Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan rumah tangga yang bahagia. Selain itu. Kehadiran cahaya mata bakal menambahkan keserian sesebuah rumah tangga itu.
Entri kali ini menyentuh topik agak panas dan menarik iaitu tip untuk meningkatkan kesuburan khas untuk lelaki.
Jangan Memakai Seluar Yang Ketat Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut’. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.
Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia Dan Radiasi Sinaran X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.
Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga. Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Sebaiknya, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.
Ads
Dapatkan Banyak Antioksida Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.
Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protein dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
Ads
Amalkan Pengambilan Supplement Dapatkan supplement yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.
Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, sememangnya anda diharamkan untuk meminum minuman beralkohol.
Ads
Berhenti Merokok Dan Jauhi Perokok Kalau anda seorang perokok dan inginkan zuriat, sila berhenti merokok dengan serta merta. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri. Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
Kurangkan Stres Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.
Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.
Dapatkan Berat Badan Yang Ideal Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat sebilangan isteri yang terpaksa berhenti kerja dan menjadi suri rumah atas arahan suami. Kadangkala keputusan itu dibuat apabila sukar mencari pengasuh dan jumlah kos yang terlalu tinggi. Akhirnya, isteri terpaksa mengorbankan kerjaya demi keluarga tercinta.
Namun, ada cabaran yang perlu anda tahu apabila menjadi suri rumah ini iaitu menjaga dan mendidik anak-anak yang kian membesar di mana ia memerlukan ketabahan yang luar biasa. Mari kita teliti apakah lagi cabaran lain yang harus ditempuhi jika memilih menjadi suri rumah.
1. Jam kerja yang lebih lama berbanding kerja di pejabat
Menjadi ibu atau bapa yang tidak bekerja memerlukan perhatian 24/7 setiap hari. Malah anda juga tidak mempunyai sebarang cuti tahunan, cuti sakit, dan tidak ada gaji mahupun bonus, tapi anda hanya diberikan wang nafkah dari suami dan wang perbelanjaan dapur setiap hari.
2. Penat dengan tugas rumah yang tidak pernah habis
Ramai orang menggangap suri rumah tangga tidak banyak kerja dan hanya melayan anak-anak saja. Lebih sadis, bila ada yang kata boleh goyang kaki setiap hari. Selain jaga anak, suri rumah tangga juga perlu melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, membersihkan rumah, seterika pakaian anak-anak yang bersekolah dan pakaian kerja suami.
3. Tidak boleh menikmati hidangan dengan rasa selesa
Apabila bersama anak kecil di rumah kemudian dia melihat ibunya makan atau minum, mesti mereka cuba mengganggu. Kadang-kadang, ibu terpaksa makan sorok-sorok supaya tidak dikacau oleh anak.
4. Mengurangkan kehidupan sosial
Oleh kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tugas menjadi suri rumah tangga maka anda terpaksa mengorbankan masa untuk bersosial bersama rakan-rakan anda. Namun anda selamat sebab sekarang ada Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp yang memudahkan pergaulan kalian dengan teman lain.
5. Sukar menyesuaikan diri apabila bekerja kembali
Tidak mudah untuk kembali bekerja dan sedikit sukar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru kerana anda perlu seimbangkan antara masa bekerja dan keluarga. Selain perlu meneliti semula kemahiran kerja yang sudah ditinggalkan dalam tempoh masa yang sangat lama kerana menjadi suri rumah tangga buat seketika cuma.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wahai wanita, berhati-hatilah dengan lelaki sweet talker. Kenapa? Kerana dia mungkin tidak serius dengan setiap ayat mereka. Ada sesetengah wanita mudah terpedaya kerana bagi mereka, lelaki itu berjaya membuatkannya bahagia.
Apabila lelaki sweet talker mengeluarkan tujuh ayat ini, wanita harus waspada. Anda mungkin ingat dia bersungguh-sungguh namun sebaliknya ada maksud lain yang ingin disampaikannya. Bagi mengelakkan anda tersalah faham, perlu wanita beri penekanan dengan tujuh ayat ini.
Katanya: “Awak memang seorang kawan yang baik!”
Maksud: Anda janganlah menaruh harapan yang tinggi kerana peluang untuk menjadi seseorang yang istimewa buat si dia adalah sangat tipis. Dia hanya menganggap anda sebagai temannya dan tak lebih dari itu. Tapi, jangalah pula anda bermasam muka dengannya ye!
Katanya: “Jom jumpa! Saya jumpa awak dekat sana terus ye.”
Maksud: Tidak kira sama ada menerusi telefon ataupun sms, dia tidak bersungguh-sungguh ingin berjumpa anda malah mengambil jalan mudah untuk berjumpa anda. Tidak bersifat gentleman. Barangkali dia kurang berminat dengan anda dan menganggap anda sebagai teman biasanya sahaja.
Katanya: “Semalam keluarga saya ada tanya pasal awak.”
Maksud: Dia serius dengan anda. Lelaki yang memperkenalkan teman istimewanya kepada keluarga biasanya mereka betul-betul serius dalam perhubungan.
Katanya: “Jom hang-out sama-sama.”
Maksud: Si dia mungkin tertarik dengan anda dan mahu meluangkan masanya dengan orang yang telah mencuri hatinya itu. Ini juga salah satu cara dia mendekati diri anda. Bak kata orang, menyelam sambil minum air!
Katanya: “Kenapa baru sekarang kita kenal? Kenapa tak dari dulu?”
Maksud: Wah! Nampaknya si dia betul-betul jatuh cinta dengan anda. Mungkin si dia mengagumi diri anda dan mahu mengenali anda dengan lebih mendalam.
Katanya: “Setakat nak jumpa kawan je pun. Buat apa nak pakai lawa-lawa?”
Maksud: Si dia cemburu kerana ada orang lain dapat melihat kecantikan anda. Si dia takut anda dikacau atau digoda oleh orang lain.
Katanya: “Saya perlukan ruang.”
Maksud: Ini ayat yang paling digeruni oleh setiap pasangan! Ayat ini bermaksud anda terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada hubungan anda. Si dia benar-benar mahukan ruangnya sendiri dan tidak mahu diganggu oleh anda. Dia benar-benar sudah bosan dan tidak mahu meneruskan hubungan dengan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki juga suka memakai cincin sebagai aksesori menyerlah keterampilan. Tidak kira bentuk dan logam yang menyaluti, cincin mampu menterjemah tarikan tersendiri selain melambangkan status dan prestij diri.
Rekaan dan bentuk cincin yang tersarung di jari manis memberi pengaruh besar kepada pemiliknya. Tidak kiralah mahal atau murah, cincin memancarkan peribadi diri hingga menjadi tarikan mata yang melihat.
Bagi lelaki moden, cincin bersalut platinum dirasakan paling cocok dan begitu bergaya. Ini kerana cincin platinum tidak terlalu berkilau dan bebas digayakan terutama bagi lelaki muslim.
Tip pemilihan cincin
1. Pertamanya, seseorang mestilah dapat membezakan bentuk cincin yang hendak dipilih sama ada ia sesuaian dengan karektor diri atau tidak.
2. Usah terpengaruh dengan reka bentuk yang mungkin tidak sesuai disarungkan pada jari anda.
3. Tidak semua jari sesuai menggayakan sesetengah bentuk cincin seperti jari halus dan kurus tidak digalakkan memakai cincin berbentuk besar kerana kelihatan tidak
seimbang.
4. Warna dan bentuk cincin mempengaruhi sesetengah individu. Lebih baik selidik terlebih dulu kandungan dan kesesuaian cincin dengan jari sendiri.
5. Jangan tergesa-gesa memiliki cincin semata-mata mahu kelihatan hebat dan menarik di mata orang lain.
6. Lakukan pemerhatian dan meninjau di beberapa kedai emas dan permata untuk mendapatkan idea cincin terkini yang sesuai.
7. Pilih beberapa bentuk cincin dan sarungkan satu persatu ke jari manis. Tidak salah untuk mencuba beberapa bentuk cincin semata-mata untuk memenuhi cita rasa. Cuba dan terus mencuba.
8. Jika perlu, minta jurujual cermin untuk melihat kesan atau effect cincin yang disarungkan pada jari.
9. Pastikan cincin yang sudah berkenan di hati tidak terlalu ketat mahupun longgar.
10. Tidak salah bersabar semata-mata untuk mendapatkan cincin yang berkenan di hati!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!