Bila nak kahwin?” Soalan yang paling popular di antara soalan yang lainnya. “Abang dah kahwin, kakak dah kahwin, kamu bila lagi?” Senyum. “Kenapa kamu ni macam tak mencari? Tak rasa nak kawin ke?

Antara Kafan Dan Gaun Pengantin, Mana Akan Sarung Dahulu? Jodoh Kita Hanya Allah Yang Tahu

Jodoh tu kan dah ditentukan. Sampai masa Allah hadirkan la yang terbaik. Kahwin tu kan elok, cuma, perkahwinan ni bukan perkara biasa. Bukan perkara main-main. Bukan sekadar akad je. Kahwin ni besar tanggungjawabnya, sebab tu tak boleh main redah je. Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah. Putaran kehidupan dan usia di luar kawalan kita.

Sama halnya dengan soal jodoh. Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia. Sebagai makhluk Allah S.W.T, setiap manusia yang sudah dewasa pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Setiap manusia itu memerlukan pasangan yang mampu untuk mencintai dan dicintai. Tak bercakap soal nikah, soal perkahwinan, tak bermakna seseorang itu tak punya keinginan untuk semua tu. Mungkin kerana keyakinannya pada Allah itu tersangat tinggi. Perkahwinan itu satu sunnah. Namun, cepat atau lambat bukanlah menjadi tugas kita untuk menentukan.

Antara Kafan Dan Gaun Pengantin, Mana Akan Sarung Dahulu? Jodoh Kita Hanya Allah Yang Tahu

Allah Maha Mengetahui. Dia yang menjaga kunci hati setiap hamba-hambanya. Dia Maha Mengetahui waktu yang sesuai seorang hamba menempuhi alam perkahwinan. Bagi sesetengah orang, perkahwinan pada usia 18 tahun terlalu muda. Tetapi ada juga yang berpendapat perkahwinan sewaktu usia 20 tahun sudah dikira sebagai lewat. Sesetengah yang lain pula menyatakan bahawa umur 30 tahun pun masih dianggap awal untuk berkahwin. Itu hanyalah perspektif masing-masing. Tapi, sampai bila kita mahu membiarkan pendapat orang lain buat kita rasa tak selesa kan.

Apa yang penting, sebelum menempuh alam perkahwinan, persiapkan diri semampunya. Cuba perbaiki mana yang perlu, pertingkatkan mana yang kurang. Sentiasa bersangka baik dengan Dia. Allah tahu mana yang baik sedang dalam kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup. Antara Kafan Dan Gaun Pengantin, Mana Akan Sarung Dahulu? Jodoh Kita Hanya Allah Yang Tahu

Perkahwinan menuntut seseorang untuk menggalas satu tanggungjawab besar dalam menunaikan apa yang telah digariskan dalam Islam. Big things awaits behind ‘aku terima nikahnya’. Tanggungjawab itu bukan hanya terletak pada si suami, tetapi juga pada isteri. Jodoh, ajal, rezeki, itu semua rahsia Dia. Sehebat manapun kita dalam mencorak kehidupan kita.

IKLAN

Antara Kafan Dan Gaun Pengantin, Mana Akan Sarung Dahulu? Jodoh Kita Hanya Allah Yang Tahu

IKLAN

Takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia. Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada bertemu di dunia ataupun di alam sana, kita takkan pernah tahu. Dekatkan diri pada Dia sebelum kita bersandar pada kasih ciptaanNya, kerana kasihNya umpama sehampar lautan luas. Jadilah hamba yang mendamba cinta Allah sebelum mencari cinta manusia. Bila Dia kasih, Dia akan berikan jodoh yang terbaik untuk kita jodoh yang sentiasa meletakkan Dia di carta paling tinggi. Allah itu sebaik-baik perancang. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

IKLAN

Sedangkan kita juga belum tahu, antara kafan dan gaun pengantin, mana yang kita akan sarung dahulu; antara jodoh dan maut, yang mana akan melamar dahulu.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI