Hubungan Fazura dengan suaminya, Fattah Amin tidak dilanda badai tetapi pelakon popular Nur Fazura Sharifuddin ini memilih untuk hidup privasi.
Sebenarnya spekulasi ini mula tular beberapa bulan lalu, mencetuskan pelbagai reaksi dari peminat.
Fazura & Fattah Elakkan Tayang Mesra
Dalam satu kenyataan, Fazura, 40, mengakui terkejut dengan cerita yang tersebar itu dan menjelaskan bahawa hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.
“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okay ke tak. Saya faham peminat nak ambil berat sebab sudah lama tak nampak kami bersama,” katanya.
Ads
Mengulas mengenai dakwaan bahawa hubungan mereka bermasalah kerana sudah lama tidak kelihatan bersama dalam media sosial, Fazura menjelaskan bahawa dia dan Fattah telah sepakat untuk tidak lagi mempamerkan kemesraan di media sosial sebagai tanda hormat terhadap isu Palestin.
“Saya faham peminat ambil berat sebab sudah lama tak nampak kami bersama. Jujurnya, saya memang hadkan ‘posting’ mempamerkan kemesraan dalam media sosial. Saya sangat terkesan melihat penderitaan rakyat Palestin. Jadi, saya rasa tak perlulah tunjuk kebahagiaan bersama keluarga dalam media sosial,” katanya.
Hadkan Perkongsian Anak
Ads
Fazura juga menjelaskan bahawa dia turut menghadkan perkongsian gambar anak mereka, Nur Fatima Aisya, kerana perasaan yang sama. Bagaimanapun, aktres tersebut mempunyai satu akaun media sosial khas dan ‘private’ untuk berkongsi kehidupan peribadinya.
“Saya ada satu lagi akaun lain dan di situ sesiapa yang mengikutinya boleh lihat foto kami bersama. Boleh juga nampak perkembangan kami,” tambahnya.
Sebelum ini, tanpa sebarang angin atau ribut, media sosial heboh dengan dakwaan bahawa hubungan Fazura dan Fattah kini sedang dilanda badai. Spekulasi tersebut timbul apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka di media sosial.
Ads
Kisah rumah tangga mereka juga menjadi perbincangan di sebuah laman sembang, di mana pandangan tersendiri mengenai keadaan rumah tangga pasangan itu dikongsikan.
Ada juga yang mempertahankan pasangan selebriti tersebut dengan mengatakan bahawa mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan di media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Zaman sekarang, macam-macam idea orangbuat untuk mencipta kelainan di majlis perkahwinan. Ada yang mencipta kad perkahwinan yang pelik-pelik, tak kurang juga yang memberi hantaran tanpa kita sendiri tak pernah terfikir.
Misalnya lelaki bernama Zul Kefly ini, dia mendapat idea untuk mengumpulkan 37 keping wang RM10 yang berlainan nombor siri untuk membentuk ayat ‘Zulkefly Cinta Siti Norhafizah 1 Julai 2017’ sebagai mas kahwin bernilai RM370 kepada isteri tercinta. Memang rare!
Berkongsi dengan admin Pesona Pengantin, Zul kefly sebenarnya merupakan seorang pengumpul duit lama dan baharu. Ramai memanggilnya NUMISMATIK. Oleh kerana terlalu minat bermain dengan duit lama, Zul kefly mendapat idea untuk lakukan kelainan menggunakan duit di majlis pernikahannya. Pernah sebelum ini Zul kefly cuba membuat namanya sendiri menggunakan wang RM20 dan RM50.
Menurut Zul kefly, bukan mudah untuk dia menyiapkannya kerana dia mengambil masa untuk merancang kira-kira 3-4 bulan sebelum mendapat kepuasan dalam idea berkenaan. Mendapat pujian daripada netizen, Zul kefly juga patut diberi kredit atas kesungguhan dan kegigihan yang ditonjolkannya mengumpul wang dalam pelbagai nombor siri untuk dijadikan simbolik mas kahwin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular komen bekas personaliti media, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar yang menitipkan semangat buat pasangan selebriti Nora Danish dan Nedim Nazri selepas penceraiannya baru-baru ini.
Kelihatan tulisannya menggambarkan keperitan penceraian yang dia sendiri pernah lalui dalam kehidupannya, namun bangkit dan kini bahagia dengan pasangan hidupnya.
Komen Azrinaz Mazhar
Bagi Azrinaz, perceraian adalah satu perkara yang sangat menyakitkan dalam sesebuah nakhoda rumah tangga.
“Perkara yang paling menyakitkan dalam perkahwinan apabila perceraian adalah satu-satunya pilihan,” coretnya menerusi ruangan kapsyen muat naik terbaharu Nedim.
Pasti Akan Mampu Hadapi Bersama
Kata bekas wartawan penyiaran TV3 itu, dia percaya bahawa baik Nora mahupun Nedim sudah cukup matang untuk mendepani segala dugaan dalam kehidupan selepas ini.
“Saya percaya kalian berdua cukup matang untuk mengatasi semua ini dengan bijaksana seperti mana terlihat dalam video (temu bual dengan media).
“Saya mendoakan perkara baik-baik dan kekuatan buat anda (Nedim) dan Nora,” katanya lagi.
Nora, 42, dan Nedim, 41, bercerai talak satu di di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Sekadar info, Azrinaz merupakan bekas isteri ketiga Sultan Brunei. Mereka bernikah pada tahun 2005, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan orang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah, 16.
Azrinaz kembali bergelar isteri kepada Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3.
Menerusi perkahwinan yang terbina sejak 1 Mei 2018 itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2 tahun.
Tak ada salahnya berkahwin dengan orang lebih muda ke, lebih berusia ke asalkan ada keserasian dan boleh saling bertolak ansur. cuma, dalam perkahwinan dengan lelaki yang lebih muda, salah seorang perlu mengambil pendekatan untuk bersikap lebih matang.
Melalui fasa kehidupa dalam rumahtangga bukan hanya tanggungjawab sebelah pihak. Baik suami dan isteri, masing-masing ada peranan tersendiri untuk memastikan perkahwinan itu bahagia dan aman.
Cerita cinta pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 ini pernah menjadi bualan di alam maya. Seorang cikgu yang bertemu kekasih hati yang juga merupakan bekas anak muridnya sendiri begitu bahagia menceritakan pertemuan yang tidak disangka menjadi jodoh buat mereka berdua.
Seperti yang dkongsikan Nor Izza Erma, ini tip untuk wanita yangberkahwin dengan lelaki lebih muda.
Tip hormat pasangan lebih muda:
Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah kerana saya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.
2. Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.
3. Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.
4. Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.
5. Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.
“Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suami walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.
Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.”kata Izza.