Tiada manusia yang inginkan hubungan cinta terputus di tengah jalan. Hubungan cinta yang berkekalan dan mengecapi kebahagiaan menjadi impian dalam menuju kehidupan yang lebih sempurna. Namun, dalam usaha untuk memastikan hubungan sentiasa mekar, siapa sangka ia boleh berakhir begitu saja.
Perasaan berbunga-bunga dan cinta itu seperti pudar, ditambah pula dengan permasalahan lain yang mendatang dan menambah kerungsingan. Mungkin anda tidak sedar tabiat atau sikap jelik yang ada pada diri membuatkan hubungan tersebut berakhir. Sebelum terlambat perbaiki diri dan buang sikap tersebut agar hubungan sentiasa utuh. Jom Lihat pada 8 perangai atau tabiat ini yang menjadi punca rosaknya hubungan cinta, serta cara untuk mengelaknya.
1. KURANG KASIH SAYANG
Asyik berkepit pun tidak bagus, tapi kurang perhatian juga boleh merosak hubungan cinta. Sentuhan dalam perkahwinan amat perlu, jadikan tabiat bercumbu sebelum keluar rumah satu rutin harian. Jika anda mahu selamatkan keadaan, mulakan terlebih dulu. Berpegang tangan, berpeluk adalah antara cara untuk kembalikan cinta dalam perhubungan.
2. BERLAGAK BUJANG
Nama pun perhubungan, kenalah babitkan dua orang. Tapi, jika anda masih berlagak seperti hidup sendirian, tanpa ambil kira perasaan pasangan, bermakna anda tidak betul-betul komited pada si dia. Bila anda dalam perhubungan, anda kena beringat sama akan perasaan suami.
Ads
Adakah anda buat rancangan tanpa memberitahu padanya? Adakah anda suka berahsia daripada pengetahuan si dia? Tak bolehlah masih hidup seperti bujan tetapi masih mahukan manfaat berteman seranjang. Jika anda mahu hidup bujang, hiduplah bujang. Jika anda mahu komited dalam perkahwinan, kenalah komited pada setiap perbuatan anda, secara bersama-sama.
3. BERSIKAP SINIKAL DAN SUKA MEMERLI PASANGAN
Sekali-sekala sudah tentu tidak mengapa untuk bergurau nakal, tetapi bila asyik memerli dan memperlekeh, itu sudah jatuh status tidak menghormati. Perbuatan sebegini akan buat pasangan terluka dan defensif. Pastikan pasangan tahu jika ‘gurauannya’ melampaui batas.
Ads
4. TERLALU SENSITIF DAN KURANG KEYAKINAN
Tiada yang lebih melukakan daripada terasa tidak bernilai dalam hubungan cinta dan perkahwinan. Rasa kurang yakin ini lama kelamaan boleh membibit cemburu. Sukar untuk mempercayai pasangan jika dia hanya buat anda rasa tidak berharga. Jika keadaan ini berterusan, anda kena tanya pada diri sendiri, adakah ianya berbaloi untuk diteruskan?
5. TIADA MINAT DAN HOBI LAIN
Kesannya sama seperti berlagak bujang, apabila anda hanya melakukan apa yang pasangan anda minati. Anda masih perlukan hidup, teman, minat, hobi dan masa sendiri. Malah, pakar perhubungan turut berkata, dalam usaha untuk ‘bersatu’ dengan suami atau isteri, ramai yang lupa minat, hobi dan cita-cita sendiri, padahal impian anda yang itulah buat pasangan minat pada anda.
Ads
Anda perlu cuba untuk menghargai waktu untuk diri sendiri, sebab tiada peraturan mengatakan anda hanya perlu berkepit dengan pasangan 24/7. Jika anda sudah lama tidak berjumpa dengan kawan-kawan, minta izinnya dan keluarlah berjumpa mereka.
6. TIDAK JUJUR
Ini adalah ‘punca kematian’ dalam perkahwinan. Jika anda tidak dapat percaya si dia, anda tidak lagi layak berada dalam perhubungan ini. Bila anda rasa tidak dihargai, tidak dipercayai, tidak dicintai, anda sebenarnya tidak lagi didahului dalam perhubungan ini. Jika anda rasa tidak lagi percayakan si dia, tanya diri: “Kenapa? Adakah si dia buat anda tertanya akan nilai diri? Adakah si dia sedang curang?” Atau, adakah anda yang tidak jujur dalam perhubungan ini. Adakah anda yang curang? Jika ya, cari cara untuk tamatkan kitaran ini. Lepaskannya pergi. Pilih untuk jadi jujur.
7. KUAT MEMBEBEL
Ini adalah pemusnah keseronokan dalam hubungan cinta dan perkahwinan. Malah, satu laporan Wall Street Journal pernah mengatakan yang bebelan dalam interaksi di mana seorang asyik buat permintaan dan seorang lagi hanya ‘buat bodoh’ dan kedua-duanya jadi sakit hati adalah isu yang pasangan perlu lalui. Pakar berkenaan berkata, ia adalah sejenis toksik komunikasi yang boleh menenggelamkan perhubungan. Cara terbaik menamatkan bebelan adalah menyelesaikan isu berkenaan.
8. PERANGAI KOMPULSIF
Bila anda tidak gembira, anda cuba salurkan pada sesuatu atau seseorang. Ini adalah bendera merah dalam perkahwinan. Jika anda suka habiskan masa membeli-belah, makan banyak atau sehingga sanggup membuka laman pornografi setiap hari, anda telah mencapai tahap mengetepikan pasangan. Anda perlu berterus-terang kepada pasangan supaya dia tahu apa dilema yang bermain dalam fikiran.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menawan hati dan menjadi kesayangan suami tidak bermakna isteri hanya bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, apabila menyuap suami atau isteri di khalayak ramai, itu tandanya romantik. Apabila nampak pasangan orang tua yang berpegangan tangan, itu tandanya romantik. Apabila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik.
Benar, dari kaca mata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereka itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja daripada kehidupan berumah tangga. Contohnya lihatlah bagaimana intimnya hubungan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a.
Oleh itu jom tiru cara ini agar anda menjadi isteri kesayangan suami.
1. Berhias namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar mekap ringkas dan manis dipandang.
2. Jadi yang menyenangkan dan jangan tidak tahu untuk bergurau. Ramai suami suka mengusik isteri, jadi janganlah isteri cepat merajuk. Sambut jenakanya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumah tangga. Yakini suami sebagai pemimpin keluarga.
4. Bersikap sederhana dan jangan minta suami di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badannya jika suami kepenatan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran serta komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu busybody seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Yakini kesetiaan suami terhadap anda.
8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan tinggi. Suami anda juga ada kelebihannya tersendiri.
9. Pandai menjaga diri apabila anda keluar rumah dan menjaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya dengan sepenuh hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berdoa untuk suami isteri adalah aktiviti yang sangat baik. Doa dalam jemaah membawa manfaat besar, termasuk dalam hubungan suami dan isteri.
Selain mendapat ganjaran yang banyak, ini adalah 5 manfaat yang boleh dirasakan suami dan isteri. Jom kita lihat.
1. Suami dan isteri mempunyai lebih banyak masa bersama
Selepas hari yang sibuk dengan aktiviti masing-masing, inilah waktunya bagi anda untuk mempunyai pasangan yang lebih lama. Ia akan menjadi indah apabila seorang suami ingin mengajak isterinya untuk berbuat baik dengannya.
2. Menjadi peringatan untuk isteri
Tugas Makmum adalah mengikuti imam. Mengajak isteri solat jemaah mempunyai manfaat sebagai peringatan bahawa isteri adalah makmum untuk suaminya. Selalunya isteri mempunyai banyak kelebihan, dengan solat tarawih isterinya dalam jemaah dapat mengingatkan bahawa isteri adalah makmum dan suami adalah imam.
3. Menjadikan diri berdisplin
Dengan mengerjakan solat tarawih bersama secara tidak langsung ia akan menjadikan diri kita lebih berdisplin apabila tibanya bulan ramadhan. Seperti solat tarawih bersama itu sudah menjadi kebiasaan setiap tahun.
4. Meningkatkan kasih sayang
Selepas solat berjemaah, ia mesti diikuti dengan solat bersama. Itu adalah saaat ketika suami dapat menyebut doa dan harapan untuk kesihatan dan kebaikan keluarganya. Doa yang diminta oleh suami tentu dapat menumbuhkan rasa sayang untuk isterinya. Doa tarawih yang lebih kerap di jemaah dijalankan supaya ini dapat memupuk kehangatan dalam keluarga.
5. Suami lebih merasa tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga
Satu lagi perkara yang baik jika suami mengajak isteri untuk di sinilah ia secara tidak langsung diingatkan untuk bertanggungjawab kepada isterinya dan anak-anaknya. Ia akan menyedarkan suami bahawa pentingnya tanggungjawab seorang suami dan ayah kepada keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Titipan undangan raja sehari akan diiringi seawal sebulan sebelum tarikh persandingan. Pun begitu detik waktu yang berlalu, kebiasaannya bakal mempelai akan membuat persiapan lebih awal untuk memastikan kad undangan siap tercetak.
Lebih-lebih lagi jika bakal pengantin itu sendiri yang mereka, mengilhamkan dan menghasilkan sendiri kad perkahwinannya dengan sentuhan peribadi.
Buat bakal mempelai yang ingin berbuat demikian, sebenarnya bukan sukar direalisasikan.
Hanya tujuh langkah yang diperlukan. Selamat mencuba!
1. Dalam pembuatan kad kahwin ini sangat mudah. Mungkin anda boleh menggunakan kelebihan Microsoft word untuk mereka kad kahwin yang ‘simple but nice’ atau anda pakar dalam menggunakan ‘adobe illustration‘ juga dapat membantu anda melakar sesuatu yang lebih menarik dan istimewa berbanding daripada yang ditawarkan di kedai.
2. Anda perlu mencari kertas yang tampak berkualiti dan pastikan harganya tidak mahal. Ada juga bakal mempelai memilih kertas ‘recycle’ yang mempunyai teksturnya yang tersendiri dan sekali gus menyuntik elemen antik atau vintaj.
3. Seterusnya anda perlu membina ayat-ayat yang sesuai untuk diletakkan di dalam kad dengan menggunakan penggayaan ayat yang romantik atau pun boleh juga meletakkan pantun atau seleksi ucapan bakal mempelai.
4. Setelah rekaan kad telah siap dan kad telah dipilih. Langkah seterusnya ialah mencari kedai mencetak yang murah dan pastikan anda mendapatkan diskaun.
5. Buat checklist senarai jemputan dan kenal pasti jumlah keseluruhannya. Pastikan apabila kad itu hendak dicetak, anda lebihkan dalam anggaran 30 hingga 50 keping. Bukan apa, takut anda terlepas pandang dan tercicir nama saudara, rakan taulan dan sebagainya daripada senarai yang telah dibuat. Jika berlaku, masih ada masa lagi untuk membuat sebarang penambahan.
6. Apabila kad kahwin siap dicetak, pastikan jumlah yang diberikan adalah tepat sebagaimana yang ditempah.
7. Setelah selesai semuanya , siap sedia untuk menulis semua nama-nama yang berada dalam checklist . Apabila telah lengkap dan siap di dalam sampul. Edarkan segera!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!