Mengadakan majlis kahwin tentunya menggunakan modal yang besar. Bermula dari menyewa dewan, dekorasi, cenderahati dan sebagainya untuk memastikan majlis kahwin berlangsung  dengan meriah. Sudah pasti bakal pengantin dan keluarga mahu merakamkan setiap momen yang bermakna buat kenangan anak dan cucu.

Baca perkongsian oleh ADAM STREET MEDIA tentang 8 tip mudah kepada pasangan pengantin untuk mendapatkan gambar yang meletop-letop macam artis.

Mekap
Kepada pasangan pengantin mekap perlulah cantik dan kena dengan warna kulit, anda dinasihatkan untuk mencari mekap artis (MUA) yang berpengalaman ini kerana jurumekap yang berpengalaman pandai untuk match  warna mekap dengan warna kulit, bukan setakat warna, bentuk muka juga memainkan peranan, sebab itu kalau juru mekap yang ada pengalaman tahu bagaimana untuk mencantikkan muka anda, jerawat pun hilang. Ini tak, dah elok cantik juru mekap pg bantai tambah bedak.

Baju pengantin
Warna baju pengantin memainkan peranan penting untuk anda kelihatan cantik dan menawan,kalau boleh elakkan dari mengambil baju warna merah menyala ( tapi kalau dah terbooking tak pa). dan juga ada sesetengan butik yang menyediakan baju yang dah lusuh, kalau lusuh jangan ambik, cari warna lain. jangan ambil mudah terutamanya lelaki, kerana lelaki ni ada sikap ambil mudah, asalkan majlis selesai dia pun ok, pastikan pengantin kelihatan segak, tapi kalau dah boroi takpe jangan risau, kerana boroi tu aset lelaki, dan baju yang dipilih handaklah muat dan bukannya menggelebeh. Jadi perlu prepare awal-awal.

IKLAN

Pengapit
Pengapit ni seeloknya pakai tu biar senonoh sikit, ikut tema kalau boleh, kalau boleh minta jurumekap  touch up sikit muka. Ni kadang ada yang baru balik dari pasar tani terus jadi pengapit. Pengapit pun kalau boleh tak payah nak pakai speck mata bagai, kadang nampak semak. Nak lagi cantik pengapit set kan baju sama warna dengan pengapit perempuan. Selipar jangan pakai, nampak cagu kadang dalam gambar, payah tau nak edit.

Senyum
Pengantin kalau boleh jangan nak buat muka ketat sangat, kata kahwin tapi muka macam baru lepas perang dan kalau boleh jangan sesekali stres, ye la mana tahu kawan call, pakcik sesat, sedara tanya tandas kat mana, kalau boleh bila majlis tu letakkan satu incharge, ni tak, kadang dia la pengantin, dia la mak andam, dia la tukang salam, dia la tukang ambik hadiah, semuanya dia la, yang jurugambar ni terkebil-kebil ambik gambar.

Aturcara majlis
Lain negeri kadang lain atur caranya, minta prepare awal-awal, supaya tersusun, bila tersusun semuanya mudah. Ni tak time makan beradap la, kawan nak photo group, mak sedara belah bapak sibuk nak selfie, tu yang jurugambar kadang kadang, lantak kau la, janji gambar ada, kalau boleh chemistry antara jurugambar dgn MC kena ada, kalau ada perubahan pun MC boleh adjust.

IKLAN

Ahli keluarga
Ahli keluarga kena faham, jangan nak kelam kabut balik awal, hari cuti pun nak balik awal, kalau nak balik sangat pastikan dah buat group photo. Bukan apa, gambar ini untuk kenangan, kang lagi 15 tahun cucu cicit tanya mana gambar pak long kan susah nak tunjuk.

“Abang tolong tangkapkan”
Ni ayat yang paling menyampah jurugambar nak dengar, pengantin dah membayar upah jurugambar, jadi nak tangkap gambar apa lagi setan, gambar kat hp tu tak cantik dan gelap cahaya tak cukup, nanti minta je la copy dari pengantin, aduh kadang sampai sepuluh handphone nak kena tangkap.
Satu lagi minta makcik, kawan kawan dan sedara belah jauh jangan nak menyibuk time jurugambar ambik gambar ini biasanya berlaku tima angkat nikah, time pengantin nak angkat nikah la, hampir seluruh ahli keluarga mengeluarkan handphone cap ayam untuk tangkap gambar, sedar tak jurugambar nak cari angle baik tapi kena blok dengan jari jemari cagu.

IKLAN

Si pemalu
Ni spesis paling rare tapi boleh jumpa kat majlis, bila minta group photo dia malu, hmmm, bukan nak minta bogelpun, ambik gambar je buat kenangan. Lepas tu bila semua dah ready group photo si pemalu ni pun berlari-lari anak nak join.

Harap pengantin jangan marah dengan ayat di atas, gurau gurau, kalau terkasar minta maaf ye, tip ini dari saya jurugambar perkahwinan ADAM STREET MEDIA

Sumber:https://www.facebook.com/groups/755831587815519/permalink/1418150204916984/

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI