Selepas hampir setahun memegang status ibu tunggal, pelakon Anita Baharom sedia bergelar isteri sekali lagi. Kesungguhan bakal suami, Engku Isyamuddin Tuan Losin yang mahu menjadikannya suri hati.
Anita akan melangsungkan pernikahan dengan Engku Isyamuddin pada 22 Disember ini di Subang Jaya, Selangor. Menyifatkan jodohnya dengan bakal suami, Engku Isyamuddin sudah ditetapkan Allah SWT, Anita menerimanya dengan rasa syukur serta seikhlas hati.
Anita yang dikenali menerusi drama Dunia Baru dan Keluarga Iskandar berkata, dia juga berbincang dengan anak-anaknya lebih dulu dan penerimaan mereka masing-masing terhadap calon suami sangat baik dan positif.
ANAK-ANAK BERI LAMPU HIJAU
Karakter mudah mesra duda berusia 48 tahun itu yang disenangi anak-anaknya juga antara faktor persahabatan mereka diteruskan ke fasa pernikahan.
“Anak-anak memang rapat dengan Isyamuddin terutama putera nombor dua saya, Iskandar kerana mereka mempunyai minat mendalam dengan sukan bola sepak.
“Puteri sulung dan si bongsu pun bagi lampu hijau apabila saya memaklumkan mengenai perancangan kami mahu mendirikan rumah tangga. Sebelum ini mereka sudah beberapa kali berjumpa,” ujar Anita yang kini meniti usia 39 tahun.
“Saya pun sebelum membuat keputusan nak berumah tangga semula, ada buat solat istikarah juga dan minta pandangan kenalan yang arif dalam agama. Kata mereka, jodoh dah sampai itu perkara yang baik dan calon suami pun berstatus duda.
Ads
“Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang. Malah, anak-anak saya juga menerima baik dan sayang dengan Engku Isyamuddin yang saya lihat amat penyayang. Apabila anak-anak selesa dengan bakal suami, saya jadi tambah yakin,” katanya
Persiapan hari bahagia yang akan berlangsung di sebuah dewan acara di Subang Jaya, Selangor juga sudah disempurnakan dalam tempoh sebulan.
Tambahnya, tidak timbul isu cepat mencari pengganti arwah suaminya kerana ketika berkawan, mereka langsung tiada berbincang perihal hati dan perasaan.
“Jodoh ajal maut adalah ketentuan Allah dan urusan ke arah mendirikan masjid seakan dipermudahkan walaupun tarikh pernikahan dipilih pada November lalu. Apabila bakal suami ajak kahwin, saya sendiri maklumkan enggan menunggu lama.
“Persiapan termasuk urusan dokumen berjalan juga lancar. Ikut perancangan, kami mahu bernikah di masjid tetapi tukar lokasi ke dewan besar kerana mengundang 200 tetamu,” katanya.
Ads
Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan sehari selepas akad nikah dengan mengundang seramai 500 jemputan.
Dari segi pemilihan tarikh iaitu 22.12.22, Anita, berkata, mereka sepakat memilih kerana menunjukkan nombor yang cantik selain dia dan bakal suami sama-sama menyukai nombor dua.
Ditanya detik pertemuan, Sukan Sea 2017 yang menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah mencetuskan perkenalannya dengan Isyamuddin gara-gara dia dan arwah suami ligat mencari tiket perlawanan bola sepak.
Ads
“Kebetulan waktu habis ikhtiar, Isyamuddin yang memandu kereta rasmi Sukan Sea lalu di hadapan kami. Saya dengan selamba terus bertanyakan tiket kepadanya.
“Selepas itu kami hanya ‘follow’ media sosial masing-masing. Arwah suami pun tahu tetapi setakat jadi pengikut saja sampailah dia dapat berita arwah meninggal dunia.
“Selepas edah ada beberapa kali keluar makan ditemani anak-anak hingga akhirnya bulan lalu dia menyuarakan hasrat menjadikan saya isterinya,” kongsi Anita.
Untuk info, perkahwinan Anita dengan Mohd. Ismadi dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8.
Suami Anita yang juga bekas penerbit program TV3, Allahyarham Mohd. Ismadi Ismail menghembuskan nafas ketika tidur pada 1 Januari lalu.
Ramai mengimpikan kitchen island moden, namun kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk memendam perasaan dan melupakan hasrat itu sebab pakai kos tinggi.
Kalau kreatif dan rajin, ubah suai boleh dilakukan sendiri sekali gus meminimakan kos yang diperlukan.
Kitchen Island Harga Bajet, Wanita Ini Buat Sendiri Tapi Hasilnya Kemas!
Seperti yang dilakukan oleh wanita ini, Ainee Kamarul membina kitchen island sediri sahaja dengan bajet yang rendah. Jom tengok bahan apa yang anda perlukan kalau nak tiru idea ini.
Bahan-bahan:
1. Rak 8 kotak bersaiz 77x147cm
2. Kaki 3 set
3. Table top bersaiz 246×3.8cm
4. Gam silikon
5. Wallpaper
Cara pemasangan:
1. Rak tersebut diletakkan dalam posisi melentang.
2. Pasangkan kaki di kiri, kanan dan bahagian tengah pada rak tadi.
3. Kemudian letakkan table top di bahagian atas rak menggunakan gam silikon.
4. Untuk bahagian depan pula, tampalkan wallpaper supaya dapat menutup bukaan rak tadi.
5. Boleh tambahkan kotak mengikut saiz bukaan pada rak berkenaan supaya kelihatan lebih tersusun rapi. Pun begitu, anda boleh sahaja menggantikannya dengan apa-apa bahan yang sesuai seperti raga.
Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan tampak mewah, penggunaan warna adalah sangat penting.
Disebabkan itu, ramai yang memilih menggunakan satu warna sahaja pada kitchen island dan kebanyakannya menggunakan warna hitam mahupun putih sahaja.
Wallpaper yang digunakan juga tidak sarat dengan corak sekali gus membuatkan ruangan tersebut kelihatan simple, menarik dan kemas. Nanti cubalah DIY sendiri, ya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai isteri, kalau kita rasa kita orang yang berjaya, tentu ada seseorang yang menjadi penguat semangat. Ada sesetangah isteri, suamilah pendukung motivasi terbaik. Sama seperti Muabellaz. Seringkali apabila sebut tentang kejayaannya, penghargaan terhadap suami tersayang tetap ada. Untung Muabellaz.
Kredit foto: Instagram MuabellazKredit foto: Instagram Muabellaz
Hantaran Muabellaz yang terkini juga dia ada menyebut tentang betapa dia bersyukur kerana suaminya menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dikecapi kini. Menghadiri satu jemputan majlis dari Sugar Gold Malaysia, Bellaz yang anggun menggayakan busana rona putih dari rekaan Seth & Luna sempat mencoret di Instagram.
“Dalam setiap kejayaan saya kecapi harini, adanya tulang belakang Mat Nuart disisi. Sebab itu dari dulu apa-apa juga event/moments saya hadiri mesti saya akan bawa Mat Nuart. Ke mana jua moments sama-sama. Hehe.
Dia ada susah senang sama-sama. Pahit manis sama-sama. Mat Nuart dia pemalu sungguh. Renyeh tak lekang dari mulut. Haha… Doakan kami kekal bahagia hingga ke syurga. Amin”
Kredit foto: Instagram MuabellazKredit foto: Instagram Muabellaz
Dalam posting berbeza, Bellaz ada memuatnaik gambar lama. Baharu ada anak seorang, Nur Airis Alisha.
Kredit foto: Instagram Muabellaz
“Kenangan ni. Moment anak pertama hampa ui. Sebenaqnya anak pertama ni laa mengajaq kita banyak perkara dalam rumahtangga. Jadi lebih matang, lebih bertanggungjawab, saling bekerjasama di antara satu sama lain. Masa ni Bellaz dah start buat makeup pengantin dan makeup class.
Rezeki anak masa ni dapat job makeup, mama pi makeup pengantin dan abah duduk dalam reta(kereta) jaga Eica la. Besaq ni laa dengan ekon tak ada. Kibas dengan kertas katanak takut anak panas. Tunggu bawah pokok selagi Bellaz tak habis makeup.
Allah anak ui kenangan betul la. Mat Nuart masa tu kerja runner. Dia akan ambil cuti kalau Bellaz ada job pengantin jauh-jauh. Hari Jumaat sepatutnya dia cuti rehat tapi dia support minat bini dia dalam dunia mekeup ni. Mana ada pertandingan makeup semua Bellaz masuk sebab minat. Menang kalah belakang kira Mat Nuart kata.
Sebab tu Bellaz selalu tulis, kenangan harini takkan sama dengan kenangan esok. Jadi ciptalah moments hampa setiap hari. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, Amin.
Muabellaz bukan nama asing lagi bagi ‘pencinta’ kecantikan dan solekan. Selebriti media sosial, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali dengan nama Muabellaz ini seringkali membuat tutorial mekap secara live di media sosial sehingga membuatkan ramai pengikutnya menjadikan wanita sebagai rujukan dalam menatarias wajah.
Dari seorang anak yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah, Muabellaz bangkit dengan pengalaman dan skil yang ada untuk mengubah nasib keluarga. Ibu yang mempunyai empat orang anak ini sudah memiliki pelbagai aset mewah hasil daripada keringatnya dalam dunia solekan.
Kredit foto: Instagram MuabellazKredit foto: Instagram Muabellaz
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak teruja melihat deko rumah bajet ini yang menggunakan bajet kecil sahaja, tetapi hasilnya cukup kemas dan cantik.
Bagi anda yang mempunyai bajet murah tidak bermakna, tidak boleh melakukan transformasi untuk kediaman anda.
Apa yang penting, kena kreatif walaupun bajet tak banyak. Salah satunya, daripada perkongsian Cik Laila ini, yang mana dia telah berjaya transformasi deko rumah flatnya menjadi seperti sebuah kediaman kondo.
Apa kata tengok hasilnya.
Deko Rumah Flat
Ruang tamu yang dihias cantik.
Nak share deco simple-simple dari orang bujang ( berdua dengan adik pompuan). Walaupun rumah sewa ( flat ) tapi disebabkan suka ala-ala condo gitu.
Kita makeover slow-slow ikut kesesuaian bajet.. Alhamdulillah, selama 9 bulan menyewa bikin sikit-sikit..
Ada barang yang dari Eco, Mr DIY, Tesco, Ikea ,My OneShop, kedai perabot terpakai & ada yang buat sendiri.
Ruang santai dengan konsep ringkas tapi menenangkan
Ruang makan dengan konsep putih.
Ini ruang tahu sebelum transformasi.
Jadi, tiada alasan untuk anda hias rumah walau tak mempunyai bajet besar. Nampak hasil deko rumah flat ini pun dah cukup puas dan menarik. Boleh lah anda cedok idea ini dan hias rumah anda pula.
Sumber: Cik Laila
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!