Bila dah lama berkahwin, tentunya keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tinggi. Harapan setiap kali haid tak datang membuatkan ramai isteri dah berbunga-bunga hatinya. Ada yang awal-awal lagi sudah bersedia mengambil supplemen dan asid folik. Bagus juga, sekurang-kurangnya tubuh bersedia menerima ‘orang baru’.
Terlalu banyak petua yang diamalkan para isteri demi untuk mendapatkan zuriat dan salah satu daripadanya adalah dengan minum air rebusan taugeh. Sebagai manusia, kita berhak untuk terus berusaha agar apa yang kita inginkan menjadi kenyataan. Asalkan jangan buat sesuatu yang melanggar Syariah atau undang-undang.
Ads
Ini tip untuk anda yang mahu berikhtiar hamil dengan air rebusan taugeh.
Ads
Ads
Rendam segenggam kacang hijau semalaman di dalam bekas berisi air
Keesokkannya, buang air tersebut dan ambil kacang hijau
Alaskan sehelai tisu bersih di atas meja. Kemudian letakkan kacang hijau tadi ke atas tisu.
Tutup semula kacang hijau dengan tisu bersih. Renjiskan air supaya tisu sentiasa dalam keadaan lembab. Biarkan semalaman
Keesokan harinya, kacang hijau akan keluar ekor anak taugeh. Ambil dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk dan rebus hingga kuantiti air jadi separuh ataupun rebus selama satu minit.
Tapis air rebusan tu, minum airnya setiap malam sebelum tidur, dari hari kedua haid hingga haid bersih.
Segenggam kacang hijau itu adalah untuk minum selama seminggu
Esoknya, guna anak taugeh yang sama . Hanya tukar guna air rebusan baru sahaja.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanyalah kepada sesiapapun, setiap daripada kita pastinya ingin menikmati rasa cinta apatah lagi dicintai. Cinta adalah anugerah, maka ia adalah fitrah manusia untuk menikmatinya dengan hati penuh berserah. Jika perhubungan tiada parah, lekaslah bawa ia untuk disahkan. Hangatkan cinta anda dengan pasangan menerusi tip yang dipaparkan ini.
TIP HANGATKAN CINTA
1-YAKINI CINTA ANDA
Tiada apa yang lebih penting selain yakin dalam hati yang si dia ialah calon sehidup semati anda. Jika benar, pastinya naluri serta perasaan seolah-olah terikat serta bergolak dengan keperibadiannya.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berfikiran terbuka dan berani mengambil risiko. Jika anda yakini perhubungan itu akan berkekalan, pastinya anda akan berusaha sehabis baik untuk menjaga keindahannya.
2) LAHIRKAN ZURIAT
Ini merupakan langkah yang ternyata akan melindungi warna kasih sayang anda daripada pudar. Mempunyai zuriat daripada keturunan anda berdua yang sah adalah sebagai bukti cinta yang terjalin.
Bila sudah ada anak, pastinya anda berdua saling memerlukan dalam menempuh kehidupan berkeluarga. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, anda berdua dinasihatkan banyakkan bersabar, tidak terburu-buru dan teruskan berusaha.
3) ‘NIKAHI’ KELUARGA PASANGAN
Setelah bernikah, anda seharusnya memikirkan jua bagaimana untuk memenangi hati keluarga si dia. Ini adalah penting bagi anda untuk terus menjalani hidup berpasangan dengan harmoni dan tenteram.
Resipi kebahagiaan rumah tangga yang paling afdal pastinya restu dan berkat yang diperoleh dari kedua-dua belah pihak. Oleh itu, sentiasalah merendah diri dan cuba sehabis baik untuk memikat hati keluarga mertua bagi mewujudkan keluarga yang harmonis. Namun berpada-padalah jangan sampai ‘beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.
4) BERMAIN CINTA
Sesudah berumah tangga, tibanya masa untuk menyemaikan rasa cinta yang anda berdua dahagakan. Malah, inilah momen untuk anda mengenali hati budi dengan berkasih tanpa perlu risau mahupun berselindung.
Anda bebas untuk bercinta dengannya tanpa sebarang syarat. Semakin lama anda mendekatinya, semakin tebal rasa sayang anda. Amalkan untuk terus meneroka jiwa dan nurani pasangan agar cinta terus bersemi kekal ke akhirnya.
5) BUKTIKAN KEUTUHAN CINTA
Ini wajar dilakukan. Bagi meyakinkan anda berdua dicipta untuk saling melengkapi, ini masanya untuk buktikan keutuhan cinta. Sekiranya ada yang berbisik nista atau berbohong dusta akan pasangan anda, jangan teragak-agak untuk membela. Secara tidak langsung ini menunjukkan anda mengambil berat akan perasaan serta emosi pasangannya.. Berpendirianlah dalam mengukuhkan kestabilan tiang rumah tangga.
5) RELA BERKORBAN
Ini merupakan tuntutan wajib dalam setiap perhubungan. Perkahwinan menuntut pengorbanan yang tiada berpenghujung. Oleh itu, sentiasa bersedia berkorban dari segi masa, wang, ruang mahupun perasaan. Jangan amalkan sikap mementingkan diri sendiri, kelak pastinya ia memakan diri.
6) KEKALKAN MOMENTUM
Sentiasa amalkan untuk mempertahankan kesejahteraan cinta dengan belaian kasih serta kucup manja bagi menyemarakkan rasa sayang anda berdua. Panggilan manja serta kualiti masa bersama dapat menguatkan dasar percintaan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk terus kekalkan momentum kemesraan tersebut walau sesibuk mana pun. Yang pasti, jangan berhenti mencuba sesuatu yang segar membara rasa cinta dalam rumah tangga anda.
KEBAIKAN CINTA SELEPAS KAHWIN
1) Tidak dan sukar untuk berasa bosan terhadap pasangan
2) Teruja untuk mengenali dan akan meluangkan banyak masa dengan pasangan
3) Lebih mencabar, maka secara tidak langsung akan menguatkan serta mengukuhkan perhubungan
4) Dapat menjauhkan diri daripada maksiat. Jika sebelum berkahwin, anda berdua sukar untuk menjalani percintaan, maka selepas berkahwin anda bebas untuk melakukan apa sahaja.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
FOLLOW INSTAGRAM @PESONAPENGANTIN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam tempoh bercinta ialah masa di mana anda mengenali hati budi si dia sama ada dia benar-benar jujur dalam hubungan yang dijalin. Dari berkawan itu anda boleh menilai karakter si dia adakah terdapat ciri-ciri atau kualiti diri yang boleh dijadikan pasangan hidup. Diharapkan anda jatuh cinta dengan lelaki yang tepat agar rumah tangga yang dibina memberi kebahagiaan buat anda berdua.
Andai si dia memiliki 8 kualiti ini, jangan lepaskan ya.
Dia tahu akan peranannya
Lelaki yang memahami kelebihannya akan tegas dengan pilihan yang dibuatnya sendiri. Ia akan membahagikan waktu untuk hubungan dan keutamaan yang lain. Lelaki begini akan memberi komitmen yang tinggi dalam setiap tanggungjawabnya. Ia menerima tanggung jawab atas tindakannya dan tidak pernah menyalahkan orang lain jika sesuatu terjadi.
Berkomunikasi secara langsung dan jujur
Lelaki yang membuat anda jatuh cinta ini tidak berbohong atau memutar belit fakta, dia percaya diri dengan kemampuannya. Dia mempertahankan kesabaran dan kasih sayang, kerana dia tahu bahawa itu adalah sikap yang paling kuat.
Menjadikan anda merasa selamat dan tenteram berada dekatnya
Lelaki ini akan membuat anda merasa tenang bila berada bersama. Dia akan berusaha memenuhi keperluan anda, tidak bercakap tentang diri anda kepada orang lain.
Sopan dan menghormati
Lelaki yang baik akan membuat anda merasa tenang kerana memang sewajarnya mereka patut melayan anda sebegitu. Ketika jatuh cinta dengannya, dia tidak tertarik pada pandangan orang lain, namun lebih fokus pada hubungan yang sedang dijalin antara dirinya dengan anda. Ini bermakna dia sopan dan menghormati diri anda.
Menerima, namun tidak mengharapkan kasih sayang anda
Lelaki yang baik juga akan bersyukur atas apapun yang anda lakukan untuknya. Dia tidak akan mengharapkan balasan, namun menerima rasa cinta tersebut. Dia akan meminta apa yang diperlukannya dan menanyakan hal yang sama pada anda. .
Dia melihat kemampuan anda dengan optimis
Lelaki ini juga akan mempercayai kemampuan anda secara optimis. Dia tidak akan membandingkan atau membuat anda merasa putus asa, dia akan turut gembira sekiranya anda berjaya mencapai kejayaan.
Dia akan bertanya
Lelaki yang baik akan bertanya sebagai menghormati pendapat anda.
Ikhlas mendengar
Lelaki yang baik akan menyediakan ruang untuk mendengar luahan hati anda. Dia mendengar pendapat anda dan dengan penuh perhatian.
Sumber: Liputan6.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
TERDAPAT banyak jenis senaman yang boleh dilakukan ibu yang sedang menghitung hari untuk bersalin. Walaupun dalam keadaan sarat, ibu digalakkan bergerak aktif supaya tubuh sentiasa dalam keadaan cergas, kuat dan bertenaga.
Selain mengerjakan rutin di rumah, senaman ringan yang boleh mengeluarkan sedikit peluh juga boleh dilakukan ketika lapang. Ajak suami atau teman untuk ikut serta jika beriadah di taman.
Penting diingatkan supaya ibu tidak bersenam secara berlebihan dan minum air secukupnya. Berhentilah sekiranya tubuh berasa penat, tidak selesa atau berlaku pendarahan.
Berikut lima jenis senaman yang boleh lakukan di rumah atau di taman. Gerakan yang dikongsikan my.theasianparent.com ini antara yang bagus untuk memudahkan proses bersalin.
1. Angkat punggung ke atas
Senaman untuk mudah bersalin pertama adalah mengangkat punggung ke atas. Ia mampu melatih dan menguatkan otot-otot dasar pinggul yang membuatkan proses kelahiran bayi menjadi mudah. Gerakan ini boleh dilakukan sambil berbaring. Lakukan selama tiga ke 10 minit. Ulang empat kali sehari.
2. Berjalan
Ini senaman paling mudah. Ramai pakar menyarankan supaya ibu lebih kerap berjalan kaki apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga. Senaman ini dipercayai membantu merangsang bukaan pintu rahim lebih cepat, sekali gus menjadikan proses bersalin lebih mudah.
Lakukan senaman berjalan kaki ini sekerap mungkin kerana ia mampu membantu bayi masuk ke laluan keluar atau ke pintu servik.
3. Duduk mencangkung
Dalam keadaan tubuh yang relaks, berdiri tegak dan buka kaki dalam posisi yang selesa. Pastikan punggung diluruskan dan turunkan badan secara perlahan-lahan sehingga dalam kedudukan mencangkung.
Kemudian, tahan kira-kira 10 saat dan kembali duduk ke posisi asal. Ulangi senaman dan gerakan ini untuk membantu menguatkan otot paha dan pinggul.
4. Mengiring badan ke kiri dan ke kanan
Langkah seterusnya, ibu boleh mengiringkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Latihan ini berupaya membantu meningkatkan kekuatan otot perut dan meredakan sakit pinggang, terutama ketika kandungan sudah mencapai trimester ketiga.
Mulakan dengan posisi merangkak dengan kepala sebaris punggung. Angkat kepala ke atas dan tahan nafas serta hembus perlahan-lahan. Senaman ini boleh dilakukan secara santai dan diulangi beberapa kali.
5. Duduk dalam posisi yoga
Posisi ini dipanggil sebagai kupu-kupu dalam senaman yoga, di mana aktiviti senaman ini dilakukan sambil duduk di lantai dan punggung lurus ke dinding.
Seterusnya kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai. Kebaikannya untuk melatih otot paha dari menghilangkan tekanan punggung kala ibu sedang mengandung.
Senaman boleh dilakukan 10 hingga 20 kali sehari.
Pastikan ibu tidak melakukan aktiviti senaman lasak yang lain kerana bimbang terlalu penat sehingga mendatangkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...