
Terlalu banyak kisah sedih yang diceritakan para isteri setelah termakan janji manis si suami. Jika sebelum berkahwin, segalanya indah belaka. Terlalu banyak janji-janji manis ditabur, dan akhirnya menjerat ramai wanita.
Bukan semua lelaki mulut manis ini jahat, ada saja lelaki yang menabur janji manis dan menunaikan janji tersebut setelah berkahwin. Tetapi berapa ramai yang mampu memenuhi janji kepada pasangan setelah berumahtangga.
Hal ini harus dititikberatkan kerana ianya berkaitan dengan masa depan, jika wanita tersalah pilih pasangan, apa yang mereka boleh lakukan jika segalanya hanyalah kepura-puraan setelah mengahwini lelaki tersebut? Kebanyakkan isteri terpaksa berdiam diri dan menerima keperitan akibat ditipu hidup-hidup oleh suami.
Oleh itu, anda sebagai wanita harus soal selidik dahulu pasangan jika mahu lebih serius. Jangan kerana mereka nampak seperti seorang lelaki yang berkerjaya, anda terus tertipu. Antara sebab mengapa wanita mudah kena tipu oleh lelaki sebelum berkahwin ialah;
Terlalu percaya
Jangan meletakkan seratus peratus kepercayaan kepada lelaki yang anda baru kenal. Anda seharusnya selidik dahulu latar belakang lelaki tersebut. Kemungkinan besar dia telah menipu anda tanpa anda sedar.
Bergantung pada lelaki
Jangan terlalu bergantung kepada lelaki yang belum menjadi suami anda. Ini kerana, ramai wanita terjerat kerana terlalu bergantung kepada duit lelaki, dan akhirnya terperangkap dalam masalah dan akhirnya terpaksa mengahwininya dalam keadaan terpaksa. Cari duit dengan titik peluh anda sendiri dan belajar berdikari.
Tidak komitmen
Kerana cinta, ramai wanita buta. Mereka merasakan cinta sudah memadai untuk merasa bahagia, mereka tidak memeriksa latar belakang dan jenis pekerjaan pasangan. Jika anda rasa lelaki berkenaan sering meluangkan masa dengan anda, dan nampak terlalu banyak masa terluang sebaiknya anda cuba bertanyakan tentang kerjayanya.
Sesungguhnya ajal dan maut adalah ketentuan Allah s.w..t. Manusia tidak mampu mengubah takdir, namun anda boleh cuba kaji selidik terlebih dahulu jika mahu berkahwin, Takut nanti setelah berkahwin anda terkejut dengan perubahan suami anda. Banyak kes cerai terjadi kerana pasangan menipu pada awal perkenalan, dan menjerat mangsa menjadi isteri.
Ada Sebab Kenapa Wanita Zaman Sekarang Memang Diciptakan Untuk Check Handphone, Poket Suami

Bukan suka-suka perempuan nak buat spot check dekat barang-barang suami termasuk handphone kalau tiada sebab. Baca lelaki bernama Mizan Dzai kongsi kenapa perempuan dilahirkan untuk check semua benda milik suami.
HARUS SALING MEMAHAMI聽
=====================
Apa yang kau takut sangat bini kau check handphone? Ramai yang bergaduh sampai bercerai sebab social media ni. Semuanya bergantung pada pasangan masing masing. Ada yang tak kisah dan tak check handphone tapi hampir kesemua bini (bini aku pun sama kah kah) akan ada rasa insecure bila bab social media dan phone terutamanya FB, IG, Twitter, Whatsapp, Snapchat, Wechat, Telegram, Tumblr dll.
Normal brader. Wanita zaman sekarang memang diciptakan untuk check poket, handphone, kereta, briefcase dan clutch kau. Bukannya tulang rusuk dah (gurau gurau). Paling penting, password kau jangan rahsiakan. Kita suami ni fikir sampai Jalan Klang Lama je tapi Bini ni fikir sampai ke Oxford Street, London. Punya jauh. Resit takyah cakap lah. Resit Starbucks beli 2 kopi pun habis sampai Subuh disiasatnya. Kalau time cuti, sampai Asar esok kang baru habis. Diorang punyalah nak protect suami dan rumahtangga. Tak penat ke? Belum campur penat balik kerja, masak, basuh baju, jaga anak dan kemas rumah. Yang suami?
Kau malas sangat apahal? Tolong lah sikit bini kau kat rumah tu. Aku tak paham suami yang tak reti menolong ni. Basuh berak anak, mandikan pun payah sangat. Pasal ego? Ke malas? Ego & malas kau tu kalau tak menyusahkan bini tak apa bang. Keluar melepak rajin pulak sampai tengah pagi. Anak bini kat rumah tu siapa nak jaga? “Tak ada pape lah, kan ada guard ada jiran. Selalu elok je” kalau dah kena sekali kat batang hidung kau, padan muka. Ada anak bini tapi suruh orang lain tengokkan. Kau takut member bahan? Pampers anak bini kau bukan dia yang beli der. Kau dah lah sibuk kerja, cuti cuti tu lepak lah dengan anak bini kat rumah, tengok anak membesar, tengok keperluan diorang. Melepak tak salah, yang salah tu bila kau melepak tak beragak.
Tapi aku paling respect lelaki yang banyak pasang awek kat luar. Kau boleh hidup dengan kona bini kau berbulan bertahun. Handphone memanjang kat tangan, delete chat atau apps konon kononnya tak pernah download. Sampai ada yang sorok handphone kedua dalam kereta semata mata nak menipu. Tambah jelah cawangan tu kalau mampu ye dak? Tak haram pun, rezeki masing masing. Tapi ingat, kalau isteri sorang pun kelam kabut kat rumah inikan pulak nak tambah cawangan banyak banyak. Buat apa cari penyakit? Aku bukan kantoikan tapi kau kena ingat, bini kau tak bodoh. Kau yang bodoh. Bini ni, kau toksah menipu lah, diorang cuma belum jumpa bukti atau malas gaduh. Sebab apa? Kekadang sebab diorang sedar diorang dah tak lawa macam dulu.
Kereta pun boleh modified, inikan pulak bini sendiri. Dah pakai bertahun tahun sampai 2-3 orang anak, pergi lah spend sikit kasi cun balik. Kau tengok bini orang macam nak makan, bini kat rumah kau tak selera pulak? Nak ngorat bini orang, sanggup PM sampai berminggu berbulan bertahun semata mata nak say Hai. Sebab tu kalau kau kena tibai kena sembelih sebab kacau bini orang, jangan pelik. Apahal dengan orang yang bersusah payah lahirkan zuriat kau pun nak kedekut? Dah lah tak menolong, tak bagi bibik. Duit tak ada nak provide bibik? Dah tu, reti lah sedor diri, tolong ringankan beban bini. Ohh, dengan awek kau boleh tabur duit tapi dengan bini kedekut nauzubillah. Ingat sikit jasa bini kau tu berbanding awek yang kau baru kenal. Kalau dah angau, tiang lampu pun kau nampak macam ayam Siam.
Dah kau sorok bini bertahun tahun kat rumah mana lah member tu tak bosan? Diorang tak akan cakap, tak akan luahkan apa yang terpendam, bertuahlah kau kalau dapat jenis yang meluahkan sebab diorang tahu suami sibuk cari rezeki, ekonomi keluarga pun tak berapa stabil. Cukup dengan bawak pergi jalan jalan, pusing pusing, kalau belum berkemampuan kau just bawak anak bini minum mamak atau breakfast kat warung time cuti. Sesekali apa ada hal? Untung untung sampai ke malam mood diorang baek kah kah. Seronok diorang kemain. Aku pun tak paham makhluk bergelar wanita ni sebenarnya dan kita tak akan pernah paham but at least, show some appreciation. Best diorang tau.
Kau pernah tak rasa macam mana perasaan tak ada duit? Macam tulah perasaan suri rumah. Jangan campurkan sekali belanja barang rumah, anak anak dengan nafkah isteri. “Balance belanja keperluan tu kira nafkah u lah yang”. BIG NO! Kau ingat diorang tak ada FB? Tak ada IG? Tak ada nafsu membeli? Gila. Kau menidakkan keperluan seorang wanita. Terseksa zahir dan batin diorang. Ekonomi sekarang drop, tapi nafsu diorang tak pernah. 9 nafsu termasuk shopping bro. At least, set pencuci muka RM90 atau tudung ENAARA ELEENA RM49-RM79 untuk 3 bulan sekali (mana mana suami yang beli, aku bagi diskaun). Sebab tu bidang ni sentiasa dapat sambutan. Yang drop ekonomi kita si suami je haha. Spend bro. Trust me, jauh lebih berharga senyuman isteri tercinta dari duit rokok & duit ngeteh kau.
Isteri, jagalah maruah dan aib suami dari orang luar terutamanya aurat, dan paling mencabar adalah kewangan suami. Jika perlu, bantulah ekonomi bersama. Banyak peluang tanpa modal yang boleh menjana pendapatan dari rumah contohnya jadi agent dan dropship ENAARA ELEENA, ambik order je then HQ yang akan spend duit/masa untuk buat marketing dan postage. Tak banyak, sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban. Pernah ada dropship ENAARA ELEENA dapat RM1,050 x 150 pcs sebulan dengan hanya jadi dropship dari rumah sambil jaga 3 orang anak. Steady kak. Alah, produk lain pun ada, banyak je. Dari sibuk gosip, komen entah pape kat page KRT tu, baik buat duit sikit dan boleh jalan jalan dengan keluarga betul tak? Lepas lah nak beli night cream ke, order brownies ke. Zaman sekarang zaman yang orang fight untuk survive, bukan zaman mengangkang tak ada hala tuju. Nak layan drama Pukul 7 boleh tapi jaga maghrib. Selesaikan tanggungjawab kat rumah dulu. Kata nak jumpa suami kat syurga?
Jangan bandingkan kelebihan atau kekurangan suami korang dengan lelaki lain. Jangan iri hati, jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mana maruah si suami nanti? Setiap suami ada rezekinya, lambat atau cepat je. Lebih lebih lagi anak, Allah dah janji makan minum diorang ada tersedia. Jangan takut.
Suami, amanah di rumah iaitu isteri dan anak bukan punching bag, bukan tempat melempiaskan nafsu amarah. Sekali sekala berjemaah, baca Yassin sama sama seminggu sekali pun dah cukup bagus untuk permulaan, Usahalah. Usaha. Kalau dah final, pulangkan cara baik macam mana kau ambik dulu. Jangan jadi jantan tak ada telur yang pukul isteri tanpa sebab munasabah. Kalau depan aku, dahi kau yang bertelur. Pondan.
Lelaki cepat rimas, cepat angin. Tak payah cakap orang, aku sendiri pun sama. Isteri kekadang tanya itu tanya ini. Kita punya penat, kita je paham. Tanggungjawab kita sebagai suami ni besar, anak isteri, keluarga sendiri dan mertua, adik beradik, bil bil yang datang setiap bulan tanpa salah alamat (tak pernah tak sampai weh), staff bawahan, boss dan kerja yang menimbun. Give and take. Kita pun kena ingat, isteri punya penat lagilah. Nak berak pun ada timming, sampai ada yang terpaksa bawak anak sekali sambil mencangkung. Tiap pagi gosok baju, cari spender and stoking kita. Sekali sekala charge kan lah handphone bini. Kang kau call ke whatsapp tak dapat tau melenting. Rumahtangga ni mudah dan seronok kalau kita sentiasa bersyukur, berkongsi suka duka, berusaha bersama sama. Sesekali kenang balik zaman zaman bercinta. Jangan nanti dah senang cari lain pulak. Banyak kau punya lawa.
Janganlah kau mementingkan diri sendiri kerana lelaki itu dilahirkan untuk berkorban dan berjuang.
Mana yang buruk datangnya dari aku, mana yang baik datangnya dari Allah. Minda kalau dilatih positive, in shaa Allah tidak akan negative hasilnya. Semoga kau orang bahagia dan berjaya, dunia dan akhirat.
Untuk Lelaki Yang Dah Ada Niat Nak Kahwin, Sila ‘Buang’ Tabiat Lama Anda

Siapa yang tidak inginkan hubungan cinta itu berkekalan sehingga ke jinjang pelamin? Sebut sahaja pasal kahwin, pasti ramai yang masih bujang mengimpikannya. Namun, perlu diingatkan dalam pada kita nak berkahwin tu kita kena fikir masak-masak adakah kita sudah bersedia?
Sudah bersedia untuk jalankan tanggungjawab sepenuhnya? Kerana berkahwin ini bukanlah satu perkara yang mudah. Anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Kahwin ni bukan macam ‘couple’ dulu-dulu dah. Kerana dialah insan yang anda pilih untuk sehidup semati.
Bagi lelaki, tanggungjawab amat berat kerana anda adalah ketua keluarga. Anda yang akan membentuk bagaimana keluarga anda nanti. Jadi, ianya bukan perkara yang mudah. Oleh itu, untuk menjadi ketua keluarga yang bagus, haruslah mengubah tabiat-tabiat lama anda. Apa dia? Jom kita lihat di bawah ini.
Solat

Kalau sekarang ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tinggal solat dan sentiasalah solat di awal waktu. Tapi, kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung di dalam rumah tangga yang akan didirikan, maka rumah tangga itu takkan dapat bertahan lama, sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia.
Kerja

Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu untuk satu tempoh yang tertentu. Nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka. Tak boleh kerja sekejap, berhenti. Kemudian menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut cita rasa anda sendiri. Tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan. Jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu.
Perangai Bujang

Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan. Contohnya, merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik rumah ikut suka dan sebagainya. Maka, kita perlu ubah semua ini. Perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik rumah sebelum tengah malam. Didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung untuk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu.
Belajar Mengemas

Jangan terus letak dalam minda yang kerja rumah adalah kerja isteri sahaja. Kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah. Perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yang kita dah biasa buat. Bila dah selalu buat tu percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja rumah.
Berhenti Jadi Buaya Darat, Jaga Pergaulan

Sekarang, sebelum kahwin, mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan. Semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama “kawan”. Tapi, bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi. Kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja. Anda perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang.
Perkahwinan merupakan ikatan yang suci yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ianya merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yg diredhai Allah S.W.T.
Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumah tangga.
Sumber: Peguam Syarie Khidmat Masyarakat
Kalau Sakit Hati Sangat Pun Dengan Suami, Jangan Lupa Ambil Tangannya & Kucup

Adat rumah tangga, sekejap reda dan sekejap bergelora. Lumrah lah kerana kita kan manusia. Tapi laki ini pesan, walau macamana pun kita bergelora tapi..
Kalau sakit hati sangat pun dengan suami, jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah tanda kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
Suami tak memerlukan maaf kita tapi yang isteri sangat perlu kemaafannya.
Sebab apa?
Hanya dengan restu dan doa suami, Allah meminta Malaikat menjaga isteri dari keluar pagi hingga balik nanti.
Di pejabat, di tempat kerja, di jalan raya, Allah haramkan segala kejahatan dekat dengan isteri yang selalu meminta izin pada suami. Bukan soal siapa suami tapi soalnya, di sisi Allah apakah yang ada pada suami. Belum terlambat call atau whatsapp lah suami, mohon maaf tak salam tadi. Saya hanya berpesan sebelum Allah beri peringatan!
Terima kasih Wahai Para Isteri.
(Dikongsikan oleh Abu Huraira Asifa.)