Umum mengetahui tentang krisis rumah tangga yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad selepas isterinya, Noor Nabila mengesahkan sudah memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu.

Susulan daripada itu, Sharnaaz dan isteri telah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam bagi menyelesaikan kes perceraian mereka.
Dalam prosiding yang dijalankan, Sharnaaz menolak tuntutan cerai dari Nabila kerana masih ingin berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina sejak dua tahun lalu.

Nabila pula kelihatan sebak semasa ditemuramah pihak media dan buat masa ini dia belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan. Nabila berkata, dia hanya mahu memberikan fokus kepada anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad.

Ramai peminat dan rakan artis menitipkan doa dan ucapan di istagram milik Sharnaaz semoga hubungan mereka kembali baik seperti sebelumnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

Ba mintak maaf sayang naa @jebatjayden .. ba sayang cek dgn nyawa ba.. besaq nanti cek faham naa.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Tidak lupa juga seorang netizen yang meminta agar Sharnaaz memujuk Nabila dengan mengajak isteri solat berjemaah bersama.

IKLAN

“Ajak Solat Berjemaah Bersama..” Netizen Pujuk Sharnaaz Baiki Semula Hubungan Dengan Nabila

IKLAN

“Ajak Solat Berjemaah Bersama..” Netizen Pujuk Sharnaaz Baiki Semula Hubungan Dengan Nabila

 

“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pujuklahh isteri selagi boleh sharnaaz. ajak solat berjemaah bersama. kaum hawa ini lembut hatinyaa, kena pada gaya dan caranya insyaAllah semuanya akan jadi baik. saya pon seorang isteri. Macammana kita sayangkan anak macamtu jugalah kita perlu tunjukkan kasih syg pada pasangan kita… Perkahwinan yang telah berjaya dianugerahkan cahaya mata, sayang kalau tidak dipertahankan.. semoga yang baik2 utk sharnaaz isteri dan anak.”

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI