
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Sumber:utaranews.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

Kerja syif biasanya ditakrifkan sebagai syif malam di mana orang bekerja sepenuhnya pada waktu malam. Kerja syif melibatkan semua jenis pekerjaan yang jadualnya ditetapkan di luar pukul 9 pagi hingga 5 petang. Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan kesemua kajian tersebut menyimpulkan bahawa kerja syif mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Hari ini, dalam artikel ini, kita akan mempelajari lebih lanjut tentang kesan kerja syif ke atas kesihatan.
Terdapat pekerjaan yang memerlukan kerja syif, seperti bomba, pegawai polis, jururawat, doktor, juruterbang, pemandu trak/lori dan banyak lagi. Mereka tidak hanya bekerja pada waktu malam kadang-kadang tetapi jadual mereka ditetapkan pada kadar waktu malam. Kerja syif memberikan lebih banyak masa pada waktu siang dan dibayar dengan bayaran yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ia meningkatkan risiko seseorang mendapat gangguan berkaitan kesihatan.
Pekerja yang bekerja sepenuhnya pada waktu malam lebih cenderung untuk mengalami gangguan tidur, kehilangan tidur atau kemurungan kerana mereka tidak dapat bersama dengan keluarga dan rakan mereka. Ia membawa kepada rasa terasing dan tambahan lagi, ia menimbulkan keinginan untuk makan makanan ringan dan mengurangkan keinginan mereka untuk bersenam.
Tidur dan berjaga pada waktu yang ganjil boleh mengganggu dengan jam biologi kita yang secara saintifik dipanggil ritma sirkadian. Ritma sirkadian berfungsi bersama-sama dengan cahaya matahari semula jadi, kegelapan dan keheningan. Setelah terganggu, ia merosakkan keseluruhan sistem badan anda termasuk metabolisme, pencernaan, keseimbangan hormon, sistem kardiovaskular dan sistem imun. Secara asasnya, ia meninggalkan kesan yang serius dan rumit.
Percaya atau tidak, kebanyakan orang pernah mengalami suasana bekerja syif malam sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Sama ada anda perlu mengambil peperiksaan yang sangat penting, ujian kemasukan, perjalanan ke luar negara, rancangan untuk pulang ke rumah menaiki kapal terbang bersama orang tercinta, keluar rumah sepanjang malam atau penerbangan trans-atlantik. Tidak kiralah apa tujuannya, berjaga malam menyebabkan kesan yang sama. Keletihan adalah tanda yang paling jelas. Selain itu, sesetengah orang mungkin mengalami loya, cirit-birit, insomnia, merasa tidak selesa manakala sesetengahnya lebih cenderung untuk mengalami kecederaan.
Banyak kajian telah dilakukan dan hasilnya mendapati terdapat hubungan antara kerja syif dan peningkatan peluang untuk mendapat penyakit kronik. Satu kajian menunjukkan bahawa seseorang bekerja syif selama lebih daripada 15 tahun mempunyai 40% lebih risiko untuk mengalami strok jantung. Pekerja syif malam juga mempunyai 50% peluang yang lebih tinggi untuk mendapat diabetes. Lebih daripada itu, peluang mendapat penyakit metabolik lain seperti tekanan darah tinggi, gula dalam darah tinggi, obesiti dan kolesterol tinggi adalah tiga kali ganda lebih tinggi bagi pekerja yang bekerja syif malam berbanding dengan pekerja bekerja pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Di samping itu, bekerja syif malam boleh menyebabkan perubahan emosi (mood swing) yang tidak teratur. Penyelidik mendapati bahawa kemurungan dan gangguan emosi (mood) berlaku kerana perasaan terasing, dan kekurangan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin.
Walaupun terdapat banyak risiko kesihatan dan kebanyakan orang yang bekerja syif malam seolah-olah menyedari risiko ini, mereka masih tidak mempunyai pilihan lain kerana bekerja syif malam dianggap sebagai keperluan profesional. Cara yang terbaik untuk kekal sihat adalah dengan memakan makanan yang seimbang, mendapatkan tidur yang cukup, senaman secara teratur, berhubung dengan orang yang anda sayangi dan rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat.
OLEH : NURUL NAZRAH
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

Percintaan jarak jauh seolah telah menjadi satu trend pada masa kini. Tidak dinafikan mereka yang sedang bercinta itu tidak mahu pasangan mereka berada jauh di mata mereka. Malah, ada juga sesetengah pasangan yang gemar dengan percintaan jarak jauh.
Apa sebabnya? Mungkin ada yang merasakan hubungan jarak jauh ini dapat mengelakkan diri daripada maksiat dan Ada juga yang berpendapat bahawa hubungan jarak jauh ini tidak boleh bertahan lama. Kami akan berkongsi mengenai beberapa tips bagi mereka yang sedang bercinta jarak jauh.
1. Harus saling mempercayai
Kepercayaan adalah elemen yang sangat penting bagi setiap pasangan dalam setiap hubungan. Lebih-lebih lagi sekiranya hubungan yang dibina berlandaskan dengan jarak yang jauh. Cuba kekal untuk setia dan jangan sesekali menghilangkan kepercayaan si dia pada anda.
2. Sentiasa berdoa agar hubungan diberkati
Walaupun pasangan anda berada jauh di mata, tapi anda mestilah sentiasa mendekatkannya di hati. Jika rindu, anda boleh mengirim doa kepada si dia agar diberikan kesihatan yang baik. Perlu diingat bahawa hubungan yang diberkati Allah SWT adalah yang sentiasa menuju keredaan-Nya.
3. Pentingnya komunikasi
Dengan hubungan jarak jauh anda tidak berpeluang untuk berjumpa mahupun bertentang mata. Sebab itu, cara yang paling mudah adalah dengan berkomunikasi. Dengan teknologi pada zaman sekarang segala jenis perhubungan menjadi mudah. Ambil sedikit waktu untuk si dia dan berkomunikasi demi menjaga keutuhan sesebuah hubungan.
4. Bertolak-ansur
Ramai orang yang bercinta tetapi tidak mengamalkan perkara ini. Sebenarnya pentingya sikap bertolak ansur ini dalam sesebuah hubungan kerana ianya mampu mengakibatkan berlakunya perbalahan meskipun berpunca dari perkara yang kecil sahaja. Itulah pentingnya wujud sikap bertolak ansur dalam setiap hubungan.
5. Jangan terlalu kuat cemburu
Tidak ada salahnya untuk memiliki perasaan cemburu dalam diri setiap manusia. Namun cara mereka mengendalikan perasaan ini yang memainkan peranan penting. Bagi mereka yang sedang melalui perhubungan jarak jauh, jauhilah dari sikap cemburu buta. Hal ini juga dapat membuatkan pasangan anda berasa jemu dengan sikap anda lantas mereka memilih untuk mengakhiri hubungan itu.
6. Luahkan Perasaan Anda
Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
