Ramai wanita yang sudah tahu kebaikan asid folik lebih-lebih yang sedang hamil atau yang sudah mempunyai zuriat. Bagi wanita yang belum berumahtangga mungkin mereka tidak ada idea mengenai kebaikan dan kepentingan asid folik ini. Bagi kaum lelaki, kebaikan asid folik untuk kesuburan lelaki sering diambil mudah.

 

Kali ini, kita fokuskan kebaikan asid folik untuk diamalkan kaum lelaki. Pastinya pasangan yang berkahwin ingin memilik zuriat, tak kurang juga yang ingin menambah zuriat. Sebelum kita mengetahui informasi ini lebih lanjut, perlu dijelaskan asid folik BUKAN jalan pintas untuk membuatkan isteri cepat hamil.

 

IKLAN

Melalui perkongsian di Hello Doktor, asid folik sangat penting untuk kesuburan lelaki. Menurut kajian, ia mengandungi nutrisi yang mampu memberi impak terhadap kualiti genetik sperma.

 

Ia berfungsi mengurangkan kecacatan kromosom sperma dan merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis (proses pembentukkan sperma). Selain itu nutrien ini juga memainkan peranan yang sangat besar dalam mencegah beberapa kondisi kesihatan, termasuklah:

IKLAN

 

  • Masalah jantung (membantu merendahkan tahap homocysteine)
  • Masalah otak (membantu kognitif berada pada tahap normal)
  • Beberapa jenis anemia
  • Cirit -birit dan masalah sistem pencernaan yang lain
  • Penyakit kardiovaskular contohnya strok

 

Apakah sumber utama asid folik?

IKLAN

Bagi mendapatkan nutrien ini dengan secukupnya, anda perlu tahu sumber kebaikan asid folik. Berikut merupakan contoh makanan dan suplemen yang kaya dengan folat dan perlu ada dalam menu seharian anda:

 

  • Sayur-sayuran seperti brokoli, asparagus dan bayam
  • Buah-buahan seperti pisang, avokado dan strawberi
  • Kekacang seperti lentil dan kacang kuda
  • Daging seperti daging lembu, ayam, itik dan telur
  • Suplemen vitamin B yang telah diperakui oleh pakar perubatan

 

Apakah kebaikan asid folik?

 

  • Salah satu vitamin yang tergolong dalam kumpulan B
  • Ia adalah folat yang terkandung dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis dan ekstrak daging lembu yang ada secara semula jadi
  • Folat yang terkandung dalam makanan boleh membantu melindungi bayi di dalam kandungan daripada berlakunya kecacatan tiub neutral (NTD) seperti spina bifida.
  • Spina bifida menjadi pelindung saraf tunjang bayi yang tidak tertutup. Jika kekurangan asid folik, kandungan akan mengalami kerosakan saraf kekal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI