Siapa yang tak sayang rumahtangga sendiri. Dari hari ijab dan qabul dilafazkan, tanggungjawab sebagai suami isteri pun bermula. Namun, kebahagiaan yang dicipta itu janganlah dibiarkan sendu. Perkahwinan ni rezeki. Kalau hilang ‘rezekinya’, semak balik kalau sebab ‘lain’yang mengganggu. 

 

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI  

Tersentuh hati saya, apabila terbaca perkongsian tentang ‘7 SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)’. 

 

Betapa tersisanya keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia2kan. Rezeki adalah hak Allah SWT, hanya dengan mematuhiNya saja mampu untuk kita mendapatkannya dengan berkat. Bekerjalah kerana Allah swt, bukan kerana manusia, kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah swt. 

 

  1. SERING BERGADUH.

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lebih-lebih lagi soal duit. Berbincanglah, dan carilah persefahaman. Bila pasangan tidak reda antara satu sama lain, di situlah puncanya rezeki tersekat. 

 

  1. SERING MERUNGUT DAN RASA TERBEBAN.

Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Sebagai ibubapa, adalah perlu diusahakan rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa terbeban. 

IKLAN

 

Baca juga artikel Walaupun Masa Bujang Buat Benda Sama, Tapi Rezeki Lebih ‘RANCAK’ Lepas Kahwin. – Pesona Pengantin

 

Dan artikel ni Memang Berkahwin Buka Pintu Rezeki, Tapi Jangan Habiskan Duit Pada Benda Tak Penting – Pesona Pengantin

 

IKLAN
  1. SERING MENGELUH DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI.

Perbanyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki, bersyukurlah, kerana syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki. 

 

  1. KEDEKUT DAN BERKIRA.

Janganlah terlalu berkira dalam perkara-perkara yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak ansur dan membentuk persefahaman sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsikan. 

 

  1. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH.

Janganlah sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata-kata yang terbaik sahaja sesama suami, isteri dan anak-anak. Buangkan cara yang menakut-nakutkan ahli keluarga, dan tanamkan sifat dan layanan yang penuh mesra. 

IKLAN

 

  1. KURANG SABAR.

Adakalanya kita perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah keadaan, memberi dan menerima pendapat, dan cari penyelesaian secara baik. Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan anak-anak, kerana sabar itu menjemput rezeki. 

 

  1. KURANG BERDOA.

Sentiasalah mengucapkan perkataan yang baik, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk suami, isteri dan anak-anak. Ingatilah mereka dalam setiap doa, di sepanjang masa, kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah dijangka. 

 

Kredit: Nur Zyella 

Kredit foto hiasan: TANGKAP PICTURES

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI