Kredit Instagram Dhini Aminarti

Sejak semalam (Rabu, 18 Mac), bermulanya perintah kawalan pergerakan di seluruh negara, susulan wabak COVID-19. Langkah ini diambil kerajaan demi membendung wabak tersebut yang kini telah mengorbankan dua nyawa di Malaysia.

Namun ketika kita semua berusaha melaksanakan perintah berkenaan, masih ada yang belum jelas tentang beberapa istilah yang kerap digunakan berkaitan wabak ini.

Berikut adalah sedikit penerangan berkenaan pengasingan (isolation), kuarantin dan penjarakan sosial (social distancing) untuk membantu anda memahami perbezaan ketiga-tiga istilah ini.

Social Distancing/Penjarakan sosial

Ia bermaksud tidak berjabat tangan, mengelakkan daripada berada di tempat orang ramai, menjarakkan diri anda dengan orang lain dan paling penting, duduk di rumah jika anda tidak sihat.

Majikan perlu memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah.

Kerajaan perlu mengeluarkan arahan agar semua institusi tidak kritikal ditutup.

Acara sukan perlu ditangguhkan. Muzium, teater dan konsert perlu dibatalkan.

Cuba cari pengangkutan awam yang tidak sesak atau memandu sendiri jika mempunyai kenderaan.

Ads

Pengasingan

Mereka yang disahkan positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan.

"Pengasingan dilakukan apabila anda disahkan sakit, sama ada di rumah atau di hospital.

"Langkah berjaga-jaga penyakit berjangkit perlu diambil dan akan dilaksanakan dengan lebih rigid berbanding kuarantin," kata pengarah eksekutif Persatuan Kesihatan Awam Amerika, Dr. Georges Benjamin.

Kakitangan perubatan, sebagai contoh, perlu memakai pakaian khas sebagai perlindungan.

Ads

Mereka yang dalam pengasingan perlu memakai topeng sebagai langkah pencegahan penyebaran droplets yang mungkin mengandungi virus.

Kuarantin

Kuarantin bermakna tinggal di rumah dan menjauhi orang lain semampu mungkin dalam tempoh 14 hari.

Mereka yang tinggal serumah dengan orang lain perlu mencari bilik atau lokasi yang berasingan di rumah, malah mereka juga tidak boleh pergi membeli-belah, makan atau bersosial di luar.

"Jangan tidur di bilik tidur yang sama dengan ahli keluarga yang lain, dan cuba gunakan tandas berasingan, jika boleh.

Ads

"Hati-hati juga dengan pinggan mangkuk yang digunakan. Jika berkongsi perkakas dengan penghuni lain, basuhlah terus selepas menggunakannya," kata Benjamin.

Mengapa saya perlu mengambil berat jika saya tidak berada dalam golongan berisiko?

Kesihatan awam merupakan satu aspek yang membabitkan orang ramai. Risiko bagi individu mungkin rendah dan kerana itu, ramai melihat langkah-langkah di atas sebagai satu kesulitan.

Tetapi langkah pencegahan dan kawalan akan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, kata Joshua Sharfstein, Naib Dekan di Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat.

"Anda mungkin tidak mempunyai simptom tetapi perlu diingat, anda masih boleh menjangkiti orang lain.

"Dan mereka ini mungkin terpaksa dimasukkan ke hospital. Akan terjadi lonjakan bilangan pesakit yang memenuhi katil, tetapi dalam masa yang sama katil-katil ini diperlukan juga oleh pesakit kanser, wanita bersalin atau mangsa kemalangan.

"Ini keadaan yang akan menimbulkan ancaman besar kepada masyarakat," kata Sharfstein.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI