
Perkahwinan merupakan salah satu di antara sunah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga sebenarnya termasuk dalam tuntutan syara’ untuk kita penuhinya.
Oleh itu sebarang bentuk penolakan tentang perkahwinan seperti bernazar atau bersumpah untuk tidak berkahwin sama sekali tidak akan diterima oleh Allah Taala. Bahkan ia menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan.
Sebagaimana Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat, maka Allah juga perintahkan untuk berkahwin. Maka dianjurkan bagi semua umat Islam untuk berkahwin sekiranya berkemampuan dan dilarang untuk terus hidup membujang. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang menolak perkahwinan dan menolak kebaikan yang telah Allah anugerahkan.
Al-Quran sebenarnya telah menjelaskan kepada kita: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” al-Maidah: 87
Zaman Sekarang, Perlu Ke Bagi Wang Hantaran Mengikut Status Pasangan?

Ada yang berpendapat wang dan belanja dulang hantaran sebenarnya adalah hadiah kepada pasangan tapi ada juga menyatakan bahawa ia terpulang kepada keikhlasan pihak bakal suami untuk membantu mengurangkan belanja majlis perkahwinan di pihak perempuan.
Namun ada juga yang berpendapat ia penting untuk menjaga status terutamanya jika calon isteri datangnya daripada golongan berada dan berpendidikan tinggi atau bakal suami pula yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.
Adakah penting bagi status seseorang sehingga ia boleh mempengaruhi sesuatu perhubungan? Islam sendiri mengalakkan penganutnya berkahwin sekufu yang membawa maksud setaraf. Ia kerana perkahwinan yang sama taraf atau status akan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak.
Hari ini status selalu dikaitkan dengan kaum wanita, seiring dengan peningkatan jumlah wanita yang berpendidikan tinggi, berjawatan besar dan ada yang berpendapatan lebih lumayan dari lelaki. Ini boleh membuatkan lelaki rasa tidak setaraf untuk mendekati mereka apatah lagi memperisterikan wanita yang lebih tinggi darjatnya.
Dalam hal wang hantaran, sebenarnya tak salah meletakkan jumlah hantaran yang tinggi kalau lelaki itu mampu dan tak membebankannya. Teatpi secara kebenarannya ada ramai anak muda pada masa ini menangguhkan majlis kerana tak cukup wang hantaran.
Tarik diri
Bagaimana nak galakkan pasangan berkahwin kalau wang hantaran ditetapkan begitu tinggi hingga di luar batas kemampuan? Akhirnya perkara yang baik dan dan digalakkan Islam ditangguhkan semata-mata kerana tak mampu menyediakan belanja untuk perkara yang tak perlu sedangak semua orang tahu yang nak berkahwin tu anak-anak, bukan ibu bapa.
Ada juga anak lelaki yang sanggup menarik diri daripada sebuah perkahwinan semata-mata kerana tak mampu menyediakan jumlah hantaran yang diminta. Daripada maruah tercemar, rasa terhina kerana tak mampu menyediakan wang hantaran, maka undur diri adalah lebih baik.
Seharusnya orang tua gembiri dan lega kerana anak mereka akan disunting menjadi isteri dan dapat mengelakkan berlaku perkara-perkara tidak baik seperti maksiat.
Mangsa Keadaaan
Selalu menjadi mangsa adalah anak gadis. Tak kahwin kerana terpaksa menurut kehendak ibu bapa. Sedangkan dalam hati dah bersedia nak jadi isteri dan ibu.
Dalam situasi begini, anak gadis perlulah berbincang dan berterus terang dengan ibu bapa. Luahkan apa yang tersirat di hati. Lakukan dengan berhemah dan bukan bertujuan untuk melawan. Carilah masa yang sesuai untuk berbincang tentang perkata ini dengan lebih mendalam bersama ibu bapa.
Ikut trend semasa
Ada juga sesetangah ibu bapa meletakkan wang hantaran yang tinggi kerana ingin mengikut trend semasa. Antara faktornya adalah kos sara hidup yang tinggi, dulu lima tahun lepas kakaknya wang hantaran RM5K, takkan sekarang bila si adik nak ikut harga yang sama? Atau pun faktor ibu bapa yang tak nak kalah ingin melawan sepupu, saudara mara yang lain atau jiran tetangga.
Seperkara lagi, jangan mudah buruk sangka terhadap ibu bapa. Mungkin mereka tersilap dalam hal ini, tetapi niat mereka baik iaitu ingin melihat anak merka bahagia selepas kahwin. Tiada ibu bapa yang ingin menghancurkan hati anak-anak mereka. Kadangkala mereka cuma mahu pastikan calon suami mampu, rajin dan bertanggungjawab.
Sekiranya permintaan mereka tidak munasabah, sebagai anak jalan terbaik adalah dengan berbincang secara lembut dan berhemah. Berilah masa untuk mereka fikirkan kembali keputusan mereka agar dapat memuaskan hati semua orang.
Perkahwinan adalah benteng untuk memelihara maruah dan harga diri. Rumah tangga yang didiami bukan sekadar tempat berlindung, bahkan tempat berehat, membina kasih sayang dan mencari keredhaan Allah. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa serta solat hajat, mohon Allah lembutkan hati ibu bapa dan segala urusan dipermudahkan.
Gambar Penting Wajib Ada Untuk Sempurnakan Album Kahwin Anda

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, majlis perkahwinan yang sekian lama anda rancang tanpa disedari ia datang begitu pantas. Pastinya di majlis ini nanti anda mahukan setiap momen dirakamkan oleh lensa kamera agar ia bakal menjadi kenangan abadi hingga sampai ke anak cucu.
Untuk menggunakan khidmat jurugambar, perkara utama yang perlu anda fikirkan ialah shot terbaik yang ingin dirakamkan. Walaupun anda dan pasangan akan dibantu oleh jurugambar, anda juga harus mengetahui shot bagaimana yang anda inginkan untuk album perkahwinan.
Tentunya shot yang terbaik akan membuatkan momen penggambaran berjalan dengan lancar. Jadikan gambar-gambar ini sebagai shot wajib ada dalam senarai penggambaran anda nanti agar ia menjadi kenangan abadi dalam album perkahwinan anda.
1. Cincin
2. Bunga tangan
3. Baju perkahwinan
4. Pengantin sedang mekap
5. Dandanan rambut
6. Gambar pengapit
7. Hiasan tengah meja
8. Dekorasi seluruh dewan
9. Susunan meja
10. Kek perkahwinan
Sumber gambar: pinterest
Cara Melayani Suami Menurut Islam Yang Boleh Anda Amalkan

Kehidupan suami dan isteri ini saling melengkapi. Ada kalanya kita memberi, dan adakalanya juga kita menerima. Barulah hidup rukun dalam rumah tangga yang dibina bersama. Cinta dan kasih sayang yang dibina atas dasar saling membahagiakan di antara suami dan isteri merupakan kunci dari keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.
Jadilah pasangan yang saling menghormati antara satu sama lain. Biar sebesar mana pangkat, isteri perlulah menghormati suami. Berikut adalah cara melayani suami menurut Islam yang boleh anda amalkan:
1.Sentiasa tampil cantik dan wangi ketika di rumah
Jagalah tubuh anda dengan baik, selalu tampil cantik dan wangi. Umumnya, yang terjadi pada isteri-isteri ialah mereka tampil cantik dan wangi apabila keluar rumah. Sebaliknya, ketika berada di rumah hanya biasa-biasa saja.
Dalam Islam mengajarkan sebaliknya, iaitu untuk sentiasa cantik dan wangi ketika di rumah dan tampil seadanya ketika keluar rumah. Sebab kecantikan isteri itu hanya untuk suaminya, bukan untuk tontonan umum.
Apabila anda juga termasuk yang golongan di atas, inilah masanya anda merubahnya.
2.Menyambut suami dengan wajah yang manis
Dalam apa keadaan sekali pun, sambutlah suami dengan senyum manis yang ikhlas. Kepenatannya dalam bekerja memerlukan siraman jiwa yang segar agar kembali bersemangat. Sambutan isteri yang baik adalah suplemen yang terbaik untuk kembali menyegarkan dirinya yang penat.
Jika ada khabar buruk, tahanlah dulu untuk sementara waktu, setidaknya sampai penatnya mulai hilang. Tunjukkanlah sikap terima kasih anda atas sesuatu yang telah dia buat, dengan membuatkan minuman misalnya, dengan begitu suami akan bertambah sayang dengan anda.
3.Bergegas memenuhi panggilan suami
Bergegaslah untuk memenuhi panggilan suami yang berhasrat memerlukan isteri. Bahkan ketika si isteri sedang sibuk memasak, maka bergegaslah untuk memenuhi panggilan suami.
Dari Thalaq bin Ali, ia berkata, Rasulullah shallallahu allaihi wasallam bersabda:
أَيُّمَا رَجُلٍ دَعَا زَوْجَتَهُ لِحَاجَتِهِ فَلْتَأْتِهِ وَلَوْ كَانَتْ عَلَى التَّنُّوْرِ
“Suami mana saja yang memanggil isterinya untuk memenuhi hajatnya, maka si isteri harus/wajib mendatanginya (memenuhi panggilannya) walaupun dia sedang memanggang roti di atas tungku api.”
Diriwayatkan oleh Abu Hatim dalam Shahih-nya dan At-Tirmidzi, ia berkata, “Hadits ini hasan.”
Selain itu para isteri juga perlu dalam menjaga kebersihan tubuhnya, tampil wangi dan menuturkan kata dengan lemah lembut.
4.Merasa puas dengan pemberian Allah yang diberikan melalui suami
Sebenarnya, dengan ingkarnya seorang isteri atas apa yang diberikan suami adalah bentuk ingkar pula kepada Allah. Sebab Allah sudah mewakilkan rezeki sang isteri melalui suaminya.
Oleh sebab itu, janganlah seorang isteri merasa susah dengan pekerjaan suami yang biasa-biasa saja. Apa jua pekerjaannya, selagi dia memenuhi kewajipannya memberi nafkah dan baik maka isteri wajib menerima dan mensyukurinya.
Namun, alangkah baiknya jika isteri menyokong suami yang sedang dalam kesusahan mencari nafkah/lainnya, bukan malah mencaci atau memarahinya. Sebab, tidak ada lelaki hebat tanpa ada wanita yang menyokongnya di belakang.
5.Jika suami marah, buatlah dia merasa lega
Hindarilah hal-hal yang dapat membuat suami marah, apalagi sampai marah berkepanjangan. Namun namanya rumah tangga, tidak menutup kemungkinan terjadinya hal-hal itu.
Apabila suami marah, selesailah dengan cara halus, jika yang bersalah isteri mintalah maaf dan redhanya dengan baik. Namun jika yang bersalah adalah suami, biarkan marahnya reda dulu, kemudian bincang dengan baik pada waktu yang baik.
6.Menjaga diri ketika suami tidak ada
Menjaga diri ketika suami sedang tidak ada di rumah itu hukumnya wajib bagi isteri. Jagalah diri dari segala sesuatu yang diharamkan atau menjerumuskan ke haram.
Jagalah rahsia-rahsia dapur keluarga, terutama yang berkaitan dengan hubungan ranjang suami-isteri. Selain itu juga menjaga rumah dengan baik, menjaga anak-anak dan apa saja yang ada di rumah.
Dan jangan pernah keluar rumah tanpa adanya izin dari suami, sama ada suami sedang ada di rumah atau tidak. Jangan terima kedatangan orang-orang yang tidak disenangi oleh suami, jangan biarkan mereka masuk.
7.Cemburu dengan terpuji
Cemburu adalah adanya indikasi rasa cinta yang kuat. Seorang isteri yang cemburu dengan suaminya menunjukkan betapa besarnya rasa cinta dan sayangnya isteri kepada suami. Namun, cemburu itu tetap harus masih dalam batas dan kewajaran sesuai dengan ajaran Islam.
Dalam erti kata lain boleh saja cemburu, namun jangan sampai kecemburuan itu menimbulkan caci maki kepada orang lain. Dan jangan sampai menimbulkan keraguan yang tidak berdasar dan tanpa alasan.
8.Menunjukkan rasa hormat kepada orang-orang terdekatnya
Tunjukkanlah rasa hormat kepada keluarga dan adik beradik suami, terutama kepada orang tuanya. Seorang isteri perlu menjaga diri untuk tidak bermasalah dengan keluarga dan sanak saudara dari suami.
Jangan sesekali lakukan pada suami sama ada memilih antara ibunya dan isteri. Ini adalah hal yang sangat tidak terpuji untuk dilakukan oleh seorang isteri.
Sebaliknya, seorang isteri perlu menunjukkan keramahannya kepada tamu, sanak saudari dan keluarga suami. Dorong suami untuk tetap menjalin hubungan dengan baik kepada sanak saudara dan keluarganya.
Dengan begitu, seorang isteri turut bersama menjalinkan hubungan baik dan keharmonian dengan keluarga suaminya. Isteri yang demikian inilah yang menjadi idaman bagi setiap laki-laki.
Sumber: IslamMedia