Pelamin adalah perkara yang sangat penting dan menjadi tumpuan semasa menghadiri majlis perkahwinan. Tema, warna dan konsep terpulang kepada bakal pengantin itu sendiri. Sekarang pun kita boleh lihat ramai ‘wedding decor’ yang boleh membuat tema atas permintaan kita sendiri.
Tidak hanya itu, ada juga yang sangat teliti dan agak sedikit cerewet dalam pemilihan pelamin ni. Ialah mesti nak yang terbaikkan untuk majlis nanti. Tidak salah. Sebab itu kami ada beberapa tips untuk anda sebelum nak pilih pelamin tu. Harap membantu!
1. Konsep atau tema
Pastikan baju dan pelamin anda sedondon. Kalau anda pakai busana dari songket, minta bridal anda untuk sediakan pilihan pelamin bentuk tradisional. PJika anda mahu pelamin bunga-bunga, pilih busana dari renda atau jenis balerina.
2. Jangan banyak sangat warna
Tradisional biasanya lebih sesuai dengan warna tegap atau keras seperti hijau zamrud, biru royal atau kuning emas berbanding english style yang kepada warna pastel lembut. Mainan warna pada pelamin juga penting, biarlah kena dengan baju anda dan cukuplah dengan dua warna sahaja.
Ads
3. Karpet
Anda boleh tahu bridal tersebut hebat atau tidak dengan pilihan shaggy carpet atau karpet bulu. Pilihlah yang menyediakan shaggy carpet yang tebal dan tampak eksklusif kerana ia merupakan senjata senyap untuk kesan gambar persandingan anda.
4. Saiz kerusi
Ads
Saiz kerusi yang tinggi memanjang dan bersaiz besar sehingga menganggu ruang pelamin. Cukuplah dengan kerusi bersaiz lebar atau trend sekarang kerusi tanpa bahagian sandar.
Selain daripada hal tempahan dewan majlis perkahwinan dan kad undangan jemputan, ada satu lagi perkara penting yang perlu dilakukan oleh pasangan iatu membeli barangan untuk dijadikan barang hantaran.
Ramai anggap ia satu perkara yang mudah. Beli apa sahaja yang dimahukan oleh pasangan masing-masing. Sebenarnya, melalui barang hantaranlah anda boleh berjimat. Anda perlu bijak mempertimbangkan dari segi kewangan sehinggalah pemilihan barangan.
Oleh itu, kami kongsikan beberapa tip yang boleh membantu anda dalam mencari barang hantaran.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan di dalam memilih barang hantaran perkahwinan adalah menetapkan bajet terlebih dahulu. Kenapa bajet kewangan ini penting? Ia adalah untuk mengelakkan anda dan pasangan berasa terlebih teruja sehingga membazir semasa membeli barang gubahan dan barang hantaran.
Bagi memudahkan kerja dalam merancang kewangan, asingkan bajet bagi tiga benda utama ini:
Bila sudah asingkan bajet-bajet ini, anda akan berasa lebih mudah untuk menyemak dan mengawal kos perbelanjaan perkahwinan nanti.
Setelah bajet ditetapkan di antara anda dan pasangan, seterusnya anda bolehlah menetapkan jumlah dulang yang ingin anda letakkan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil.
Jika pengantin perempuan bercadang untuk memberi tujuh dulang sebagai hantaran untuk pihak lelaki, selalunya pihak lelaki akan membalas dalam jumlah yang kurang sedikit daripada itu, biasanya lima dulang.
Tip penting dalam memilih barang untuk dulang hantaran adalah memilih konsep majlis dan tema warna terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada lari konsep di antara barang anda serta konsep keseluruhan majlis – boleh pengsan kalau tidak kena konsep you all!
Contoh konsep majlis dan tema warna yang mungkin sesuai untuk anda:
Konsep Klasik Tradisional Melayu
Warna yang sesuai adalah emas di raja, ungu manggis, hijau gelap, dan merah gelap (maroon). Lazimnya hiasan dulang akan merangkumi tepak sirih tradisional, bunga pahar, bunga telur, dan hiasan bunga segar.
Konsep Perkahwinan Inggeris
Warna yang sesuai adalah warna-warna pastel seperti putih, biru, kuning, merah jambu, dan hijau. Semuanya di dalam tona warna lembut. Hiasan dulang pula adalah seperti bunga hydrangea, lily, kek cawan atau dulang moden seperti kaca atau dulang putih berenda bunga.
Konsep Perkahwinan Santai
Bagi konsep perkahwinan ini, pilihan warnanya adalah lebih banyak. Cadangan hiasan dulang pula adalah seperti alas dulang bantal, kayu palet atau pun sponge.
Walaupun anda dan pasangan seorang pasangan muda yang moden, janganlah memasukkan barangan elektronik sahaja untuk dulang anda. Masukkan juga pilihan-pilihan lain bagi menaikkan seri dan mengurangkan kebosanan pada gubahan anda.
Cadangan hantaran untuk bakal pengantin:
Barangan elektronik, pakaian, hiasan buah, manisan,set barang kemas, sepang telekung dan kain pelekat, tepak sirih dan sebagainya.
Sebaik sahaja gabungan barangan telah ditetapkan, maka inilah masanya untuk pergi membeli-belah. Tetapi, sebelum anda menyerbu KLCC, Sogo, AEON, IOI Mall, Pavillion dan sebaginya, pastikan anda bersedia dengan satu senarai barang yang lengkap – merangkumi barang hantaran dan aksesori hiasan dulang untuk gubahan. Apa lagi belilah majalah Pesona Pengantin checklist sudah tersedia ada, tak payahlah susah-susah hendak taip atau print lagi.
Ini penting terutamanya apabila anda membeli barangan ini ketika hujung tahun semasa Year End Sales (YES). Kompleks membeli-belah atau ekspo pengantin pada waktu ini selalunya akan penuh sesak dengan orang ramai. Mereka ingin berebut mendapatkan potongan diskaun yang menarik. Ambil peluang ini untuk membeli hantaran pertunangan dan hantaran kahwin anda.
Antara barangan wajib dan klasik yang tidak patut anda tinggal adalah:
Barangan di atas telah dimasukkan di dalam senarai gubahan dulang sejak turun-temurun, maka moleklah anda memasukkannya juga untuk dulang anda. Ianya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!
Akhir sekali, tip terakhir memilih barang hantaran perkahwinan yang ingin kami kongsikan dengan anda adalah jangan berlebih-lebihan. Dulang hantaran hanyalah secebis daripada keseluruhan majlis perkahwinan anda. Ada banyak lagi kos lain yang perlu difikirkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita boleh tunjuk kebolehan dan kemahiran terbaik yang ada pada diri untuk memastikan ibu mertua dapat menaruh kepercayaan pada anak kesayangan mereka untuk hidup bersama kita.
Bagaimanapun, apabila telah berjuang dengan bersungguh-sungguh, pemikiran negatif mesti terpancar, seperti jelas mereka tidak menyukai kita.
5 TANDA IBU MERTUA TIDAK SUKA PADA KITA
1. ABAIKAN KITA
Cuba ingat lagi, adakah mereka sering menjemput kita berbincang atau berbual bersama? Jika tidak, perlu berhati-hati kerana ini boleh menjadi tanda yang mereka tidak suka pada kita.
Dia tidak akan memasukkan kita dalam perbincangan keluarga tentang masa depan dan dia tidak akan menjemput kita untuk berkunjung ke rumahnya.
2. TINGGALKAN KITA
Apabila tidak menyukai kita, ibu mertua akan merasakan yang dia telah menghabiskan masanya jika terpaksa meluangkan masa dengan kita. Sebolehnya, ibu mertua akan meninggalkan kita bersendirian untuk mengelak daripada bercakap dengan kita.
3. TIDAK BERMINAT DENGAN DIRI DAN HIDUP KITA
Salah satu tanda utama ibu mertua tidak menyukai kita, mereka kurang bertanya tentang diri dan perkara yang berkaitan dengan hidup ini. Ibu mertua seolah tidak berminat untuk mengenali atau tahu tentang perkara berkaitan hidup kita.
Sekiranya ini berlaku, Kimberly Hershenson, seorang ahli terapi, mencadangkan bahawa kita boleh memberitahu semua perkara yang berlaku walaupun tidak ditanya.
4. MENGUTUK SEMUA YANG KITA LAKUKAN
Kritik apa sahaja yang kita buat. Bermula dari solekan, cara berpakaian, rasa masakan, bagaimana cara kita mendidik anak-anak dan sebagainya. Semua kekurangan kita didedahkan secara terperinci dan jelas.
5. SUKA BANDINGKAN
Selalunya ada kelebihan yang mereka temui pada menantu yang lain atau menantu kawannya. Kelebihan ini entah bagaimana dikaitkan pula dengan kekurangan kita. Dalam kes ini, kita akan rasa menjadi seorang menantu yang paling teruk di dunia.
BACA>>>> Suami, Apa Perlu Buat Kalau Isteri dan Ibu Anda Tidak Berapa OK?
SUMBER: AliffChannel
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai wanita pastinya anda mengharapkan pasangan serius saat menjalinkan hubungan, selain mengimpikan agar hubungan ini akan berakhir dengan satu ikatan perkahwinan. Hubungan yang serius boleh dilihat melalui niat pasangan dalam memelihara keharmonian sepanjang bersama.
Masalah akan timbul jika salah seorang daripada anda berfikir tentang hubungan sebagai metode sementara untuk menghabiskan waktu, selain menganggap hubungan yang dijalinkan tidak serius. Ketika seseorang tidak serius tentang hubungan, biasanya akan terlihat menerusi tingkah laku serta tanda-tanda lainnya. Oleh itu cuba perhatikan pasangan anda, adakah dia serius menjalinkan hubungan ataupun mungkin sekadar main-main dengan anda.
Jika anda menemui satu atau dua daripada tanda-tanda ini, ia bukanlah jaminan teman lelaki anda serius. Cuba lihat setidak-tidaknya tiga daripada tanda-tanda ini, di samping anda juga perlu memerhatikan faktor-faktor lain.
1. SELALU BERKOMUNIKASI
Tanda-tanda kuat seorang lelaki serius dalam sesebuah hubungan apabila dia mempunyai perancangan jangka masa panjang dengan anda. Semakin serius sesebuah hubungan, seorang lelaki akan berfikir tentang masa depan untuk bersama anda dengan lebih jauh bahkan kadang-kadang berfikir sehingga ke sebuah perkahwinan.
Berlainan dengan lelaki yang tidak serius dalam hubungan, dia biasanya jarang menghubungi anda, mengabaikan anda, tidak menjawab panggilan telefon, tidak menjawab SMS dan sebagainya. Lelaki sebegini hanya fokus pada kesenangan jangka pendek. Jika anda juga hanya terfikir menjalinkan hubungan dengannya untuk masa jangka pendek, maka itu boleh mendatangkan kerugian.
2. GAMBARAN TENTANG REAL LOVE
Wanita sebenarnya boleh membaca situasi hubungan dengan lelaki, walaupun hanya dengan perbincangan kecil yang berdurasi pendek. Jika lelaki yang anda kenali memang mempunyai perasaan cinta yang serius, dia akan memberikan gambaran tentang masa depan hubungannya dengan anda. Oleh sebab itu, ajaklah pasangan anda berbincang secara serius dan kemudian amati serta semak apa yang dia sampaikan.
3. BERCERITA TENTANG PERIBADI
Ketika seseorang tidak serius tentang hubungan yang dijalaninya, dia biasanya akan menjaga jarak dengan anda. Dia mungkin tidak memberitahu anda tentang peribadi dirinya. Dia lebih banyak berahsia atau berdolak-dalik dalam percakapannya dengan anda. Itu tandanya dia hanya ingin menjadikan anda sebagai teman persinggahannya sahaja.
4. APAKAH DIA BERBOHONG?
Cara terbaik untuk mengetahui adakah hubungan itu serius atau tidak, ialah dengan meminta orang lain menyelidik apa yang dia sampaikan kepada anda. Jika apa yang disampaikannya tidak benar, maka ada baiknya anda juga perlu membatasi hubungan dengan lelaki sebegini. Ingat! Lelaki yang cenderung tidak setia merupakan lelaki yang sering berbohong.
5. BERTEMU ORANG TUA
Salah satu tanda-tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki serius tentang hubungan apabila dia berusaha untuk memperkenalkan anda kepada orang tuanya. Jika lelaki senang untuk memperkenalkan anda kepada orang tuanya, maka ada indikasi dia ingin menjamin sesuatu yang lebih “serius” dengan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 9 September 2026, genap 22 tahun usia perkahwinan pasangan diraja Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan...