Bakal pengantin semua dah siap sedia ke segala persiapan untuk berkahwin? Kalau sudah, anda memang seorang yang teratur. Tapi jangan siapkan persiapan barang perkahwinan sahaja. Persiapan diri juga perlu.
Persiapan diri anda sebelum bernikah, anda kena tahu apa yang perlu anda lakukam sebelum, semasa dan selepas bernikah. Senang sahaja. Ikut sahaja langkah ini okay!
Ads
Ads
Ads
SEBELUM AKAD NIKAH
Datang awal ke tempat akad nikah supaya anda lebih bersedia.
Pastikan bawa kad pengenalan dan mas kahwin.
Ambil wuduk.
Sagu hati kepada tok kadi dan saksi jangan lupa. Survey sekali berapa harganya.
Relaks, senyum, tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
Ujian kesihatan pra-nikah atau yang juga dikenal dengan pre marital check up perlu dijalani bagi mereka bakal pengantin. Sebahagian merasa takut untuk memeriksakan kesihatan kerana bimbang akan mendapatkan penyakit yang akan diderita dan sebahagian lagi kerana belum mengetahui akan pentingnya ujian kesihatan pra-nikah ini.
Sebaiknya anda perlu segera melakukan ujian kesihatan pra-nikah untuk menghindari permasalahan di masa akan datang. Idealnya pemeriksaan kesihatan ini dilakukan satu bulan sebelum anda melangsungkan hari perkahwinan.
Bagi anda yang ingin melakukan ujian kesihatan pra-nikah, anda perlu tahu beberapa ujian kesihatannya.
Secara umum, pemeriksaan ini akan mengetahui tentang komponen darah anda dari apakah anda menderita anemia, leukimia, hidrasi, dehidrasi ataupun sekadar mengetahui kesesuaian jenis darah anda. Jika dilakukan secara rutin, tentu manfaat yang akan anda dapatkan banyak.
Menerusi pemeriksaan urin, doktor akan dapat mengesan penyakit metabolik atau sistemik yang terjadi pada ginjal anda. Biasanya , jika anda kekurangan minum dan selalu menahan kencing maka risiko penyakit yang kamu derita akan tinggi. Tentunya hal ini akan mempengaruhi nantinya jika anda mengalami kehamilan dan keadaan buah pinggang anda. Makanya, lakukan pola hidup yang sihat, rajin minum air putih dan jangan menahan kencing agar tidak memudaratkan kesihatan.
Ujian ini dilakukan dengan cara mengambil sampel darah kamu, lalu hasilnya akan dapat diketahui dengan reaksi dari antibodi yang anda hasilkan. Hasil dari ujian ini juga dapat mengetahui apakah anda menderita beberapa penyakit seperti HIV, malaria ataupun sifilis.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk mencegah jangkitan hepatitis B kepada pasangan melalui hubungan seksual, dan beri kesan buruk kepada janin seperti cacat dan kematian akibat penularan kongenital sepanjang kehamilan.
Penyakit kelainan merupakan hal yang mengerikan yang tentunya harus anda ketahui sejak awal. Agar itu tidak terjadi, segera lakukan pemeriksaan awal terhadap berbagai kemungkinan penyakit ketika masa awal kandungan. Maka risiko kehamilan seperti keguguran, bayi lahir pra matang ataupun berbagai macam penyakit bawaan lainnya dapat anda hindari.
Dalam sebuah perkahwinan, memiliki keturunan ialah suatu hal yang menjadi dambaan setiap pasangan. Agar memiliki keturunan yang baik, tentunya keadaan alat reproduksi anda harus baik pula. Lakukanlah pemeriksaan rutin pada organ reproduksi anda untuk mengetahui keadaan rahim, saluran telur, dan bahagian sekitar tiub fallopian. Sementara untuk mempelai lelaki, keadaan penis, skrotum, prostat dan hormon FSH sangat penting untuk diperiksa.
Beberapa tahap ujian kesihatan pra-nikah di atas merupakan gambaran daripada pemeriksaan yang nantinya akan anda dapatkan. Mengingat pentingnya pemeriksaan ini, maka sebaiknya anda wajib lakukan segera demi untuk kesihatan di masa hadapan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang selepas melahirkan anak kedua kali ini memberi tekanan emosi kepada Hanum (bukan nama sebenar) jika dibandingkan dengan kelahiran anak pertamanya apabila dia membuat keputusan untuk berpantang sendiri tanpa bantuan orang lain.
Hanum fikir, dia tidak mahu menyusahkan ibunya di kampung dengan berpantang sendirian tambahan merasakan sudah mempunyai pengalaman melahir anak sebelum ini.
Namun, fikirannya mula terganggu apabila penat menguasai badannya dalam menjaga bayi yang baru lahir dan anak pertamanya yang masih kecil. Bayinya kali ini berbeza dengan kakaknya, lebih meragam di waktu malam membuatkan Hanum kepenatan. Bila susu badannya berkurangan, tekanan semakin bertambah buat dirinya dan berasa tidak berguna kepada keluarganya.
Hanum mula kemurungan, menangis ketika menyusukan anak malah ada ketika dibiarkan anaknya menangis tanpa berusaha menenangkannya. Dia juga mula rasa tidak disayangi suaminya dan kesunyian akibat berpantang sendiri.
Mujur suaminya cepat menyedari perubahan sifat Hanum yang kemurungan dan tidak ceria seperti biasa. Apabila dibawa berjumpa doktor, doktor mengesahkan yang Hanum mengalami simptom kemurungan lepas bersalin (pospartum depression) dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan psikosis lepas bersalin (postpartum psychosis) atau lebih dikenali sebagai meroyan.
Masalah yang dihidapi Hanum bukanlah kes terpencil malah ramai sebenarnya ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin sama ada mendapatkan bantuan pakar atau tidak. Dia beruntung kerana orang yang paling rapat dengannya iaitu suaminya menyedari kelainan pada Hanum dan segera mendapatkan bantuan pakar.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang wanita yang dipercayai mengelar bayinya sehingga mati setelah mendengar ‘bisikan’ untuk melakukan perbuatan tersebut. Begitu juga berita sebelum ini yang mana seorang wanita membunuh diri kerana dikatakan tidak berjaya menyusukan anaknya.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, psikosis selepas bersalin atau royan berlaku kepada satu hingga dua orang setiap 1,000 orang wanita yang baru bersalin.
“Gangguan mental selepas bersalin terbahagi kepada tiga kategori iaitu maternal blues (murung bayi), kemurungan selepas bersalin dan psikosis selepas bersalin.
“Walaupun peratusan meroyan berakhir dengan tragedi adalah rendah, namun perlu diberi perhatian serius dengan menyegerakan rawatan supaya dapat mengelakkan perkara ini berlarutan.
“Orang yang rapat dengan individu tersebut seperti keluarga terutamanya suami seharusnya lebih peka dan ambil berat akan perubahan yang berlaku terhadap ibu yang baru bersalin. Simptomnya agak jelas seperti emosi tidak stabil, tidur terganggu, percakapan tidak seperti biasa dan lebih sensitif daripada kebiasaan.
“Malah, perlu ingat setiap kelahiran adalah berbeza, jika sebelum ini wanita tersebut tidak mengalami gangguan mental selepas bersalin ia tidak terkecuali untuk menghidapinya untuk kelahiran seterusnya,” ujar Dr. Muhammad Muhsin.
Selain itu, para suami perlu lebih bertanggungjawab dengan membantu isteri yang baru lepas bersalin bagi mengurangkan bebanan mereka. Konsep lepas tangan dan urusan rumah tangga hanya dipertanggungjawabkan ke atas wanita perlu ditepis.
Tambahnya, selain ahli keluarga yang rapat dengan pesakit, tanggungjawab untuk mengenal pasti mereka yang mengalami gangguan mental selepas bersalin boleh digalas oleh jururawat dan doktor yang merawat mereka selepas bersalin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetangah yang menganggap isteri ini umpama cuaca, selalu tidak dapt diduga. Kadang kala okay, kadang pula tidak. Jadi, kesimpulannya biarkan sahaja.
Sebenarnya tanggapan suami itu sangat salah. Isteri memang selalu tidak dapat diduga. Tapi itu tidak bermaksud suami perlu abaikannya dan biarkan sahaja. Mungkin ada sesuatu yang dia pendam dan sedih dari anda. Macam mana nak tahu? Lihat ni.
1. Selalu marah
Percayalah isteri marah tu bukan suka-suka sahaja. Mesti ada sebab kenapa isteri anda selalu marah anda. Sebagai suami anda kenalah peka dengan keadaan rumah tangga anda.
2. Menolak untuk melakukan hubungan intim
Kalau hatinya tidak dijaga, mana mungkin dia merelakan untuk melakukan hubungan intim bersama anda. Kebiasaanya isteri yang tidak bahagian akan menolak permintaan untuk bersama kerana sebab tertentu dan mungkin berpunca dari diri anda juga.
3. Kurang bersembang
Ini adalah salah satu faktor yang anda perlu tahu tentang wanita. Mereka jenis banyak bercakap dan suka bersembang. Namun, mereka mungkin mengalami masalah jika mereka makin kurang bersembang. Malah, mereka memilih untuk mendiamkan diri.
4. Mula fikir tentang dirinya sendiri
Jika wanita itu tidak bahagia dalam perkahwinannya dia akan mula memikirkan sesuatu untuk masa depannya dan apa yang bakal terjadi. Ambil langkah segera jika anda tidak mahu kehilangannya!
5. Lebih suka simpan rahsia seorang
Jika anda rasakan seperti isteri anda menyembunyikan sesuatu daripada anda, cepat-cepatlah ajaknya untuk berbincang. Ambil tahu apa masalahnya dan apa yang berlaku. Bahaya juga kalau mereka mula simpan rahsia dari anda!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...