Ads

Bekas Penerjun Negara Kimberly Bong Kini Bergelar Isteri Pemain Bola Sepak, Ahmad Danial

Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping, kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara, Ahmad Danial Ahmad Asri.

Pasangan atlet berkenaan selamat disatukan sebagai suami isteri pada 7 Oktober 2026, sekali gus menamatkan zaman bujang masing-masing dan memulakan perjalanan baharu dalam kehidupan berumah tangga.

Berita gembira itu turut dikongsikan Kimberly menerusi Instagram miliknya dengan menitipkan ucapan penuh kasih sayang dan penghargaan buat suami tercinta yang disifatkan sebagai anugerah terindah serta jawapan kepada doa-doanya selama ini.

“Thank you for being my home, my greatest blessing, and the answer to so many of my prayers.May Allah grant us a lifetime of sakinah, mawaddah, and rahmah, and reunite us in Jannah.

“There’s no more you or me. It’s only US. Alhamdulillah for this beautiful beginning,” tulisnya.

Menerusi ungkapan tersebut, Kimberly turut memanjatkan doa agar rumah tangga yang dibina sentiasa dikurniakan ketenangan, kasih sayang dan rahmat Allah SWT, selain berharap agar ikatan cinta mereka berkekalan hingga ke syurga.

Ads

Dua Atlet Negara Disatukan

Kimberly, 24, bukanlah nama asing dalam arena sukan tanah air, khususnya acara terjun. Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa termasuk meraih pingat emas acara tiga meter papan anjal wanita pada Sukan SEA Kemboja 2023.

Beliau juga pernah meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2017 dan pingat perak pada edisi 2021 sebelum mengambil keputusan bersara daripada sukan terjun pada 2024, selepas hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Ads

Sementara itu, suaminya, Ahmad Danial, 26, merupakan pemain bola sepak profesional yang kini beraksi bersama DPMM FC, sebuah kelab bola sepak dari Brunei Darussalam.

Danial sebelum ini pernah menyarung jersi Selangor FC dan Kuching City FC sebelum meneruskan karier bersama DPMM FC.

BACA JUGA: Istana Zahran Jadi Saksi Penyatuan Puteri Sara Bint Faisal Dan Ali Al Sawaf, Momen Bahagia Diraikan Keluarga Diraja

Ads

Penyatuan dua insan yang pernah membawa nama negara dalam bidang sukan berbeza ini pastinya menjadi satu lagi kenangan istimewa dalam perjalanan kehidupan masing-masing.

Daripada mengejar kejayaan di gelanggang sukan, kini kedua-duanya memulakan perjalanan sebagai pasangan suami isteri, dengan tanggungjawab serta impian baharu untuk dibina bersama.

Terdahulu, Kimberly pernah mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan penghijrahannya kepada agama Islam pada Julai lalu. Berita tersebut dikongsikan menerusi Instagram pada penghujung Ogos dengan memuat naik sijil perakuan memeluk Islam serta rakaman ketika melafazkan dua kalimah syahadah. Beliau turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai antara detik paling istimewa dalam kehidupannya.

Semoga ikatan perkahwinan Kimberly dan Danial terus diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan berpanjangan serta kekal harmoni hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baharu buat kedua-duanya!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Setahun Melayari Bahtera, Raja Muda Selangor & Datin Paduka Seri Afzaa...

Tanggal 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang cukup istimewa buat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris...