Hari bahagia semakin hampir tetapi anda memiliki masalah muka yang berminyak. Pastinya ini akan membuatkan kulit wajah anda berasa tidak selesa malah akan menyebabkan muka anda mudah untuk tumbuh jerawat. Bakal pengantin tidak boleh mendiamkan diri dengan perkara sebegini.
Sebaiknya anda harus melakukan sesuatu agar anda kelihatan segar di majlis perkahwinan anda. Oleh itu, kami ada sediakan beberapa petua yang dapat menghilangkan masalah muka berminyak secara semulajadi.
1) Lemon
Untuk mengatasi kulit wajah yang berminyak, perahkan sedikit lemon dalam satu sudu makan. Kemudian, sapukan air lemon di kulit wajah anda. Biarkan selama 15 ke 20 minit dan bilas dengan air sejuk. Jangan lakukan secara kerap kerana buah lemon mempunyai kandungan asid yang tinggi. Buat sekitar 3 kali seminggu sudah memadai bagi mendapatkankan hasil.
2) Bedak Sejuk
Petua ini sering diamalkan oleh ibu atau nenek moyang kita kerana kebaikan yang ada pada bedak sejuk membawa hasil yang baik pada kulit wajah. Bedak sejuk dapat menyerap minyak-minyak yang berlebihan pada kulit muka kita serta menanggalakn sel-sel mati pada kulit wajah. Sesuai dipakai pada waktu malam sebelum tidur.
3) Tembikai
Buah tembikai mempunyai beberapa mineral yang terdapat padanya yang cukup baik untuk mengecilkan pori wajah. Cara membuat masker dari buah tembikai adalah kisarkan dahulu buah tembikai. Kemudian tambahkan yougurt asli atau susu. Setelah itu sapukan masker tersebut pada seluruh muka. Tunggu sehingga 30 minit dan bilas dengan air yang bersih.
4) Kurangkan makanan yang berminyak
Makan makanan yang terlalu berminyak akan menyebabkan banyak masalah kesihatan serta gangguan pada kulit wajah. Kurangkan dari pengambilan makanan berminyak dan gantikan dengan makanan yang dimasak kukus atau panggang.
5) Minum air kosong
Pengambilan air kosong yang mencukupi dapat membuang toksin dalam badan yang menyebabkan masalah muka berminyak serta jerawat. Bukan wajah sahaja perlu sentiasa dibersihkan, malah perut juga perlu dibersihkan dengan pengambilan dari air kosong yang mencukupi. Jika kita kurang minum air, kulit akan berasa kering dan lebih teruk lagi boleh mengelupas. Maka, minum air kosong sekurang-kurangnya 2 litre sehari supaya dapat menganjalkan serta melembabkan kulit.
Sumber : kahwinlife
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI