Penyelidikan yang dilakukan oleh King King College of London dan Vrije University of Amsterdam pada tahun 2016 menunjukkan bahawa kurangnya tidur sebahagiannya dikaitkan dengan memakan lebih banyak kalori pada hari berikutnya.
Penyelidik percaya bahawa kekurangan tidur mengganggu hormon, menandakan kelaparan dan kenyang. Walau bagaimanapun, penyelidikan lain menunjukkan bahawa ia juga boleh mengganggu kawasan otak yang berkaitan dengan motivasi dan penghargaan, jadi selepas malam yang buruk dan tenaga yang rendah, kita hanya mahu memakannya dengan segera, merasakan ia tidak disebabkan oleh tekanan. Tetapi akibat kurang tidur tidak berhenti di situ.
Ads
gambar sekadar hiasan
Satu lagi kajian mendapati bahawa, jika tidur tidak dinafikan, keesokan harinya mereka cenderung memilih makanan yang berbeza dari apa yang biasanya mereka makan dan selalunya tinggi lemak.
Ads
Apabila memakan makanan yang gemuk seperti hamburger dan ayam goreng, mereka akan mengalami kesukaran tidur dan tidak boleh tidur dengan nyenyak, jadi mereka terus memilih makanan yang tinggi lemak dan kalori.
Ads
Ini sekali lagi akan menjejaskan rehat dan membuat lingkaran kekurangan tidur – di sinilah kebiasaan makan yang tidak sihat bermula.
Semakin banyak kes rumah tangga retak, yang lalu lalang di media sosial pun memang cukup merisaukan. Hubungan suami isteri semakin ‘terbiar’ dengan masalah remeh sehingga hilang rasa cinta.
Sebelum terjebak dengan masalah rumah tangga, ini merupakan 3 asas proses hubungan suami isteri menjadi lebih kuat dan tidak tergugat dengan gangguan yang datang.
Anda mungkin anggap remeh tetapi kalau 3 perkara ini dijaga, insya-Allah hubungan jadi lebih kuat.
Gadget sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Tambah lagi yang suka tengok video di telefon bimbit. Tiktok, Instagram, Facebook. Lepas habis satu, terus naik lagi satu. Memang melekat jelah mata di telefon. Setkan peraturan bila boleh tengok telefon. Dulu kami kerap bergaduh tentang telefon. Yelah dah buat bisnes di phone kan. Sehinggalah kami bersetuju dengan peraturan:
-Tidak menggunakan telefon ketika memandu
-Penumpang sebelah dalam kereta tidak menggunakan telefon
-Tidak menggunakan telefon sewaktu makan dengan keluarga
-Tidak menggunakan telefon ketika meluangkan masa dengan pasangan dan anak-anak
-Tidak menggunakan telefon apabila berkomunikasi secara fizikal
Contohnya pasangan tengah nak bercerita, atau luah perasaan ke, janganlah dengar sambil hadap telefon. That is so rude. Atau tengah sama-sama membeli-belah, tapi sorang hadap phone memanjang. Lebih baik tak payah membeli-belah sama-sama kan. Mungkin kita rasa ada sesetengah aktiviti tu tak berkait dengan kita.
Tengah shopping ikan, ayam, sayur suami mungkin rasa lauk basah tu tak berkait dengan dia dan dia tak reti menyumbang pun dalam membuat pemilihan lauk, jadi lebih baik dia main phone saja. Speasis orang macam ni, lebih baik tak payah dijamu makan nanti. Selfish. Dia fikir isteri tu bibik dia ke?
Solat awal waktu memang sangat bagus sebab melatih diri berdisiplin. Solat awal waktu juga menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita nak cepat-cepat buat perkara yang Allah suka, supaya Allah juga sentiasa memelihara hidup kita. Cuba perhatikan kalau hidup keluarga kita porak peranda, mungkin disebabkan lalai dalam solat, lama tak baca Al-Quran, kurang tazkirah dan ta’lim dalam keluarga etc.
Suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahli keluarga dekat kepada Tuhan. Hati yang sering mengingati Tuhan adalah hati yang lembut dan lunak. Hati yang jauh dari Tuhan akan selalu keras, degil dan memberontak.
Orang zaman dahulu, hidupnya tak banyak distraction/ gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan bersama keluarga termasuklah tidur bersama. Zaman sekarang banyak distraction seperti phone, game, mamak dan sebagainya. Jadi ramai yang sebenarnya konon bersama keluarga tapi sebenarnya hanya jasad sahaja disitu.
Contoh begini:
Isteri tidur jam 10 malam, suami main game sampai jam 2 pagi atau sama-sama baring atas katil, tapi masing-masing hadap telefon berjam-jam sehingga tertidur atau suami dah tidur jam 12 pm, isteri tengok Shopee sampai 4 pagi. Atau isteri tidur dengan bayi di satu bilik, suami tidur di sofa ruang tamu sebab tak nak diganggu tangisan anak. Kononnya alasan kerja esok, maka kena cukup tidur.
Pasti akan ada hati yang terasa dan wujudnya masalah komunikasi. Padahal waktu sebelum tidur lah untuk suami isteri berkongsi cerita, meluah rasa-rasa kalau ada tak puas hati, meminta maaf dan sebagainya. Pillow talk kata orang. Hilang elemen ini akan menjadi punca keluarga mula berantakan.
Sekarang kes perceraian meningkat mendadak, cuba fikir apa bezanya dulu dan kini. Mungkin 3 perkara di atas ini yang tidak dijaga. Bolehlah audit keluarga semula, semoga keluarga kita menjadi gembira dan selamat untuk semua ahli keluarga.
Sumber: Maryam Aziz
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah kahwin, suami jangan berkira dengan isteri bab duit. Ini syarat paling utama kalau nak bahagia sampai hujung nyawa.
Orang perempuan, kadang sebab tak mahu susahkan sumai, sanggup guna duit sendiri. Asal duit dapur diguna sebaiknya bukan buat beli barang kehendak.
Namun hakikatnya, orang lelak suka tengok benda cantik atau molek, bukan? Ini yang menjadi masalah. Sepatutnya suami kena faham soal duit.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, lumrah wanita nak ada duit sendiri. Baik bekerja atau berniaga, dia nak ada duit sendiri untuk kegunaan sendiri.
Dia ada keinginan dia, dia ada kemahuan dia dan dia boleh beli semua itu dengan duit dia sendiri.
Tapi bila suami tak bagi dia ada duit sendiri, maka suami kena bagi duit suami kat isteri. Dia tetap kena ada duit untuk dia beli barangan keperluan dia.
Jangan hulur duit kat isteri cukup-cukup untuk makan, barangan dapur, bil utiliti, perlu ada lebih untuk dia beli barangan peribadi.
Boleh jadi alat perhiasannya dah habis, boleh jadi pakaiannya perlu diganti. Boleh jadi kelengkapan luar dalamnya dah kena beli.
Terma nak isteri pakai dan guna mana yang ada tu, perlu difikirkan berkali-kali.
Jika keinginan suami nak isteri nampak menarik di mata, tapi pakai mana yang ada, maka di mana “menariknya”…?
Dia perlu ada duit untuk dia beli apa yang dia nak. Isteri tahu apa yang perlu dibeli untuk dirinya sendiri, dia tak akan beli benda yang tidak menjadi keperluan untuk dirinya.
Dia tak akan sia-siakan duit yang diberi oleh suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...