Kita sering berdepan dengan lelaki yang sudah berkahwin, berseloroh dengan mengatakan dirinya bujang. Walaupun tahu perkara ini cuma main-main, namun seorang lelaki yang sudah berkahwin haruslah sentiasa berhati-hati ketika menuturkan sebarang kata. Merungkai persoalan tentang “Hukum suami mengaku bujang?”, ini jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz.
Saya ada satu soalan nak tanya ustaz. Ada seorang hamba Allah datang bertanya kepada saya. Ceritanya secara ringkas begini. Si isteri pulang ke kampung dengan membawa anaknya sekali. Dan semasa di airport, isteri ada bertanya kepada suami kenapa mesti memakai pakaian cantik-cantik sedangkan hnya ke airport. Dan si suami membalas dengan berkata. “Nak keluar lah sekejap lagi, kan bujang hari ni”. Tapi hakikatnya hanyalah dengan niat gurauan tanpa ada maksud begitu. Adakah kata-katanya itu sebenarnya telah terjatuh talak kepada isteri dia? Kerana ada kawan isterinya memberitahu walaupun dengan gurauan, hakikatnya telah jatuh talak. Boleh Tuan Mufti jelaskan. Sangat berharap Tuan Mufti boleh memberi penjelasan tentang perkara ini.
JAWAPAN:
Waalaikumusslam wbt,
Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:
Ads
Pertama: Sighah Sarih
Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekali pun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak”. Maka tetap tidak diterima penafian itu.
Kedua: Sighah Kinayah
Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu. Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “Engkau telah kosong”, “engkau bebas”, “baliklah ke rumah ibu bapamu” dan “engkau telah halal”.
Ads
Dalam kes di atas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekali pun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:
Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga.
Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya.
Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda.
Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.
Begitulah seterusnya.
Ads
Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak. Jika termasuk sekali pun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda. Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripaad sebarang kekeliruan.
Wallahua’lam.
“SESUNGGUHNYA… LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rata-rata bakal pengantin memilih untuk berjimat-cermat dalam merancang perbelanjaan majlis perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun, kos majlis perkahwinan semakin meningkat berikutan kenaikan kos hidup. Ramai mendapati bajet yang telah ditetapkan tidak mencukupi kerana mereka terpaksa menanggung beberapa kos ‘tersembunyi’ yang sering terlepas pandang.
Beberapa kos ‘tersembunyi’ dalam merancang majlis perkahwinan harus diberi keutamaan agar bajet anda masih terkawal. Walaupun kos ini dianggap remeh namun jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan menjadi tinggi.
Jom kita lihat kos-kos tersembunyi yang wajib anda ketahui dalam merealisasikan sesebuah majlis perkahwinan!
1. KURSUS KAHWIN
Walaupun kos untuk kursus kahwin dianggap rendah, namun ia tetap menjadi bebanan kepada bakal pengantin yang kurang berkemampuan. Kos tambahan seperti kos pengangkutan, kos penginapan dan kos makan untuk ke lokasi tersebut perlu diambil kira sekiranya bakal pengantin berkursus di luar kawasan.
2. BARANG HANTARAN
Kedua-dua pihak wajib mengambil kira kos yang diperlukan untuk membeli barang hantaran sebagai pemberian kepada pasangan masing-masing. Kos pembelian hantaran ini tidak termasuk dalam wang hantaran. Pastikan kos barangan hantaran dimasukkan dalam bajet perkahwinan dan barang yang dibeli berpatutan dengan kos yang anda mampu.
3. MAJLIS AKAD NIKAH
Walaupun mungkin majlis akad nikah dibuat secara ringkas dan sederhana, ia sebenarnya memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, bakal pengantin perlulah mengambil kira kos majlis pernikahan, selain perbelanjaan untuk majlis resepsi sekiranya kedua-dua majlis diadakan pada hari dan tempat yang berbeza.
4. MAKANAN & MINUMAN
Di sini bakal pengantin mampunyai dua pilihan sama ada menggunakan khidmat katering atau menyediakan sendiri makanan secara bergotong-royong. Kedua-dua pilihan mempunyai perbelanjaan tersembunyi masing-masing. Pihak pengantin perlu berhati-hati memilih pakej katering agar anda tidak terperangkap dengan cas tambahan seperti sewaan kanopi, pelayan dan sebagainya.
5. BUNGA TELUR & CENDERAHATI
Kos pembelian ini sering dipandang remeh dan tidak dimasukkan ke dalam bajet perkahwinan. Untuk mengelakkan perbelanjaan di luar jangka, bakal pengantin boleh membuat inventori dan senarai yang tepat bagi setiap bahan yang hendak dimasukkan ke dalam uncang hadiah. Sebaik-baiknya, bahan untuk uncang hadiah itu dibeli secara pukal untuk mendapatkan harga borong. Elakkan juga penambahan item pada saat-saat akhir.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makanan organik tidak hanya baik buat anda yang sedang menjalankan diet agar kelihatan berseri dalam balutan busana pengantin. Mengambil makanan organik juga boleh membuat wajah anda tampil lebih cerah dan bersinar di hari perkahwinan.
Istilah organik sendiri hadir dari produk tanaman yang tidak menggunakan bahan kimia atau baja buatan, sehingga memberikan manfaat maksimum baik bagi tubuh. Ikuti tip sihat dengan makanan organik, agar manfaatnya dapat dirasakan.
1. Sesuaikan dengan keadaan tubuh
Jangan lupa untuk berbincang dengan pakar nutrisi atau doktor anda apabila mengikuti pola diet dengan makanan organik, kerana keadaan tubuh setiap orang tentunya berbeza-beza, begitupun dengan kebiasaan hidup sehari-harinya.
Jangan sampai diet makanan organik menjadi boomerang bagi kesihatan kerana dilakukan dengan cara yang salah.
2. Siapkan anggaran perbelanjaan
Makanan organik memang biasanya harganya lebih mahal daripada makanan biasa.
Namun, makanan organik biasanya mengandungi 25 peratus vitamin yang diperlukan, kerana pengambilan makanan organik akan lebih efektif bagi yang ingin mengurangi berat badan. Daripada harus mengambil suplemen kesihatan untuk diet yang juga terasa lebih mahal
3. Disiplin dalam memilih
Kawal pemakanan seharian. Sebaiknya ambil makanan organik di salah satu waktu makan besar saja, misalnya ketika sarapan atau makan tengah hari. Untuk jam makan lainnya, pilih menu makan yang rendah lemak dan rendah kalori.
4. Fahami kandungan nutrisinya
Walaupun hanya mengambil makanan organik satu kali dalam sehari, luaskan pengetahuan tentang nutrisi makanan.
5. Lakukan detoks
Detoks dimulai ketika mula mengambil makanan organik. Ini kerana makanan organik biasanya lebih sihat dan tidak mengandungi racun yang ada di dalam tubuh, imbangi dengan menjauhi kudapan berkalori rendah namun mengandungi bahan pengawet. Jaga tubuh tetap bersih agar manfaat makanan organik cepat terasa dan tidak sia-sia.
Itulah beberapa tip untuk melakukan diet dengan makanan organik yang boleh anda terapkan sampai hari perkahwinan tiba. Kalau boleh, jalani terus pola makan sihat ini bersama pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk mengumpul wang demi mendirikan rumah tangga sememangnya satu agak sukar. Apatah lagi jika anda mempunyai gaji yang kecil dan cukup-cukup makan. Ia memerlukan masa untuk mengumpul wang tersebut.
Antara jalan mudah dan cepat untuk berkahwin tentunya dengan membuat pinjaman bank. Bukan setakat buat majlis kahwin, anda boleh honeymoon ke luar negara menggunakan duit tersebut. Tak perlu susah-susah nak simpan duit dan ikat perut.
Perkara ini sebenarnya sangat membimbangkan kerana kehidupan selepas berkahwin memerlukan lebih banyak wang berbanding majlis perkahwinan itu sendiri.
Jika anda berhutang, anda mungkin bakal berdepan dengan masalah-masalah ini selepas berkahwin nanti:
1. Semakin besar hutang, semakin terbeban
Ramai yang tidak sedar atau mereka sebenarnya tidak ambil peduli tentang hal ini. Apabila anda membuat pinjaman yang besar, ia akan membebankan diri anda. Mana tidaknya, anda perlu membayar hutang serta bunga yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut. Sukar untuk anda lari dari bebanan ini. Jika anda melengahkan bayaran, semakin tinggi beban yang terpaksa ditanggung.
2. Ambil masa yang lama untuk selesaikan
Nak pinjam duit untuk majlis perkahwinan tidak cukup hanya seribu atau dua ribu. Tentunya anda akan meminjam belasan atau puluhan ribu. Tentu anda tidak mampu selesaikan dalam dua atau tiga bulan. Paling tidak, anak dah 3 pun hutang masih belum selesai.
3. Tambah hutang makin kurang keselesaan rumah
Anda pasti akan terbeban dengan hutang-hutang seperti hutang kereta, perkahwinan, rumah dan banyak lagi. Pastinya keadaan ini buat anda tidak selesa dan keadaan di rumah terabai. Mana tidaknya, wang yang sepatutnya digunakan untuk memberi keselesaan di rumah perlu digunakan untuk membayar hutang.
4. Perlu tunda keinginan dan kemahuan
Apabila berhutang, anda perlu bersedia banyak perkara. Keinginan dan kemahuan anda juga terpaksa disekat. Anda tidak boleh membeli barangan idaman anda.
5. Punca salah faham dan perbalahan
Bila anda tertekan dengan bebanan hutang, secara tidak langsung ia akan menyebabkan terjadinya perbalahan antara anda dan pasangan. Tekanan itu terpaksa anda tanggung seorang diri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!