Tanyalah kepada sesiapapun, setiap daripada kita pastinya ingin menikmati rasa cinta apatah lagi dicintai. Cinta adalah anugerah, maka ia adalah fitrah manusia untuk menikmatinya dengan hati penuh berserah. Jika perhubungan tiada parah, lekaslah bawa ia untuk disahkan. Hangatkan cinta anda dengan pasangan menerusi tip yang dipaparkan ini.
TIP HANGATKAN CINTA
1-YAKINI CINTA ANDA
Tiada apa yang lebih penting selain yakin dalam hati yang si dia ialah calon sehidup semati anda. Jika benar, pastinya naluri serta perasaan seolah-olah terikat serta bergolak dengan keperibadiannya.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berfikiran terbuka dan berani mengambil risiko. Jika anda yakini perhubungan itu akan berkekalan, pastinya anda akan berusaha sehabis baik untuk menjaga keindahannya.
2) LAHIRKAN ZURIAT
Ini merupakan langkah yang ternyata akan melindungi warna kasih sayang anda daripada pudar. Mempunyai zuriat daripada keturunan anda berdua yang sah adalah sebagai bukti cinta yang terjalin.
Bila sudah ada anak, pastinya anda berdua saling memerlukan dalam menempuh kehidupan berkeluarga. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, anda berdua dinasihatkan banyakkan bersabar, tidak terburu-buru dan teruskan berusaha.
3) ‘NIKAHI’ KELUARGA PASANGAN
Ads
Setelah bernikah, anda seharusnya memikirkan jua bagaimana untuk memenangi hati keluarga si dia. Ini adalah penting bagi anda untuk terus menjalani hidup berpasangan dengan harmoni dan tenteram.
Resipi kebahagiaan rumah tangga yang paling afdal pastinya restu dan berkat yang diperoleh dari kedua-dua belah pihak. Oleh itu, sentiasalah merendah diri dan cuba sehabis baik untuk memikat hati keluarga mertua bagi mewujudkan keluarga yang harmonis. Namun berpada-padalah jangan sampai ‘beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.
4) BERMAIN CINTA
Sesudah berumah tangga, tibanya masa untuk menyemaikan rasa cinta yang anda berdua dahagakan. Malah, inilah momen untuk anda mengenali hati budi dengan berkasih tanpa perlu risau mahupun berselindung.
Anda bebas untuk bercinta dengannya tanpa sebarang syarat. Semakin lama anda mendekatinya, semakin tebal rasa sayang anda. Amalkan untuk terus meneroka jiwa dan nurani pasangan agar cinta terus bersemi kekal ke akhirnya.
Ads
5) BUKTIKAN KEUTUHAN CINTA
Ini wajar dilakukan. Bagi meyakinkan anda berdua dicipta untuk saling melengkapi, ini masanya untuk buktikan keutuhan cinta. Sekiranya ada yang berbisik nista atau berbohong dusta akan pasangan anda, jangan teragak-agak untuk membela. Secara tidak langsung ini menunjukkan anda mengambil berat akan perasaan serta emosi pasangannya.. Berpendirianlah dalam mengukuhkan kestabilan tiang rumah tangga.
5) RELA BERKORBAN
Ini merupakan tuntutan wajib dalam setiap perhubungan. Perkahwinan menuntut pengorbanan yang tiada berpenghujung. Oleh itu, sentiasa bersedia berkorban dari segi masa, wang, ruang mahupun perasaan. Jangan amalkan sikap mementingkan diri sendiri, kelak pastinya ia memakan diri.
6) KEKALKAN MOMENTUM
Ads
Sentiasa amalkan untuk mempertahankan kesejahteraan cinta dengan belaian kasih serta kucup manja bagi menyemarakkan rasa sayang anda berdua. Panggilan manja serta kualiti masa bersama dapat menguatkan dasar percintaan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk terus kekalkan momentum kemesraan tersebut walau sesibuk mana pun. Yang pasti, jangan berhenti mencuba sesuatu yang segar membara rasa cinta dalam rumah tangga anda.
KEBAIKAN CINTA SELEPAS KAHWIN
1) Tidak dan sukar untuk berasa bosan terhadap pasangan
2) Teruja untuk mengenali dan akan meluangkan banyak masa dengan pasangan
3) Lebih mencabar, maka secara tidak langsung akan menguatkan serta mengukuhkan perhubungan
4) Dapat menjauhkan diri daripada maksiat. Jika sebelum berkahwin, anda berdua sukar untuk menjalani percintaan, maka selepas berkahwin anda bebas untuk melakukan apa sahaja.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
FOLLOW INSTAGRAM @PESONAPENGANTIN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam setiap urusan kita, kebergantungan pada Allah adalah kunci utama selepas cuba berusaha dan melakukan apa yang sepatutnya. Itu sebab orang selalu kata doa, usaha dan tawakal perlu seiring. Kalau setakat berdoa tetapi tiada usaha yang pernah kita lakukan tak akan boleh direalisasikan impian itu.
Melalui apa yang dkongsikan dalam Facebook Tazkirah Ustaz Ebit Lew, sepotong ayat ini jika diamalkan dalam keadaan yang kita rasa agak sukar terutama bagi wanita bakal melahirkan anak, ini salah satu amalan terbaik.
Ayat 1 surah Al-Fath ini banyak kelebihannya dan jika diamalkannya serta yakin pada Alllah, setiap apa yang kita rasa susah bakal dipermudahkan dengan kehendak-Nya.
Ayat ni elok diamalkan terutama masa kita kita nak buka sesuatu yang susah. Contohnya nak buka tutup botol yang sangat ketat ke atau ketika terkunci pintu rumah tapi kunci tertinggal di dalam ke.. baca la ayat ni.
Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin, elok dibaca sebagai ayat selusuh oleh para suami. Baca pada air lepas tu bagi isteri minum semasa dalam labour room tu. Insya Allah.. Allah permudahkan. Tapi dengan syarat kena yakin dengan Allah.
Elok juga dibaca untuk lembutkan hati seseorang. Amalkan selalu. Doa agar hati si polan yang kita hajatkan tu dapat dilembutkan hati. Ha..ape tunggu lagi. Jomlah terus beramal dengan ayat-ayat al-Quran. Usaha, doa, tawakal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat yang bakal bermentuakan pasangan yang berlainan daerah atau negeri anda, korang kena practice perkataan-perkataan negeri pasangan anda. Ini kerana supaya anda tidak tersalah faham nanti. Terutama yang bakal bermentuakan ”Oghang Kedah’.
1. Sekiranya anda susah nak sebut perkataan dalam loghat utara, gunakan bahasa Inggeris. Insya-Allah, mentua anda faham.
Pasangan pengantin sewajarnya melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendirikan rumah tangga di klinik atau hospital untuk memastikan mereka sihat. Ujian darah sangat penting untuk mengesan beberapa penyakit seperti Thalassemia.
Jika kedua-dua pasangan pengantin dikenal pasti pembawa penyakit ini (Carrier / Thalassemia Minor) maka kebarangkalian anak mereka mengidap Thalassemia major adalah 50%.
Thalassemia major adalah penyakit yang serius dimana pesakit perlu menjalani pemeriksaan darah setiap bulan kerana kekurangan sel darah merah. Jangka hayat mereka juga pendek iaitu antara 20 hingga 30 tahun.
Selain itu, ujian juga perlu dilakukan untuk memastikan tiada penyakit berjangkit secara hubungan seks seperti Hepatitis B,HIV dan Sifilis.
Bakal pengantin haruslah mengamalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja sebelum tetapi selepas berkahwin. Antaranya:
i. Amalkan diet yang seimbang dan cukup dengan protein, karbohidrat dan lemak dalam komposisi yang betul. Secara amnya, makan semua jenis makanan dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makanan manis dan berlemak.
ii. Bersenam tiga ke lima kali seminggu, 20 hingga 60 minit setiap sesi dengan menggabungkan senaman aerobik seperti berjalan, joging, bermain badminton, berbasikal dan juga weight training untuk membina otot.
iii. Makan multivitamin yang ada semua jenis vitamin seperti B complex untuk tenaga, vitamin A, C,E dan zink untuk melawan semua jenis penyakit.
Oleh: Doktor Rohaya Ramli, Doktor Perubatan Keluarga & Pengarah Bakti Healthcare Sdn Bhd.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!