Tengok wanita lain berjaya, terbit juga rasa cemburu. Iyalah, yang berjaya tu pun ada suami, anak dan keluarga. Boleh pula mereka bahagikan masa untuk urus bisnes, belajar dan pada masa sama menguruskan suami dan anak-anak. Nak berjaya itu satu pilihan, dan kita yang perlu betulkan nawaitu atau niat.
Aisyah Hijanah, isteri kepada Alif Teega yang juga seorang influencer sudah bergelar isteri pada usia 19 tahun. Ketika itu, Aisyah masih lagi menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Muda.
“Selepas berkahwin, Aisyah dan Alif terus bekerja dengan menghasilkan buku di mana jualan buku tersebut mencecah 150,000 unit.”
View this post on Instagram
Menerusi video posting itu juga, Aisyah banyak berkongsi tentang kehidupannya termasuklah berhadapan dengan dugaan besar iaitu ilmu hitam sehingga membuatkan dia gugur dan seringkali bergaduh dengan suami.
Namun di sebalik itu, Aisyah turut memberikan beberapa tip untuk para wanita yang ingin mencipta kejayaan dalam kehidupan. Walaupun bergelar isteri dan ibu, kejayaan tetap boleh dikecapi. Tak perlu pun jadi anak orang kaya…
HOW I MANAGE MY TIME?
“This is a common question whenever I open my question box. First thing first, kita kena tahu yang semua manusia ni ada capabilities masing-masing. Tak semua antara kita ada kelebihan atau kekurangan yg sama. Apa yg org lain ada tidak bermakna kita tak boleh ada. Yang penting, USAHA”
TARGET
“Memang tak mudah nak balance kan family + study + business. Tambah pula nak buat content dekat social media almost everyday. Aisyah pun ada stress juga tapi more to eustress (stress yg baik). First thing first, kena ada TARGET. What is your target? Nak grad on time? Nak duit? Nak happy? Whatever it is, it depends on you.”
MENANGGUH KERJA
“Next, DONT PROCRASTINATE! Jangan menangguh kerja. Setiap kali lect bagi task atau Aisyah ada apa2 urusan, Aisyah akan buat terus & on time. Walk the talk. Jangan menangguh. Bila menangguh kerja makin banyak & kita susah nak arrange time dah.
Sebab itu salah satu dalam hadith Nabi, benda yang kita selalu tak syukuri adalah masa lapang. Nak tengok netflix ke apa ke, make sure kita susun masa. Cth, 2 jam tgk netflix, then sambung kerja sampai siap.”
BACA ARTIKEL ALIF TEEGA Akui Tak Malu Tumpang Rezeki Isteri & Anak-Anak, Contoh Suami Isteri IDOLA! – Pesona Pengantin
MEMAHAMI PERASAAN SENDIRI
“Third, UNDERSTAND YOUR FEELINGS. Kita semua ni ada perasan. Ada stress, ada penat. Bila penat, jangan paksa diri utk jadi happy mcm org lain. Berehat, bukan berhenti. Take time for yourself. Your mental health matters. we’re humans. Kita tak positif selalu. Ujian yg datang mengajar kita utk control our emotions & how to react to problems in a good way.”
MIND YOUR OWN BUSINESS
“Kebanyakan orang yang hebat, dia tak ada masa pun nak stalk life orang lain. Tak ada masa nak menjaga tepi kain orang. Fokus impian, fokus apa yang ada di sekeliling. Orang nak cakap apa, pekakkan telinga. Let your success speaks for you. Fokus & fokus! Usaha, jangan mengalah sebelum usaha!
INGAT PADA ALLAH
“Last but not least, ingatlah Allah yang sentiasa Pemurah beri rezeki pada hambaNya. Always minta kepada Allah, jangan malu. Allah suka pada hamba yang meminta padaNya. Good luck gais!”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI