Sebaik tarikh perkahwinan telah ditetapkan, kini tibalah masa untuk meninjau lokasi yang selesa untuk mengadakan majlis perkahwinan. Buat yang berhajat untuk mengadakan majlis di rumah itu tidak menjadi masalah. Namun bagi anda yang inginkan jemputan rasa selesa dan mahukan suasana yang berbeza buatlah tinjauan ke lokasi majlis kahwin yang pernah diadakan. Bukan sekadar hanya melihat di laman sesawang, instagram dan facebook, sudah berpuas hati. Tinjau ke lokasi berkenaan untuk dapatkan gambaran apa tema majlis yang bakal anda buat.
Buat mereka yang masih meninjau lokasi majlis perkahwinan , pertimbangkan lokasi berikut bagi melangsungkan majlis bahagia anda.
D’Tahta , I-City, Sek 7 Shah Alam
D’Tahta merealisasikan impian buat bakal pengantin. D’Tahta dicetuskan dengan gabungan tiga orang wanita hebat iaitu Mona Din selaku pengasas dan Pengarah Urusan, Sherry Sidek dan Fadilah Abdul Hamid bertindak sebagai Pengarah. Dekorasi yang diilhamkan menghiasi D’Tahta adalah kombinasi idea dan cetusan rasa mereka bertiga.
Dari dekorasi serba elegan yang memukau hingga ke taman ala Inggeris. Pakej yang ditawarkan amat berbaloi dengan keindahan yang ditawarkan. Pakej terdiri daripada PAKEJ GOLD RM35,000 (1000 PAX) Harga Biasa : RM39,000, PAKEJ PLATINUM RM45,000 (1000 PAX)
Harga Biasa : RM49,000 dan juga PAKEJ INFINITY RM50,000 (1000 PAX) Harga Biasa : RM59,000
Gambar dari: FB D’Tahta
Ads
de’Laman Event Space, Bukit Jelutong Shah Alam
Menyediakan lokasi untuk pelbagai jenis majlis dan acara seperti perkahwinan, pertunangan, pernikahan, majlis Akikah dan sebagainya. Berkeluasan 6500 kaki persegi dan merupakan sebuah bangunan tiga (3) tingkat, bersiling tinggi. Kemudahan yang disediakan ialah seperti ruang dewan berhawa dingin, perkhidmatan katerer, surau, ruang istirehat, PA system, skrin, projector, kanopy, pelamin dan banyak lagi. Ia juga boleh menampung seramai 1000 orang tetamu di dalam dan luar dewan, Menyediakan tempat letak kereta di sekeliling kawasan de’Laman.
Gambar dari website:de’Laman Event Space
Laman Pengantin Taman Melawati
Ads
Laman Pengantin menyediakan dewan yang besar dan selesa serta khemah yang dapat memuatkan dari 300 orang. Ruang yang luas ini sesuai untuk majlis persandingan dan perkahwinan.
Gambar dari: FB Laman Pengantin Taman Melawati
Laman Kayangan , Sek 7, Shah Alam
Laman Kayangan popular sebagai lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bukan hanya majlis perkahwinan sahaja malah majlis lain juga boleh diadakan di sini. Pakej di sini bermula dari RM55/pax sahaja.
Ads
Gambar dari: FB Laman Kayangan
K’Seena House, Kuang, Sg Buloh
Andai ada yang mengimpikan majlis perkahwinan di taman, K’ Seena boleh dijadikan lokasi terindah buat bakal pengantin. Ia sebuah kediaman kolonial berusia 100 tahun. Banglo lama ini mempunyai satu bilik tidur dan satu bilik dilengkapi laman yang indah dan luas. Mengadakan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka aidilfitri sangat bertepatan di sini.
Gambar dari: FB K’Seena House
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Senaman ringkas mengangkat kaki ke atas boleh dilakukan setiap hari di waktu luang anda. Melalui proses yang mudah, anda hanya perlu mengangkat kaki ke atas dan sandarkan ke tempok dengan posisi tubuh terbaring.
Walaupun kelihatan ringkas, tapi mengangkat kaki dapat memberikan banyak manfaat untuk kesihatan tubuh anda. Salah satu manfaat yang utawa ialah melancarkan peredaran darah di seluruh bahagian tubuh.
gambar sekadar hiasan
1. Melancarkan sistem pencernaan
Dengan mengangkat kaki, peraliran darah dalam organ akan meningkat sekali gus melancarkan sistem pencernaan.
2. Kaki terasa lebih ringan
Kaki yang terasa berat dan bengkak adalah disebabkan aliran darah di bahagian kaki kurang baik. Anda boleh lakukan terapi 20 minit ini untuk darah akan kembali lancar dan kaki terasa lebih ringan.
3. Menghilangkan Stress
Kunci untuk menghilangkan stress adalah dengan memiliki fikiran yang tenang dan aliran darah yang lancar. Peredaran yang lancar membuatkan oksigen tersalur dengan baik ke seluruh tubuh badan termasuk jantung dan otak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih tenang dan tidak mudah stress.
4. Meningkat kualiti tidur
Terapi ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai insomia, Jika peredaran darah berjalan lancar, maka tidur pun akan jauh lebih nyenyak.
angkat kaki 20 minit setiap hari untuk kurangkan rasa stress dalam hidup
Selamat mencuba!
Sumber : era.je
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pergaduhan antara suami isteri merupakan perkara biasa dalam rumah tangga. Namun, sekiranya ia berlarutan dan tidak menemukan jalan penyelesaian, ia boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga sekaligus menyebabkan hubungan menjadi goyah.
Setiap kemarahan perlu dikawal agar pasangan tidak tersinggung dengan kata-kata atau pun perbuatan anda. Jika anda marah kepada pasangan, cuba lakukan perkara ini bagi menghindari perkara tidak diingini berlaku. Harus diingat kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan memburukkan keadaan. Jom Pengantin kongsikan 6 cara untuk elak kemarahan yang boleh anda praktikkan!
1. MENDIAMKAN DIRI ATAU BERLALU PERGI
Jika pasangan anda sedang marah, jangan melawan kata-katanya. Jika anda membalas, keadaan akan menjadi lebih tegang. Seeloknya anda mendiamkan diri sahaja. Diam tidak bererti anda kalah atau salah tetapi itu tandanya anda cukup bersabar serta rasional. Jika boleh, beredarlah dari tempat itu seketika dan kembali berbincang apabila keadaan mula tenang.
2. JANGAN SESEKALI MENGUNGKIT
Kemarahan akan menjadi lebih teruk jika pasangan mula mengungkit perkara yang sudah lepas. Tabiat suka mengungkit ini membuatkan rasa marah lalu tercetus semula dan ini tidak akan meredakan keadaan yang tegang. Apabila perkara itu sudah berlalu, cuba untuk memaafkan pasangan dan jangan diulang kembali cerita itu.
3. MENGAMBIL WUDUK
Marah itu ibarat api dan apabila terkena air ia akan padam. Jadi, apabila anda marah, sebaiknya basahkan diri dengan mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
4. BERCAKAP DENGAN TERTIB DAN TERATUR
Luahkan rasa tidak puas hati anda dengan tutur kata yang teratur. Jangan meninggikan suara atau memekik. Biarpun rasa marah anda membuak-buak, cuba bertahan dan sabar. Apabila anda mula meninggikan suara, keadaan akan menjadi tidak terkawal.
5. BERFIKIRAN POSITIF
Apabila pasangan anda sedang marah, terima setiap kata-kata yang dilemparkan dengan hati yang tenang dan minda terbuka. Jangan ambil peduli dengan setiap perkataan yang diluahkannya. Didik diri untuk bersabar dan anggaplah si dia hanya ingin meluahkan perasaan. Beri dia masa untuk berkata-kata.
6. BERFIKIR SEBELUM BERKATA-KATA
Sebelum meluahkan sesuatu, fikir dahulu baik dan buruknya. Rancang dahulu perkataan yang ingin diluahkan supaya, anda tidak bercakap perkara yang boleh mengguris perasaan atau mencetus kemarahan. Jangan bertindak mengikut perasaan. Sebaliknya kawal perasaan dan kata-kata bagi memastikan perbualan itu berakhir dengan baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selawat Tafrijiyah, YANG NI siapa AMAL in sha Allah bertalu2 rezeki masuk dan 1 per 1 jalan keluar dari masalah, semuanya akan terungkai.
Kepada sesiapa yang sedang sakit, yang sedang ditimpa masalah, yang sedang ada sebarang hajat, amalkanlah Selawat Tafrijiyah.
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!