Kita ni kadang-kadang bukan tak nak peluk tapi dibesarkan dengan culture, ‘ahh malulah dah kahwin kan. Faham-faham sendiri dah la’. Walhal apa yang kita tak tahu, kadang-kadang kita perlukan setiap pelukan untuk membahagiakan hati yang mungkin pada hari itu sedang berduka, mungkin ada yang sedang menderita. Perkongsian lelaki ini, benar-benar membuka mata kita semua.
Mengikut kajian. Isteri perlu di peluk 3 kali dalam tempoh sehari untuk bagi emosi mereka lebih tenang. Saya cuba teknik ini dari bulan 1 lagi, nampaknya setiap bulan ada peningkatan dari segi emosi isteri.
Ads
Isteri nampak lebih ceria, lebih tenang untuk kawal emosi apabila anak meragam, sangat cekap untuk menenangkan suami ketika emosi suami tidak stabil.
Rupanya apabila kita kerap peluk isteri terutama ketika mereka dalam keadaan penat hormon oxytocin akan dirembeskan dengan lebih baik. Hormon ini akan buatkan mereka rasa tenang dan bahagia.
Ads
Jadi. Para suami ambil peluang hari ini untuk peluk isteri dengan penuh kasih sayang. Katakan kepada mereka yang kita sangat sayang dan sangat hargai mereka.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Sama ada cepat atau lambat, ia bergantung kepada rezeki yang Allah berikan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha, selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jika anda sedang merancang untuk mempunyai zuriat, jangan lupa ambil asid folik. Ia penting untuk mencegah kecacatan janin dan boleh membawa maut iaitu Neutral Tube Defect (NTD). Anda digalakkan mengambil asid folik sebelum hamil lagi untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Pengambilan asid folik ini ditekankan oleh Doktor Imelda Balchin di laman Facebooknya. Menurutnya, masih ramai lagi wanita di Malaysia tidak mengetahui kepentingan pengambilan suplemen folik asid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplemen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Tujuan suplemen folic acid ialah bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran.
Suplemen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan.
Tujuan utama folic acid suplemen ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk dan boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD).
Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hancur dan hilang, dan kemudiannya bayi ini akan dilahirkan tanpa otak.
Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar.
Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan perlukan fungsi otak untuk menghisap dan menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia.
Begitulah kepentingannya suplemen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil.
Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat.
Nota tambahan: Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplemen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplemen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting.
Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari.
Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa.
Pastinya seorang lelaki itu menginginkan pasangan wanita yang cukup sempurna dimatanya. Wanita yang mempunyai perwatakan lemah-lembut dan pandai berdikari antara ciri yang sentiasa diburu oleh lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.
Namun begitu, ada segelintir ciri-ciri dan perkara tentang wanita yang boleh menjengkelkan lelaki itu. Entri kali ini berkongsikan 5 perkara tentang wanita yang tidak disukai oleh kaum lelaki.
1. TIDAK HORMAT ORANG TUA
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau anda bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika anda bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.
2. GEDIK
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.
3. QUEEN CONTROL
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan anda, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.
5. MAIN KAYU TIGA
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan memberi peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali anda di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesebuah rumah tangga akan jadi bahagia apabila rezeki tidak putus-putus. Apatah lagi bila si suami dan isteri sentiasa menjalankan perintah Allah dengan sempurna. Makin mencurah-curah rezeki yang datang.
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan luas, anda perlu lah terlebih dahulu betulkan niat anda. Baru lah rezeki senang nak masuk. Mungkin dengan cuba amalkan ini selepas ini rezeki anda tidak akan putus-putus. In shaa allah. Jom sama-sama amalkan.
Makan dengan pasangan sama-sama
Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
Layan anak-anak dengan penuh kemesraan
Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri
Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan. Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
Beri isteri duit belanja walaupun isteri sudah bekerja
Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar. Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10. Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih.
Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah
Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri. Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Banyakkan bersedekah
Amalan bersedekah tanpa mengharapkan belas kasihan daripada sesiapa. Betul kan niat anda ketika bersedekah kerana apabila kita meringankan bebanan orang lain dalam kesusahan, maka Allah akan menggandakan rezeki dalam kehidupan kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...