan si gadis dan sang arjuna tetapi cabaran itu juga datangnya daripada orang luar.
2. Kewangan
Pasangan juga perlu bersedia daripada soal kewangan. Pastikan ada menyimpan sedikit wang untuk keperluan pada awal-awal perkahwinan. Malah kedua-duanya juga perlu saling bekerjasama dan bantu-membantu. Jangan terlalu boros berbelanja sebaliknya menggunakan apa sahaja yang ada untuk keperluan harian.
3. Restu Ibu Bapa
Walau apa jua keputusan yang anda buat, paling penting adalah dengan mendapat restu kedua-dua ibu bapa. Berbincang secara baik dengan mereka dan nyatakan kenapa anda berdua perlu berkahwin awal. Minta nasihat dan panduan dalam melayari kehidupan berumah tangga ini. Pasti banyak info berguna daripada mereka kerana orang tua kita diumpamakan terlebih dulu makan garam.
4. Tanggungjawab
Baik bakal suami atau isteri, kedua-duanya perlu bersikap lebih matang dalam mengemudi bahtera rumah tangga yang mahu dibina. Jika bakal isteri tidak matang, suami boleh ajar perlahan-lahan kerana keputusan berkahwin muda ini adalah keputusan bersama.
Antara tanggungjawab suami dan isteri:
i- Tanggungjawab suami kepada isteri
Suami perlu mengalas tanggungjawab besar kepada sebuah keluarga. Iaitu tanggungjawabnya kepada isteri dengan mendidik si isteri supaya taat kepadanya dan menjaga kehormatan dirinya .
ii- Tanggungjawab isteri kepada suami
Seorang isteri mestilah menjalankan tanggungjawab dalam menguruskan diri, suami, anak serta hal menguruskan kebersihan rumah. Tetapi buat isteri yang bekerja seharusnya si suami menjalankan sifat tolenrasi. Di mana jika isteri, tidak sempat untuk menyediakan sarapan, tidak menjadi salah untuk si suami membuatkan sarapan.
iii- Tanggungjawab kepada ibu bapa dan mertua
Walaupun sudah berkahwin tanggungjawab isteri adalah untuk suaminya. Suami pula harus menjalankan tanggungjawab kepada ibu bapa mertua seperti tanggungjawab kepada ibu bapanya. Isteri juga perlu menghormati ibu bapa si suami seperti si suami menghormati ibu bapanya.
5. Pengetahuan Agama
Kesempurnaan tidak dimiliki oleh manusia. Tetapi jangan jadikan alasan itu sebagai alasan untuk tidak tahu serba sedikit pun tentang agama. Bagaimana mahu menjadi suami untuk membimbing isteri sedangkan diri sendiri tidak mampu diuruskan. Jadi sebagai lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga di usia awal seeloknya anda belajar dahulu tentang agama. Walaupun tidak banyak yang dipelajari, tetapi sekurang-kurangnya mampu untuk menjadi imam si gadis apabila sudah berkahwin nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu cara menangani perkara ini termasuk menggalakkan pasangan untuk menambah kelahiran melalui bantuan perubatan,namun kos rawatan tersebut amat tinggi, dengan rawatan persenyawaan luar rahim atau ‘in-vitro fertilisation’ (IVF) bermula dari RM4,000 ke RM30,000 setiap kitaran.
KWSP kini membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk rawatan subfertiliti. Pengeluaran Rawatan Kesuburan merupakan inisiatif perluasan di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP.
Pengeluaran ini diperkenalkan di dalam pembentangan Belanjawan 2020 bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan serta meringankan bebanan kewangan memandangkan kos rawatan yang tinggi.
SYARAT KELAYAKAN Individu yang layak membuat pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan adalah mereka yang menepati semua syarat berikut:
Warganegara dan Bukan Warganegara Bawah umur 55 tahun Mempunyai simpanan dalam Akaun 2 Pasangan yang sah berkahwin dari segi undang-undang Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja Keperluan Tambahan
Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP * Tidak mendapat rawatan alternatif Rawatan Kesuburan yang dibenarkan: Intrauterine insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI) *Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP
KATEGORI PENGELUARAN & JUMLAH YANG DIBENARKAN Pengeluaran Individu – Jumlah kos rawatan sebenar* ATAU Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah) Pengeluaran Bersama Pasangan – Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu (mana yang lebih rendah) CARA PERMOHONAN Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja) Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan) Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal Laporan Perubatan – Rawatan Kesuburan LPP-2
Untuk maklumat lanjut tentang Pengeluaran Kesihatan-Rawatan Kesuburan ini, layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa kemurungan atau depression boleh dialami oleh sesiapa sahaja, termasuk pasangan anda. Apabila anda tertekan, selalunya anda tidak berfikir dengan jelas.
Pada masa seperti ini, kehadiran diri anda untuk pasangan anda sangat bermakna. Bila seseorang itu tertekan, ini adalah beberapa cara terbaik yang boleh anda lakukan.
1. Duduk di sebelahnya apabila dia memerlukan
Apabila pasangan anda tertekan, pastikan anda selalu di sisinya. Orang yang tertekan boleh memikirkan macam-macam perkara. Kehadiran anda boleh bertindak dijadikan sebagai tempat untuk memberitahu apabila dia memerlukannya. Jika mereka mahu bersendirian, beri masa itu, tetapi jangan biarkan dia berasa kesepian.
2. Memahami apa masalah yang dihadapinya
Terdapat pelbagai jenis kemurungan. Ini mungkin terdapat gangguan mengenai masalah kehidupan. Atas sebab ini, sangat penting untuk bertanya tentang perasaan yang mereka alami. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan maklumat dari keluarga rakan kongsi anda.
3. Punyai sifat kesabaran dengan sabar
Apabila pasangan anda kongsi rasa tertekan, sama ada kerana masalah pejabat atau keluarga, salah satu cara yang paling penting untuk dilakukan ialah bersabar. Jika dia mula mahu bersendirian dan memikirkan dirinya, sebagai pasangan, kita tidak perlu meninggalkannya. Walau bagaimanapun, ia sentiasa perlu disediakan setiap masa untuk menjadi di pihaknya.
4. Sentiasa memberi semangat
Apabila dia tertekan, seseorang itu boleh kehilangan semangat untuk bergerak dan melakukan apa sahaja. Untuk itu, anda perlu sentiasa memberi sokongan dalam hidupnya. Dengarkan semua cerita dan berikan tanggapan positif.
5. Berjumpa pakar/doktor jika perlu
Jika perasaan kemurungannya tidak bertambah baik, jangan teragak-agak untuk menemani dia untuk berjumpa pakar psikiatri atau berunding dengan pakar. Kemurungan adalah gangguan psikiatri yang harus diberi perhatian.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!