Majlis pernikahan adalah momen terindah antara anda dan pasangan kerana ia menjadi permulaan hidup anda berdua. Terjadi hanya sekali seumur hidup dan sentiasa menjadi ingatan sepanjang hayat.
Ikuti beberapa panduan untuk anda berkenaan majlis akad nikah.
1. Mengikut adat, ketika upacara membatalkan air sembahyang, kebiasaanya lelaki mencium dahi pengantin perempuan. Apakah hukumnya perbuatan itu?
Upacara membatalkan air sembahyang sebenarnya adalah acara adat yang diamalkan sejak dulu kala.
Realitinya, mungkin tidak berlaku pembatalan air sembahyang sebab antara pengantin tersebut tidak mempunyai wudhuk dan kalaulah ada, tiada manfaatnya dibatalkan dengan sengaja.
Yang boleh difahami ialah upacara tersebut sebagai titik mula bagi membuktikan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan kini telah halal untuk bersentuhan. Harus hukumnya kerana tiada nas yang jelas menghalang atau memerintah perlakuan tersebut.
Ads
2. Bagi pasangan pengantin yang akan bernikah, pengantin perempuan perlu duduk berdekatan dengan pengantin lelaki agar memudahkan proses pertanyaan soalan oleh pihak kadii. Perlu ke terdapat etika yang betul seperti pengantin perempuan perlu duduk dibahagian kiri atau kanan pengantin lelaki?
Memang sewajarnya pengantin perempuan menyertai pengantin lelaki dan orang ramai terutama tika majlis akad nikah, bukan hanya untuk menjawab soalan tuan kadi tetapi untuk turut sama mendengar khutbah nikah dan takliq bakal diucap oleh si suami.
Etika yang tepat ialah berjauhan daripada pengantin lelaki kerana sebelum akad nikah sah, mereka belum lagi pasangan suami isteri. Memadai turut sama berada di dalam majlis dan mendengar dengan teliti segala yang dilafazkan.
Ads
3. Menyarung cincin di jari pengantin lelaki oleh pengantin perempuan juga satu amalan daripada tradisi kaum India.
Bagi menjaga adab, sebaiknya pengantin lelaki melutut dan aturannya, pengantin perempuan perlu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan si suami serta mencium tangan suami sebagai tanda, isteri yang bersedia untuk hidup setia di samping suami.
4. Bersolek sepatutnya hanya untuk menambah seri. Terlalu tebal dan menonjol sebenarnya lebih kepada menarik perhatian dan dalam keadaan diri sebagai pengantin yang bakal menjadi isteri kepada seseorang, hakikatnya seperti memperagakan diri yang sepatutnya hanya milik si suami.
Sebaiknya tidak bersolek keterlaluan. Bukan saja tika majlis malah hari-hari biasa. Ironiknya mereka yang jarang bersolek (sekadar mengenakan bedak nipis dan lipstik) akan nampak lebih berseri. walau hanya dengan solekan nipis. Bila terbiasa menyolek, solekan biasa-biasa memang tak memadai.
Ads
Buat para gadis, biasakanlah diri dengan solekan biasa agar detik anda sebagai pengantin menjadi saat sukar dilupa.
5. Gunakanlah kanta lekap yang biasa, bukan berwarna. Ingatlah! Tika akad nikah telah sah bererti setiap dosa isteri akan turut dipikul oleh si suami.
Jika benar sayangkan bakal suami, tampillah sederhana, tidak terlalu menjolok mata. Bukan saja sedap mata memandang tetapi agar ada barakah daripada-Nya untuk perkahwinan anda.
Sumber gambar: Takara sakana photography
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Untuk suami dan isteri adalah penting dalam mengekalkan hubungan yang baik kerana anda akan membina keluarga bersama.
Pernah tak anda melihat pasangan yang seperti tiada apa masalah yang berlaku tiba-tiba anda dapat tahu mereka sudah bercerai. Malah, orang sekeliling juga merasa sayang dengan perhubungan tersebut.
Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Mungkin ini antara sebabnya.
1. Jadi orang lain untuk pasangan
Jika kita tersalah langkah untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan kita seolah-olah telah menjadi orang lain untuk pasangan kita. Sememangnya kita mahu mengembirakan pasangan tidak kira sebelum mahupun selepas berkahwin. Akhirnya diri anda menjadi plastik untuk dirinya.
2. Sentiasa menurut kata-kata pasangan
Perkara ini akan terjadi apabila kita terlalu mengikut kata-kata pasangan kita sahaja. Apa yang disuruh itulah yang dibuat. Sebenarnya boleh sahaja ikutkan kata-kata mereka tetapi haruslah yang mendatangkan faedah dan kebaikan. Jangan pula terlalu mengikut sehingga boleh mendatangkan keburukan kepada anda dan untuk kesenangan dirinya sahaja. Bahaya.
3. Tidak berbincang mengenai masalah
Walaupun ada sesetengah pasangan nampak seperti sempurna dan tiada apa yang berlaku namun siapa sangka disebalik rumah tangga mereka penuh dengan kekurangan. Sebab itu pentingnya komunikasi dan perlunya perbincangan sekiranya anda berdua menghadapi masalah.
4. Sentiasa menghindari masalah
Bila kita hanya menurut kata-kata pasangan itu bermakna sebenarnya kita mahu menghindari daripada masalah. Jangan terlalu mahukan hubungan yang sempurna sehingga tidak mahu ada masalah. Mana ada hubungan yang tiada masalah, semua ada. Jadi jangan lari dari masalah.
5. Terlalu bersangka baik terhadap pasangan
Hal ini pun sering terjadi kerana terlalu bersangka baik dengan pasangan. Sehingga curang dengan anda pun masih tidak tahu! Berpada-padalah jika anda terlalu ingin bersangka baik dengan pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan yang baru lepas kahwin selalu dalam dilema sebab kadang-kadang ibu bapa mereka sendiri yang mengajak untuk tinggal bersama sementara waktu. Ada juga yang telah menyediakan bilik khas untuk anda dan pasangan.
Tapi, disebabkan anda tidak mahu kecewakan hati orang tua anda terpaksa mengikut kehendak mereka. Sebenarnya banyak benda anda kena fikirkan kalau nak duduk rumah dengan mentua. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan okay!
1. Tiada ruang privasi
Dah nama pengantin baru, anda mesti nak waktu berdua bersama si dia. Masa ini lah anda boleh kenal lebih mendalam tentang pasangan anda. Kalau duduk rumah mentua belum tentu lagi ye ada masa macam ini.
2. Kadangkala rasa tak selesa
Bayangkan keluarga mentua anda mempunyai ahli keluarga ramai. Setiap tempat ada sahaja sampai anda pun rasa tak selesa nak keluar bilik.
3. Bila bergaduh pasti ada campur tangan
Dah duduk rumah mentua, semua sahaja diperhatikan. Kalau anda tak bercakap sikit mula lah fikir anda dan si dia tengah bergaduh. Bertanya itu ini. Sehingga anda sendiri pun rimas.
4. Pakaian agak terbatas
Untuk perempuan kalau duduk rumah mentua anda kena jaga adab dan pakaian anda. Kalau si suami ada adik beradik lelaki ramai kenalah jaga perangai tu.
5. Tidak sihat pun kena berlakon sihat
Kalau duduk rumah mentua ni tangan kena ringan buat kerja. Kalau anda tak buat nanti ada sahaja yang berbisik. Sebab itu kalau tak sihat pun kena pandai berlakon macam anda sihat takut mereka salah sangka.
6. Tidak boleh nak dekor rumah sendiri
Anda tidak berpeluang untuk dekorasi rumah sendiri kalau tinggal bersama mentua. Impian anda nak dekorasi idaman akan terhenti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut adalah aset penting bagi lelaki kerana pada rambut juga terletaknya gaya dan penampilan diri seseorang. Rambut yang kemas dan teratur akan menampakkan seseorang lelaki itu lebih kacak dan mengancam pada hari persandingan mereka.
Untuk hari perkahwinan terdapat gaya rambut pengantin lelaki dengan cara yang berbeza. Dengan bantuan produk rambut dan teknik potongan, ia dapat mempamerkan rupa baru untuk dipadankan bersama baju melayu ataupun tux. Ini 10 stail rambut patut pengantin lelaki cuba!
Short pompadour hairstyle
2. Long pompadour hairstyle
3. Ivy league hairstyle
4. Classic taper cut
5. Natural waves
6. Shoulder-length straight hairstyle
7. Slicked- back man bun hairstyle
8. Retro high-top fade
9. Nearly shaved
10. Taper hairstyle
Gambar : theknot.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!