
Perkenalan yang singkat ataupun lama tidak menjadi penanda aras bahawa sesebuah hubungan itu akan kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Jika anda bersungguh-sungguh mahu memiliki si dia dengan iringan doa restu, mulakan dengan bismillah dan pasti risikan anda kepada si dia akan berakhir dengan bahagia.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan merisik? Adakah ia hanya sekadar mengikut adat atau memang dituntut di dalam agama.
MERISIK ADALAH AMALAN ADAT YANG DILAKSANAKAN BAGI MENGAPLIKASIKAN TUNTUTAN SYARIAT AGAR TIDAK MEMINANG GADIS YANG TELAH MENJADI TUNANGAN ORANG LAIN.
Merisik dilakukan bagi mengenal pasti gadis yang bakal dipinang belum menjadi tunangan sesiapa kerana syariat menentukan hukum haram meminang gadis yang telah menjadi tunangan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis soheh riwayat Bukhari yang bermaksud: Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan.
Usahlah Ditinggalkan Isteri Yang Sudah Tidak Cantik Seperti Awal Perkenalan Atau Perkahwinan

Golongan suami, hargailah isteri yang telah berkorban melahirkan zuriat anda. Selain bergadai nyawa, mereka jugalah yang menjadi tulang belakang suami, yang membantu suami menguruskan rumahtangga, menjaga anak-anak, mendidik anak-anak dan bermacam-macam lagi. Usahlah ditinggalkan isteri yang sudah tidak cantik seperti awal-awal perkenalan atau perkahwinan. Sebaik-baiknya bantulah mereka, manjakanlah mereka, kerana itu teman sehidup dan semati anda. Seperti kisah yang diceritakan oleh Intan Dzulkefli ini, semoga ramai golongan suami yang mengambil iktibar dan tauladan dari kisah ini. Semoga bermanfaat.

Sejak bersalin anak ketiga, wajahnya memang kusam teruk. Selepas habis berpantang, perutnya buncit. Yarabbi. Rambut dia banyak gugur, dah nampak seperti orang baru selesai jalani kimo terapi. Bila balik ke kampung, semua tegur muka dia nampak tua. Umur dia baru 20-an, tetapi dah nampak macam hujung 30-an. Bila berdiri di sebelah suami, nampak seperti dia kakak kepada suaminya sendiri. Komen-komen orang di sekeliling, benar-benar membuatkan dia rasa rendah diri di depan suami.
Saya tanya, suami dia pernah complaint ke? Dia jawab, tak pernah.
"Tiada apa yang berkurangan, malah kadangkala tengah malam selalu terasa suami mencium wajah saya sambil ucapkan terima kasih sebab menjadi isteri dia dan mendidik anak-anak sementara dia bekerja. Dia bacakan doa pada ubun-ubun," katanya.
"MasyaAllah. Beruntungnya akak," kata saya. Baru-baru ini, dia bercerita lagi.
"Hari tu, masa balik cuti beraya, ada ahli keluarga perli saya nampak seperti sudah beranak 10 orang. Perut buncit macam mengandung lima bulan. Mereka suruh saya makan jamu sebab takut nanti suami mencari yang lain kerana tak berselera dengan saya. Mereka juga suruh saya pergi ke Spa sebab muka kusam.
"Saya menangis masuk bilik. Suami ikut saya masuk apabila dia menyedari saya kelihatan lain macam. Saya marah-marah suami dan mula menuduh suami. Saya rasa memang betul apa yang mereka cakap. Mungkin suami hanya bersimpati dengan saya sebab saya bersusah payah melahirkan anak-anaknya.
"Mungkin dia juga sudah hilang nafsu pada saya. Saya dah buruk, saya dah gemuk, saya dah hodoh dan muka kelihatan tua. Saya betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Kenapa wanita lain yang lagi ramai anak daripada saya tetapi tetap kelihatan cantik? Kenapa saya buruk sangat?
"Akhirnya suami saya peluk saya sambil menangis. Dia kata dia tidak pernah pun terfikir apa yang saya cakap. Langsung tidak pernah terlintas di hatinya. Suami kata, sayalah satu-satunya yang paling cantik dalam hatinya.
"Intan, saya takkan lupa apa yang suami katakan:
"Setiap kali abang nampak sayang, abang hanya nampak wanita yang bersusah payah untuk abang. Bila nampak rambut sayang gugur banyak di lantai, bentuk badan sudah berubah, abang rasa abanglah yang bersalah sebab sayang jadi begini selepas melahirkan anak-anak abang, susukan anak-anak, jaga anak-anak.
"Abang masih ingat betapa cantiknya sayang masa kali pertama abang tengok sayang semasa kita solat jemaah bersama-sama selepas nikah.
"Abang minta maaf, abang salah. Abang cuba tolong apa yang patut tetapi kadang-kadang anak-anak nak melekat dengan sayang juga. Apa yang mampu abang buat, abang hanya mampu mendoakan sayang setiap hari dan cuba mengembirakan hati sayang.
"Abang minta maaf kalau abang tak cukup tunjukkan kasih sayang abang selama ini. Abang minta maaf tetapi percayalah abang sayang pada sayang. Hari-hari abang doa semoga sayang satu-satunya isteri abang di dunia akhirat."
Demi Allah, saya yang membaca, saya menangis. MasyaAllah, mulianya hati suami ini. Suaminya hantarkan juga isterinya buat treatment di atas permintaan si isteri. Tetapi niatnya lebih kepada mahu menghargai kesetiaan suaminya itu, selain untuk sihat beribadah kepada Allah. Subhanallah. Suami isteri yang berlumba-lumba mahu menggembirakan hati pasangan masing-masing, inshaAllah Allah akan berikan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga mereka, kan? Semoga rumahtangga kita juga begitu. Amiin.
Cerita sahabat ini memberi pengajaran yang besar buat diri ini. Janganlah kita sesekali mengatakan sesuatu yang boleh menjatuhkan air muka seorang isteri, apatah lagi di hadapan suami dan anak-anak. Kita tidak tahu natijah perkataan demi perkataan yang kita lemparkan itu mungkin menyebabkan seseorang suami memandang rendah kepada isterinya.

Kadangkala, selain dari mulut orang sekeliling yang sangat suka memberikan komen yang menyakitkan hati, ayat-ayat promosi produk di media sosial juga terlalu memprovok sehingga menimbulkan syak wasangka isteri pada suaminya sendiri.
Maaf saya cakap, terutamanya produk kewanitaan dan kecantikan. Terlalu banyak yang condemn sehingga isteri menjadi hilang keyakinan diri.
Selalu sangat mengugut kaum isteri:
"Nanti suami lari dengan janda meletop sebelah rumah."
Nanti suami cari orang lain sebab bau kepam awak tu"
"Nanti orang fikir uolls mak sedara suami sebab muka nampak tua"
Maaf cakap, mungkin yang gelojoh nafsu itu hanya suami awak, bukan suami orang lain. Saya percaya, masih ramai lagi suami yang hanya memandang isterinya sahaja yang cantik dalam dunia ini. Bukan hanya berpura-pura mahu menjaga hati isteri atau hanya baik di depan tetapi di belakang suka cuci mata memandang wanita lain.
Tetapi cinta dan belas ehsan yang ikhlas dari hati. Betul-betul isterinya seorang itu yang dia mahu menemankannya di syurga, jadi penghulu bidadari. MasyaAllah. Inilah bezanya lelaki beriman, baik dan soleh dengan lelaki yang jahat. Maka janganlah disamakan antara keduanya. Sebagaimana ada wanita baik dan wanita jahat, begitu jugalah para lelaki.
Semua orang punyai nafsu, namun orang beriman mengawal nafsunya dengan mujahadah dan melunaskannya dengan cara yang dibolehkan, yang halal baginya. Takkan sama seperti orang fasik, munafik dan tidak beriman. Allahuakbar.
Sesungguhnya tiadalah dapat dinafikan lagi. Nikmat kebahagiaan terbesar seorang isteri setelah iman dan Islam adalah dipinjamkan seorang suami yang soleh, yang mencintai, mengasihi dan menyantuninya kerana Allah, menjadi sahabatnya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah 'ala kulli nikmah.
Sumber: Intan Dzulkefli
Jika Perempuan Kecewa Kerana Terlalu Lama Menanti Jawapan. Lelaki?

Bila melihat orang lain bertemu jodoh, kadang kala kita yang masih belum bertemu jodoh ini akan mengeluh. Tertanya dan ternanti, bila waktu kita akan tiba. Namun ada juga yang sudah bertemu tapi menanti jawapan yang tak pasti. Seringnya perempuan kecewa kerana terlalu lama menanti jawapan. Manakala lelaki?
Perempuan kecewa kerana terlalu lama menanti jawaban;
Lelaki kecewa kerana terlalu lama memberikan kepastian.
INI bukan sekadar ceritera agar kamu terjatuh hati pada aku.
Namun ini kejujuranku.
Mengapa aku berkata seperti ini?
Kerana aku menyayangi orang yang mencintaiNya juga yang mencintai RasulNya. Dan dengan keteguhan kamu agar boleh sama menjadi penguat semangat dan mengajak aku untuk semakin mendekatiNya.
“Aku merindukanmu kerana Allah”
Ini bukan sekadar monolog dalam hati untuk memikatmu.
Mengapa?
Kerana aku tahu monolog itu menyempurnakan hidup aku dan pernikahan adalah sunnah Rasulullah SAW. Dan baginda kekasih Allah.
“Aku menunggu kerana Allah”
Ini bukan puisi desakkan perasaan untuk sebuah penantian.
Mengapa?
Kerana aku tahu diri aku banyak kekurangan. Dan kerana itu aku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku. Yang tegas dan teguh iman untuk bersama menguatkan hati yang lemah dengan izinNya.
Sebagai hambaNya aku tahu, aku sedar dan akui terlalu banyak yang harus diperbaiki. Kerana itu aku menunggu seseorang untuk jadi pendamping aku dengan seikhlasnya.
Untuk sama mendidik dengan dengan sabar sehingga tetap keimanan terhadapNya. Semakin dalam dan izinNya di setiap hari dan untuk selamanya.
Aku tahu dalam hati, aku tidak ingin hidup sendiri kerana aku berharap Allah menganugerahkan pada aku seorang pendamping untuk berkongsi banyak hal dan menerima kekurangan diri.
Bila benar dia ada dalam hidup aku
semoga nanti Allah memantapkan hati serta mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhaiNya.
Kredit : Adam Mukhriz
Selain Nak Kenyang, Sihat Pun Kena Jaga! Ini 8 Sarapan Baik & Tak Baik Anda Perlu Tahu

Mengambil sarapan pagi merupakan perkara wajib untuk memberi tenaga sebelum memulakan pekerjaan. Namun tahukah anda, apa sarapan yang terbaik untuk memberi tenaga yang sempurna untuk tubuh?
Ayuh kenali lapan sarapan yang sering dinikmati oleh semua individu. Menu sarapan mana yang baik dan yang tak baik untuk kita nikmati setiap kali bersarapan.
1. KOPI
Buat penggemar kopi, minum kopi di pagi hari ternyata memberikan manfaat yang luar biasa buat kesihatan anda. Sebuah penelitian baharu menunjukkan bahawa kopi dapat menurunkan risiko terkena diabetes, sakit jantung, perut kembung, parkinson, batu ginjal dan cirrhosis. Dari semua jenis kopi, kopi hitam ternata pilihan kopi yang terbaik terutamanya buat wanita.
2. COKLAT
Makan coklat di pagi hari? Ya, kenapa tidak? Cubalah coklat hitam yang mengandungi 70% koko. Jenis ini terbukti memberikan manfaat herhadap kesihatan tubuh. Selain memiliki kadar gula yang rendah, coklat hitam memupakan sumber antibodi tubuh polyphenol dan flavonoid antioxidant (sama seperti yang terkandung dalam teh hijau).
MAKAN COKLAT HITAM SECARA TERATUR DI PAGI HARI AKAN MENGURANGI RISIKO STROKE, SAKIT JANTUNG DAN MENURUNKAN TEKANAN DARAH.
Coklat hitam juga telah terbukti meningkatkan semangat kerja, memperbaiki mood dan memberikan tenaga yang diperlukan bagi anda menjalankan aktiviti harian. Namun hati-hati! Jangan ambil lebih daripada dua auns sehari kerana kalori coklat cukup tinggi untuk membuatkan tubuh anda membengkak.
3. SODA
Ada yang minum soda di pagi hari? Hmmm… ini cara buruk untuk anda memulakan pagi hari. Minum dengan kadar fruktosa yang tinggi, soda dan pemanis buatan yang terdapat dalam minuman soda dapat merosakkan pankreas dan menyebabkan peningkatan kadar insulin dalam tubuh sekali gus meningkatkan berat badan. Jika kebiasaan ini diteruskan, lama-kelamaan anda akan menghidapi penyakit diabetes. Asid phosphoric dalam minuman bersoda pun berpotensi mengikis tulang dan membuatkan anda lebih cepat terkena osteoporosis.
4. BIJIRIN
Banyak orang yakin bijirin ialah sarapan kesihatan paling ideal. Ada kajian mengatakan Hospital Boston menemui bahawa bijirin yang dimakan anak-anak secara terus-menerus setiap hari akan meningkatkan kadar gula dalam tubuh yang dapat membantutkan proses kognitif (pemikiran) mereka. Walaupun ia baik bagi kesihatan tubuh, tidak ada salahnya memberikan anak-anak sarapan yang pelbagai seperti telur dadar, sayur-sayuran dan buah-buahan.
5. PIZA
Walaupun bukan makanan sihat (kerana tergolong dalam ketegori makana ringan), piza ternyata mengandungi bahan-bahan yang menyihatkan. Sos tomato yang terkandung dalam piza mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan.
Selain mencegah kanser, lycopene juga dikatakan membantu menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah. Piza sayur adalah seleksi yang terbaik untuk sarapan anda. Hindari sarapan piza yang menggunakan topping sosej, pepperoni, daging dan parmesan yang banyak.
6. TELUR
Telur sememangnya makanan yang berkolesterol tinggi. Tapi daripada hasil kajian terhadap 115,000 lelaki dan wanita Amerika, Dinas Kesihatan USA tidak menemui adanya risiko penyakit jantung yang dialami oleh pemakan telur itu. Wanita yang makan telur lebih daripada satu dalam sehari adalah yang paling rendah kemungkinan terkena penyakit jantung. Selain itu, telur merupakan sumber protein terbesar dan mengandungi omega-3 yang membantu untuk mencegah nyanyuk.
7. IKAN
Sarapan atau makan ikan dua kali seminggu dapat mengelakkan risiko terkena sakit jantung dan penyumbatan pada jantung. Ikan juga mengandungi omega-3 yang membantu mencegah risiko terkena diabetes dan Alzheimer. Ikan yang paling baik buat kesihatan anda ialah ikan sardin, herring, ikan bilis, salmon, mackerel kecil. Ikan-ikan besar seperti iklan pedang, ikan tuna dan hiu juga bermanfaat pada tubuh.
8. GULA BUATAN
Sebuah iklan menyebut bahawa gula buatan baik bagi tubuh dan mencegah kegemukan. Namun kajian yang dilakukan oleh Purdue University-Amerika baru-baru ini dapat membuktikan bahawa baik gula asli atau buatan, ia ternyata sama-sama berpotensi untuk membuatkan tubuh cergas.
Kini pilihan di tangan anda untuk menilai sarapan mana yang sesuai dan tidak sesuai diambil.