Pasti ramai tak sabar-sabar untuk menjalani hidup berdua bersama kekasih hati kan? Tapi apa-apa pon sebelum kahwin, korang cuba tanya dulu bakal suami soalan-soalan ni supaya mudah korang lepas kahwin nanti.
1. Selepas kahwin nanti kita nak tinggal di mana?
Bagi pasangan muda, ada yang masih belum memiliki rumah sendiri. Hendak menyewa pula kewangan macam antara mampu dengan tidak.
Akhirnya terpaksa menumpang di rumah ibu bapa. Jadi anda dan si dia perlu bincang mengenai hal ini secara serius. Jangan ambil mudah. Menyewa ke, tinggal sebumbung dengan mentua ke. Fikir betul-betul. Jangan timbul masalah kemudian hari.
2. Bila ada anak, siapa yang akan menjaga anak itu nanti?
Hal ini perlu difikirkan bersama. Jika anda berdua bekerja, jadi siapa yang akan jaga anak itu ketika anda berdua keluar bekerja. Adakah hantar kepada pengasuh? Adakah hantar ke taska? Kalau hantar ke pengasuh dan taska, siapakah yang akan bayar?
Mampukah hendak keluar bajet RM300 sebulan untuk taska? Atau mungkin hantar kepada ibu bapa sendiri untuk dijaga. Mungkin juga anda buat keputusan untuk berhenti kerja dan tumpu kepada anak.
Jika begitu, apakah perancangan dari segi kewangan? Kena fikir.
Ads
3. Bagaimana cara kita uruskan perbelanjaan keluarga?Memang bab perbelanjaan keluarga sepatutnya ditanggung oleh suami. Namun pada hari ini, ada lelaki yang kurang berkemampuan dan isteri perlu sama-sama membantu dari segi kewangan keluarga.
Jadi bahagi siap-siap suami komitmen apa, isteri pula komitmen apa. Misalnya suami bayar ansuran kereta dan sewa rumah. Isteri pula bayar segala bil utiliti.
4. Apa tanggungjawab seorang suami dan apa pula tanggungjawab seorang isteri?Keindahan masa bercinta boleh hilang sekelip mata jika bab tanggungjawab ini tidak diselesaikan awal-awal.
Ads
Masa bercinta anda tidak kenal 100 peratus pun orang yang anda sayang itu. Selepas kahwin barulah anda nampak siapa dia sebenarnya. Anda berdua sudah saling kenal dan tahu rutin harian si dia. Jadi senarai siap-siap tanggungjawab masing-masing.
Sebagai contoh, misalnya suami kena buang sampah setiap hari. Isteri pula tanggungjawabnya menyediakan makan malam. Jadi masing-masing sudah ada kerja sendiri.
5. Siapa yang akan buat keputusan dalam perkahwinan kita?
Memang suami ialah ketua keluarga. Namun isteri pun ada hak untuk buat keputusan. Jadi bahagikan siap-siap apa isu yang suami perlu buat keputusan dan apa isu yang isteri boleh buat keputusan. Senang, kan?
Ads
6. Bagaimana cara terbaik untuk didik anak-anak kita nanti?Ramai pasangan yang bergaduh sebab tak setuju tentang apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah swasta? Sekolah antarabangsa atau sekolah agama?
Ada orang yang rasa memang patut bekerja keras dan berhabis duit untuk hantar anak ke sekolah yang dirasakan terbaik tapi ada juga yang rasa sekolah biasa pun sudah memadai. Selain itu, bincangkan juga bagaimana anda patut ajar anak-anak tentang agama nanti dan bagaimana nak capai matlamat sebuah keluarga.
7. Ada apa-apa isu kesihatan yang patut diketahui?
Bab kesihatan ini selalu diambil mudah. Ada orang yang muda-muda sudah ada diabetes. Sudah ada darah tinggi. Jadi sanggupkah anda berdepan dengan masalah sedemikian kerana penyakit ini mempengaruhi kebolehupayaan seseorang untuk hamil.
Jika ada lain-lain penyakit pun kena maklumkan supaya si dia boleh berjaga-jaga dan set minda dengan betul mengenai tahap kesihatan pasangannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah benar lelaki memang cuma suka wanita kerana kecantikan sahaja? Membaca ayat pertama ini sahaja sudah membuatkan ramai wanita tertanya-tanya apakah benar lelaki hanya memandang wanita daripada segi fizikal sahaja.
Apakah yang pertama kali dinilai seorang lelaki saat melihat seorang wanita? Benarkah para lelaki hanya ‘peduli’ tentang penampilan fizikal semata-mata?
Secara realitinya memang seorang lelaki adalah makhluk yang bersifat visual. Saat baharu berkenalan pertama kali dengan seorang wanita, pada lima minit awal, seorang lelaki akan menilai kecantikan fizikal wanita daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Namun tidak dinafikan bahawa tidak semua lelaki menilai wanita daripada sudut fizikalnya sahaja.
Untuk dijadikan pendamping hidup, seorang lelaki juga mempertimbangkan berbagai hal seperti berikut ini:
Keserasian
Keserasian merupakan faktor utama sebelum seseorang lelaki memilih calon pasangan hidup. Jika seseorang lelaki itu sedah berasa serasi dengan seseorang wanita maka dia tidak akan sekali-kali memandang wanita lain sekalipun wanita yang disukainya itu berstatus janda. Jika seorang lelaki itu sudah ‘berkenan’ mereka tidak akan ambil peduli tentang kisah lalu seorang wanita yang berjaya menambat hati mereka.
Sedap Mata Memandang
Rupa paras tetap menjadi kategori yang tersenarai dalam pemilihan calon hidup oleh seorang lelaki. Kecantikan itu memang sesuatu yang subjektif namun tidak dapat disangkal seorang lelaki tertarik pada rupa paras seorang wanita. Mungkin pada pandangan orang lain seseorang wanita itu tidak cantik mana namun pada pandangan mereka, wanita itulah yang telah membuatkan hatinya berdetak kencang.
Agama
Kategori ini juga antara perkara penting yang diambil kira oleh seorang lelaki dalam memilih calon isteri. Ini kerana agama juga menjadi isu penting dalam membina sesuatu hubungan. Jika ingin menuju bahtera yang bahagia dan kekal hingga ke syurga, soal agama sangat memainkan peranan. Ia merupakan kunci kerukunan rumahtangga.
Akhlak Dan Keperibadian
Lelaki yang baik, jelas akan mencari wanita yang baik juga. Begitu jugalah sebaliknya Kadangkala kekurangan fizikal akan tertutup dengan akhlak dan keperibadian yang baik. Wajah yang cantik sahaja tidak menjamin kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga jika tidak disertai dengan akhlak dan keperibadian yang mulia.
Sifat
Seorang lelaki akan lebih mudah jatuh cinta pada wanita yang bersifat baik dan murah hati. Fizikal dan kecantikan akan jadi pilihan yang nombor dua jika sudah jatuh hati dengan si inner beauty. Hidup berumah tangga bukan sehari dua. Jika boleh biarlah sehingga nafas yang terakhir.
Oleh itu pada para wanita, usah terlalu khuatir dan prejudis dengan kaum lelaki. Tidak semua lelaki hanya memilih pasangan hidup daripada sudut fizikal sahaja. Ini kerana kecantikan sahaja tidak menjamin kebahagiaan yang hakiki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tak suka melancong kan? Lagi best kalau dapat melancong ke negara orang. Kita dapat lihat sendiri suasana dan budaya mereka disana. Malah, kita juga boleh merasa jenis makanan mereka disana.
Apa yang lagi menarik pasal travel ini ialah bila pasangan anda pun turut meminatinya juga. Ia satu bonus! dapat pula yang memang nak travel semua tempat anda. Ini antara ciri-ciri dan sebab mengapa pasangan kaki travel menjadi pilihan!
1. Pandai cari destinasi menarik untuk keluarga
Dia pandai pilih mana tempat yang sesuai, selamat dan menarik untuk keriangan seisi keluarga. Dia akan cari tempat yang paling menjimatkan tapi paling menyeronokkan.
2. Destinasi berbulan madu terbaik
Tak hanya pandai mencari destinasi menarik untuk keluarga malah dia juga akan memastikan destinasi berbulan madu anda dengannya adalah tempat yang sangat romantik dan menjadi kenangan yang indah buat anda berdua.
3. Lebih mudah menyesuaikan diri
Bila dah dekat negara orang ni mesti akan ada rasa kekok. Namun, tidak bagi kaki travel seperti ini kerana mereka mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
4. Berpandangan Luas, Berfikiran Terbuka.
Pengetahuan am hebat, senang dibawa berbincang. Dia tengok macam-macam budaya, dia dapat terima perbezaan pendapat. Dia tahu mana yang elok, mana yang tidak. Dia lebih berkompromi. Dia ada banyak bahan nak cerita. Dia tahu macam mana nak cari arah kiblat, solat ketika travel dan mengambil wuduk dengan air mineral 500ml. Kau tengok dia punya kesungguhan untuk menunaikan kewajipan dalam kepayahan. Macho beriman.
5. Dia Sentiasa Berduit Untuk Berjalan
Travel tu satu agenda hidup dia. Tiap tahun dia akan set destinasi. Dalam atau luar negara, kalau tak berjalan jiwa dia kacau. Sesekali mesti dia akan bawak anda juga. Untung badan. Tahu tak bosannya kahwin dengan laki yang tak minat travel?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Percaya tidak bahawa ikan kering boleh dikurangkan masinnya sebelum digoreng? Dulu, saya juga tidak percaya. Ikan kering sudah sememangnya masin sebab itu dikatakan ikan masin. Bagaimanapun, kadang-kadang ikan masin itu terlalu masin kerana banyaknya kuantiti garam yang digunakan ketika memeram ikan sebelum dijemur pada keesokan hari. Kesannya, sedap ikan masin tidak lagi dapat dinikmati kerana terlalu masin. Dalam masa yang sama, boleh menjadi punca meningkatnya darah tinggi pula.
Bagi penggemar-penggemar ikan kering masin seperti ikan gelama, ikan talang, ikan kurau, ikan tenggiri dan ikan-ikan masin yang lain.
Yang tidak berapa gemar dengan kemasinan yang terdapat pada ikan-ikan berkenaan tetapi masih gemar untuk menikmatinya kemasinan yang ala kadar, bolehlah mencuba petua ini.
Ikan masin hendaklah direndam dalam bekas air yang berisi air garam juga
Untuk satu atau dua ekor ikan masin, cuma masukkan 1 atau 2 sudu besar garam dalam air.
Kalau dalam kuantiti yang banyak, masukkan lebih garam dalam air.
Rendam ikan kering dalam air garam lebih kurang 20 – 30 minit.
Mungkin kita tertanya-tanya mengapa ikan yang telah masin masih hendak direndam dengan garam. Sebenarnya garam yang kita rendam itu akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut.
Selepas melepasi 30 minit, basuh ikan masin dengan air bersih. Toskan.
Satu lagi petua yang boleh dicuba untuk mengurangkan rasa masin pada ikan masin ialah sebelum memasak, rendamkan ikan kering masin dalam air kelapa terlebih dahulu.
Biarkan selama 30 minit. Kaedah ini juga terbukti mampu mengurangkan rasa masin yang melampau bahkan menyingkirkan bau hapak ikan masin tadi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!