Bila kita berkahwin, kita pasti ada pasang niat perkahwinan ini kerana Allah Taala dan mengharapkan dapat buat perubahan dalam kehidupan. Keikhlasan dalam membina kehidupan bersama, melalui fasa susah dan senang itulah yang menjadikan perkahwinan kita lebih exciting.
Andai kita diberikan rezeki untuk hidup dalam keadaan serba mewah, janganlah sibuk tayang kekayaan itu kepada umum. Andai suami sering menghadiahkan barang-barang berharga, jadikanlah ia memori untuk anda dan suami sahaja. Ada orang yang tak mampu hadiahkan isteri waima sejambak bunga sekalipun. Andai dijodohkan dengan isteri yang sangat memahami begini, hargailah…
Seperti coretan Puan Suffiyah Ramadhani ini, silalah jadikan panduan…
******************************************************************
Tahu tak, masih ramai isteri2 yang tak pernah pakai barang kemas selama bertahun2 perkahwinan sebab tak pernah cukup duit nak beli walau sebentuk cincin pun?
Masih ramai ya. Bukan kerana suami tak mahu belikan, bukan kerana tak mahu ada aset atau menyimpan emas. Tapi wang digunakan utk banyak keperluan yg lain. Untuk anak2 dan keluarga. Untuk sesuatu yg lebih penting kepada mereka.
Dan istri2 ni tak pernah meminta, tak pula merungut atau tk puas hati. Kalau ada yg sebegini sebagai pasangan hidup, hargailah. Walau emas sekarang menjadi trend, mereka tetap bersyukur walau tak ada perhiasan diri.
Sebab mereka tahu, yg utama adalah memahami suami dan tidak membebankannya. Hargailah pasangan sebegini, yang sanggup susah senang bersama.
Masih ramai isteri yang merasakan tidak perlu pun bersaing walau terpaksa hidup dalam kekurangan.
Bersyukurlah, kalau kalian salah satu dari mereka. Moga Allah swt melimpahkan rahmat dalam rumahtangga yang penuh kesyukuran.
Masih ada, isteri yang hidup apa adanya. Walau org lain dan jauh kehadapan, mereka tetap setia utuh bersama. Walau terpaksa duduk di rumah, berpenat lelah menjaga anak dan mengurus hal rumahnya.
Walau tak pernah disajikan kemewahan dan tak pernah dibawa bercuti kerana kurang kemampuan pasangannya. Dia tetap bahagia. Kerana bahagia itu milik Allah dan kurniaan Allah swt kepada hambaNya.
Rumahtangga yang bahagia bukanlah harta, bukan rupa dan bukan juga kedudukan. Tapi keikhlasan menerima segala kekurangan pasangan dan bersyukur sentiasa. InshaaAllah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI