Ada sahaja, bila sudah bertunang buatlah cara anda sudah dimiliki orang. Jaga adab dan pengorbanan tunang anda sebelum terfikir untuk berlaku curang padanya. Semoga kita dijauhkan dari perkara sebegini.

Apakah pandangan islam tentang masalah ini:

“A telah bertunang dengan B, tetapi akhirnya A bernikah dengan C tanpa memutuskan tali ikatan pertunangan dengan B.”

Merujuk kpd permasalahan diatas, seorang pensyarah kolej islam memberitahu bahawa adalah lebih elok jika A terus bernikah dengan C kerana ianya lebih elok/mulia/digalakkan. Manakala pertunangan dengan B hanya perkara harus sahaja menurut islam. Adakah pandangan ini tepat?

Adakah Haram Bila Berkahwin Dengan Tunangan Orang Lain

IKLAN

Islam melarang seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita yang sudah menjadi tunang orang lain. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

لَا يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ

Maksudnya: “Jangan salah seorang kamu bertunang ke atas tunangan saudaranya”. Direkod oleh Malik dalam Muwatta, Syafie dalam Musnadnya, Ahmad dalam Musnadnya, Bukhari dalam Sahihnya (no: 2033) dll.

Yang dimaksudkan dalam hadis ini apabila seorang lelaki telah meminang seorang wanita, dan wanita tersebut telah menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengannya, maka haramlah orang lain bertunang dengan wanita tersebut. Adapun jika pihak wanita belum menyatakan penerimaannya, maka tidak mengapa orang lain cuba masuk meminang. (Al-Istizkar 5/382)

IKLAN

Adakah Haram Bila Berkahwin Dengan Tunangan Orang Lain

Jika pertunangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, tiba-tiba ada orang lain berkahwin dengan wanita tersebut, maka dia telah melakukan perkara dosa.

Dari sudut kesahihan perkahwinan, ada khilaf ulama:
Ada ulama menyatakan pernikahan tersebut mesti difasakhkan (dibatalkan). Ada ulama menyebut tidak perlu difasaskhkan seperti pendapat Abu Hanifah dan Syafie. Ada ulama membuat perincian, jika mereka telah bersekedudukan maka boleh diteruskan perkahwinan. Tetapi jika belum bersekedudukan maka hendaklah difasakhkan pernikahan.

IKLAN

Adakah Haram Bila Berkahwin Dengan Tunangan Orang Lain

Kesimpulan, hukum bertunang dan berkahwin dengan tunang orang adalah haram. Kecuali jika belum dipersetujui atau dibatalkan pertunangan yang pertama.

Wallahu A’lam.

Sumber: al-ahkam

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI