Setiap lelaki pastinya menginginkan wanita yang sempurna untuk dijadikan suri hati buat selamanya. Wanita yang ayu, lemah lembut da sopan antara kriteria-kriteria yang menjadi dambaan lelaki. Namun, ada beberapa lagi ciri-ciri istimewa yang menjadi buruan lelaki buat wanita.
Ciri-ciri ini mungkin kelihatan biasa, namun di mata lelaki ia dianggap ciri-ciri yang cukup luar biasa dan harus ada pada setiap wanita. Pengantin senaraikan 8 kualiti dan ciri-ciri wanita buruan lelaki yang mesti anda semak. Lakukan perubahan dan tingkatkan kualiti diri agar selayang pandang, mata mereka pantas terpaut!
1. FEMININ DAN PENUH KEWANITAAN
Selaras dengan tuntutan era kepesatan pembangunan, sifat feminin juga semakin terhakis dalam diri wanita masa kini. Lelaki memerlukan wanita yang penuh pesona lemah lembut, romantik dan prihatin. Ini kerana lelaki melihat wanita sebagai tempat untuk bermanja dan dimanja, tempat mencurah kasih, berkongsi pendapat dan mendapatkan dorongan. Dengan sedikit sikap berdikari, anda tentunya wanita yang menjadi buruan lelaki.
2. SEDERHANA TETAPI MENAWAN
Inilah kombinasi fizikal yang dicari-cari ramai lelaki. Lelaki lazimnya kurang gemar melihat wanita bersolek tebal, bergaya keterlaluan atau terlalu berani. Ringkasnya, bijak bergaya. Pun begitu, bukan satu perkara yang mudah buat lelaki mendapatkan wanita atau gadis yang mempunyai nisbah kombinasi personaliti yang serba sederhana tetapi menawan.
Ads
3. BIJAK
Lelaki selalu mengharapkan pasangannya sentiasa mengerti dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Justeru, jadilah wanita yang kaya dengan pelbagai info tentang lelaki, praktikkannya dalam hubungan dan nescaya pasangan anda akan merasa kagum! Malah, bertambah sayang!
4. NALURI KEIBUAN
Lelaki amat menyenangi wanita yang kaya sifat keibuan. Minda lelaki berpendapat bahawa wanita dengan sifat keibuan bukan saja kaya sifat prihatin, malah memberi jaminan kepada ciri-ciri seorang ibu yang cemerlang kepada anak-anaknya kelak.
Ads
5. TIDAK MEREMEHKAN
Lelaki suka mendekati wanita yang tidak remeh atau banyak kerenah. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.
Ads
6. PANDAI MENJAGA KECANTIKAN
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
7. MANJA
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau dan tidak sesuai sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
8. KECANTIKAN DALAMAN
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai bonus. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal-bakal pengantin mesti dah tak sabar kan menanti hari bahagia. Pasti macam-macam persiapan telah dilakukan. Ia bagus untuk menyiapkan persiapan awal daripada lambat betul tak. Lebih-lebih lagi untuk perempuan, mereka lah paling banyak nak kena perhati.
Antaranya baju pengantin kerana terlalu banyak pilihan dan sampai rambang mata lah kadang-kadang nak buat pilihan. Suka yang ini tapi tak kena pula dengan kulit, suka yang ini pula tiada size, dan macam-macam lagi.
Kami akan kongsikan kepada anda antara beberapa tips nak pilih baju pengantin biar kena dengan kulit anda. Ya, ini amat penting barulah nampak naik seri pengantin macam tu. Okay jom kita lihat!
1) Hitam manis
Bagi mereka yang memiliki warna kulit ini, mereka kelihatan sedikit gelap dari sawo matang. Mereka akan kelihatan cantik dan menonjol jika memakai busana berwarna solid dan terang seperti merah, jingga, plum atau lavender.
Elakkan dari memakai warna yang cerah seperti kuning atau pastel lembut, kerana ia akan membuat kulit kelihatan kusam.
2) Kuning langsat
Bagi mereka yang memiliki warna kulit seperti ini, kulit mereka kelihatan cerah tetapi agak kekuningan dan tona warnanya adalah dia antara sawo matang dan putih. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih.
Mereka ini sesuai menggayakan busana dengan warna seperti kuning, merah, biru atau hijau. Elakkan dari memakai warna seperti oren, gold ataupun coklat, kerana akan membuat kulit kelihatan kusam.
3) Sawo matang
Warna kulit ini adalah warna yang sering dimiliki oleh kebanyakan wanita asia, warnanya sedikit gelap berbanding kuning langsat. Bagi mereka yang memiliki kulit warna ini, ia sesuai menggayakan busana dengan warna pastel terang atau gelap seperti navy blue, merah hati, ungu atau hitam. Elakkan dari memakai busana berwarna kuning atau coklat gelap.
4) Putih gading
Mereka yang memiliki kulit seperti ini mempunyai kulit yang cerah dan kelihatan sedikit pucat. Jadi, mereka perlu elakkan dari memakai baju warna pastel atau pudar, kerana akan membuatkan mereka kelihatan lebih pucat.
Cari busana yang mempunyai warna yang kontra seperti hitam, navy blue, royal blue atau pink. Ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih cantik dan menarik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sudah tahu wanita dalam haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, tetapi ada juga wanita yang tidak mengendahkannya. Terutama ketika mahu menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid hampir kering. Boleh berikan sedikit penjelasan?
Jawapan :
Hukum yang dipegang oleh kebanyakkan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid. Terdapat juga pendapat yang mengharuskan iaitu Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, dan Ibn Hakim Zahiri. Dalil mereka mengharamkan berdasarkan hadis Nabi SAW.
Hadis daripada Ummu Salamah RA yang bermaksud : Baginda SAW masuk ke pintu gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” (Riwayat Abu Dawud RA).
Hadis menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid. Kebanyakkan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.
Dengan itu tiada dalil yang kuat yang mengatakan mengharamkannya. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal iaitu Harus. Namun, mereka hanya boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat atau disekitar kawasan masjid.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tak sedar sikap narsistik wujud dalam rumah tangganya, ini bahaya sebab kadang sampai bercerai jadinya!
Nak tahu apa ciri-ciri orang narsisistik, semak perkongsian Sha Ramson Abdullah ini. Mungkin anda boleh ubah dan elakkan dari awal perkenalan.
Ciri-ciri Sikap Narsisistik
Suka membangga diri.
Merasa megah dengan diri sendiri. Tak boleh orang lebih dari dia. Kalau ada orang yang lebih dari dia, dia boleh mengata orang tu, dia fitnah orang tu. Dia hasut orang lain benci dekat orang yang dia tak suka tu. Jangan main-main dengan orang macam ini.
Dia gilakan perhatian. Sukakan perhatian orang. Dia suka tarik perhatian orang. Dia pandai berlakon. Dia pandai curi perhatian orang.
Merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Untuk buat dia nampak baik, dia akan burukkan orang lain. Kadang-kadang orang tak perasan sifat dia yang ini. Dia suka kotorkan nama orang untuk nampak dia bersih.
Suka orang puji dia. Suka orang ikut cakap dia. Kalau orang tak ikut cakap dia, dia tuduh orang itu sebagai ‘mata-mata’ atau pengkhianat.
Suka puji diri sendiri. Suka claim diri sendiri CANTIK, kacak, baik, pandai dari orang lain.
Pandai berlakon dan pandai buat orang percayakan dia.
Pentingkan diri sendiri.
Apabila dia buat salah, dia tak mengaku itu salah dia. Sebaliknya dia akan kata itu salah orang lain. Jika kesalahan itu diketahui oleh orang lain, dia akan cakap dia jadi macam itu sebab orang lain. Dia tetap akan salahkan orang lain.
Suka memandang rendah atau memperlekehkan orang lain.
Mudah dengki kepada orang dan menganggap orang lain juga dengki padanya.
Kurang belas kasihan. Tiada empati terhadap orang lain.
Suka ambil kesempatan kat orang lain untuk keuntungan diri dia.
Suka menggunakan orang untuk memperoleh perkara yang diinginkan.
Tidak boleh menerima pandangan atau kritikan orang lain terhadap diri sendiri.
Kesan Buruk Sifat Narsisistik:
Susah nak dapat kawan.
Orang pun tak nak kawan dengan orang yang berakhlak buruk seperti ini.
Selalu ada masalah dalam hubungan dengan manusia. Tak kisahlah hubungan dalam rumahtangga, tempat kerja, dengan keluarga ibubapa, adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan. Dengan semua orang dia ada masalah.
Hidup tak pernah tenang. Selalu resah dan selalu ada masalah.
Sikap Narsisistik Dari Sudut Islam :
Dalam Islam, sikap narsisistik adalah sifat mazmumah yang terjadi daripada akhlak yang buruk iaitu UJUB, RIAK, TAKBUR dan HASAD.
Sikap ujub ini tidak disukai oleh Allah Ta’ala kerana individu sebegini dikatakan mempunyai hati yang buta dalam menilai orang lain serta dirinya.
Ini juga sesuai dengan firman Allah Ta’ala dalam Surah Luqman, ayat 18 yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.
Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”
Biasanya, seseorang akan diberikan diagnosis sebagai penghidap gangguan personaliti narsisistik sekiranya individu tersebut menunjukkan lima atau lebih ciri-ciri yang dinyatakan di atas.
Suami
Jika suami bersifat Narsistik memang bahaya untuk hubungan rumah tangga. Suruh SOLAT tapi suami tak nak solat. Suami tak boleh dinasihati kerana dia rasa dirinya saja yang betul sebab dia itu seorang suami tapi tidak memberi nafkah agama dalam keluarga. Akhirnya habis tunggang langgang keluarga.
Isteri
Kalau isteri bersifat narsistik boleh mengakibatkan jatuh nusyuz kepada suami. Merasa dirinya saja yang betul. Tak hormat suami. Tinggi suami pada suami. Lama-lama derhaka kepada suami.
Anak
Jika ada anak yang bersifat Narsistik boleh menyebabkan derhaka dia kepada ibubapa. Tak nak dengar cakap mak ayah.
Ibu Mentua
Jika ibu mentua yang punya sifat Narsistik, Nauzubillah… ini bahaya. Boleh jadi asbab pergaduhan yang dahsyat dalam keluarga.
Banyak realiti kehidupan yang jadi begini sehingga berlakunya penceraian terhadap suami isteri disebabkan keluarga mentua yang ada masalah Narsistik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!