Bakal pengantin semua dah siap sedia ke segala persiapan untuk berkahwin? Kalau sudah, anda memang seorang yang teratur. Tapi jangan siapkan persiapan barang perkahwinan sahaja. Persiapan diri juga perlu.
Persiapan diri anda sebelum bernikah, anda kena tahu apa yang perlu anda lakukam sebelum, semasa dan selepas bernikah. Senang sahaja. Ikut sahaja langkah ini okay!
Ads
Ads
Ads
SEBELUM AKAD NIKAH
Datang awal ke tempat akad nikah supaya anda lebih bersedia.
Pastikan bawa kad pengenalan dan mas kahwin.
Ambil wuduk.
Sagu hati kepada tok kadi dan saksi jangan lupa. Survey sekali berapa harganya.
Relaks, senyum, tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
SEMASA AKAD NIKAH
Dengar dengan teliti khutbah nikah yang dibaca oleh tok kadi sebelum pernikahan bermula.
Saat paling mendebarkan bila upacara akad nikah bermula.
Bacaan taklik. Isteri perlu dengar betul-betul lafaz taklik ini dan suami perlu fahami apa yang dilafazkannya.
Jangan lupa berikan sagu hati kepada tok kadi dan 2 orang saksi tadi.
SELEPAS AKAD NIKAH
Solat sunat selepas nikah dahulu.
Penyerahan mas kahwin.
Upacara pembatalan air sembahyang – sarung cincin, gelang, rantai, atau barang-barang lain.
Bersalaman dan isteri mencium tangan suami.
Bersalaman dengan ahli keluarga lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tarikh majlis semakin dekat dan perasaan anda semakin gementar untuk menempuh hari besar anda. Anda perlukan sesuatu yang mampu menaikkan keyakinan anda. Di bawah disenaraikan beberapa persediaan yang boleh anda lakukan dalam minggu-minggu terakhir sebelum majlis yang mampu memberi kelegaan kepada anda dan seterusnya meningkatkan keyakinan anda, selain membantu melancarkan lagi perjalanan majlis anda.
Walaupun mungkin anda telah pun memeriksa ramalan cuaca lama dahulu semasa ingin memilih tarikh yang bersesuaian, ada kemungkinan ramalan itu telah berubah atau dikemaskini sesuai dengan perkembangan terbaru yang diterima oleh pakar kaji cuaca tersebut. Makanya, dengan memeriksa ramalan kaji cuaca yang terkini mampu memberikan anda persediaan yang lebih baik dan membuatkan anda lebih yakin.
Manjakanlah diri anda dan pasangan dengan rawatan Spa ataupun salon yang bersesuaian. Kemaskan rambut dan yang mana bersesuaian. Mungkin juga professional shave untuk pengantin lelaki agar anda nampak lebih segak dan bergaya di hari majlis nanti. Namun, elakkan untuk lakukan apa – apa rawatan muka pada tempoh ini. Rawatan muka seharusnya dilakukan lebih awal kerana sekiranya anda lakukan rawatan muka di minggu – minggu akhir ini, siapa tahu mungkin anda mendapat alahan disebabkan produk tidak sesuai dengan kulit muka anda dan sebagainya.
Kekemasan diri adalah tanggungjawab kita sendiri. Jika ada bulu hidung yang dah ‘melebihi paras’ tu, cabutlah. Potong kuku, facial hair yang tidak dikehendaki dan jangan lupa tidur dengan cukup untuk elakkan muka sembam. Jika ada modal lebih, tidak salah sekiranya anda laburkan sedikit untuk lakukan rawatan pemutihan gigi atau rawatan gigi lain.
Ambil sedikit masa untuk kumpulkan keluarga untuk anda berikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan majlis yang telah anda rancang. Kebiasannya, ini dilakukan ketika semua ahli keluarga telahpun berkumpul bagi meraikan majlis anda yang akan tiba satu atau dua hari lagi.
Akhir sekali, banyakkan doa dan bertawakal kepada tuhan agar majlis anda berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang dan sentiasa redha dengan perkara luar kawalan yang mungkin akan mencacatkan majlis anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita yang meninggalkan puasa wajib menggantikan puasa tersebut sebelum bermulanya Ramadan. Namun, masih terdapat sesetengah wanita yang tidak sempat menggantikan puasa atas alasan tertentu.
Sekiranya perkara ini terjadi, anda perlu membayar fidyah. Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, anda diibaratkan berhutang kepada Allah. Jangan memandang ringan hal ini.
Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
1. Tetapkan Negeri Anda
Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.
2. Buat Kiraan
Seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:
RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40
3. Buat Bayaran
Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.
Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.
Ini cara jika anda mahu membayar fidyah menggunakan Maybank2U:
1. Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
2. Klik ‘Zakat & Charity’
3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing
4. Pilih ‘Fidyah’
5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!
Tetapi ia bergantung kepada jenis bank atau negeri. Ada sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online. Jika tiada pembayaran online, lakukan secara manual.
Jadi, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa.
Salah ke isteri periksa telefon suami setiap hari? Sebelum berlaku keraguan atau rumah tangga goyang, lebih baik orang rumah berjaga-jaga dengan tindakan ini.
Nak-nak zaman sekarang banyak sangat kes rumah tangga musnah disebabkan orang ketiga atau kata lain pasangan curang.
Ramai yang mula rasa takut jika perkara yang sama menimpa dalam rumah tangganya. Malah ada yang rasa macam terkongkong cara itu dipraktik dan kebanyakan suami mula mempersoalkan tindakan isteri yang dianggap keterlaluan.
Menjelaskan mengenai trend semasa yang berlaku ketika ini, pendakwah Asma’ Harun tampil berkongsikan sirah Nabi Muhammad SAW.
“Pada suatu malam, Aisyah berpura-pura tidur… tiba-tiba Rasulullah memakai pakaiannya senyap-senyap supaya Aisyah tidak sedar.
“Kemudian Rasulullah keluar perlahan-lahan. Aisyah kemudian mengekori Rasulullah sehingga sampai di kawasan perkuburan umat Islam dan berdoa.
“Selepas selesai, Aisyah berlari-lari anak supaya Rasulullah tidak mengetahuinya… apabila Rasulullah kembali, Baginda menegur Aisyah kenapa tercungap-cungap,” ujarnya.
Menurut Asma’ lagi, Aisyah menceritakan apa yang telah dilakukan.
Bagaimanapun katanya, Rasulullah tidak memarahi mahupun menyatakan perbuatan yang dilakukan itu berdosa.
“Rasulullah tak kata berdosa intip suami… Rasulullah meraikan fitrah wanita yang ada rasa cemburu, rasa syak wasangka,” tambahnya.
Berkata lanjut, Asma’ berkata, wanita masa kini turut melakukan perkara sama termasuk memeriksa kandungan telefon suami masing-masing.
Malah katanya, kupasan daripada para ulama menyatakan tindakan perbuatan tersebut tidak salah.
“Bagi saya dalam zaman sekarang, memang kena ada pengawasan seperti itu (check phone) supaya kalau ada perkara yang tidak elok, kita boleh tegur suami.
“Kalau suami yang baik, dia boleh terima teguran,” ujarnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...