Berseri sungguh air wajah atlet penerjun Malaysia, Dhabitah Sabri dalam majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini, memukau siapa sahaja yang memadangnya.
Maklumlah, jarang nak tengok wajah Nur Dhabitah Sabri ini memakai mekap. Dengan sentuhan magis makeup artistbyfatinani, terserlah keayuan isteri kepada Mohammad Aizat Ahmad Nazri yang lebih dikenali sebagai Jiggy Masin.
Selepas 7 Bulan Berkahwin, Dhabitah Sabri Buat Resepsi
Selepas 7 bulan jadi suami isteri, baru sekarang boleh buat majlis persandingan mereka. Ini disebabkan jadual ketat Dhabitah yang terikat dengan pelbagai latihan dan kejohanan dunia.
Tanggal 11 November lepas akhirnya pasangan mempelai ini diraikan dalam sebuah majlis persandingan penuh meriah dan indah di Royale Palace, Cyberjaya.
Ads
Berkongsi video kemeriahan majlis, ujar Dhabitah, “Alhamdulilah selesai sudah majlis persandingan kami. Thank you everyone for coming to celebrate our happy moments together.
Ads
Kepada yang datang kami nak minta maaf kalau ada kekurangan. Doakan kami sentiasa dimurahkan rezeki dan panjang umur.”
Dhabitah kelihatan anggun menggayakan busana eksklusif bertemakan rona lilac ilham Altelia Amani. Sedondon dengan suami tersayang yang segak dalam persalinan sut.
Ads
Selain diraikan ahli keluarga dan sahabat handai, pasangan romantis ini turut menerima kehadiran Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Hannah Yeoh.
Jelas tergambar kebahagiaan pasangan ini yang nampak serasi, didoakan semoga terus menyulam cinta sehingga akhir hayat.
Bagi anda yang bakal melangsungkan perkahwinan, penjagaan kecantikan bukan sahaja dari segi luaran semata-mata tetapi juga dalaman. Air detoks bukan sahaja bagus untuk membantu proses menurunkan berat badan tetapi dalam masa yang sama menjadikan kulit cantik berseri.
Air detoks berfungsi untuk membuang toksin dalam badan. Penyediaan air detoks sangat mudah. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran.
Melalui perkongsian Afy Al Habibi, wanita ini berkongsi resipi air detoks yang diamalkannya.
Menurut wanita ini, air detoks tersebut menjadikan tubuh segar dan bertenaga. Air detoks ini juga turut digelar ‘air detoks cantik’ kerana manfaatnya bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan luaran dan juga dalaman.
AIR DETOKS CANTIK
Bahan-bahan:
1 cawan air panas
1 uncang teh (lebih elok dan sedap jenama Ahmad Tea London)
1 hiris lemon
2 hingga 4 kuntum bunga kekwa (lalukan air sebelum guna)
1/2 sudu teh madu asli (optional- letak lepas air sudah mula suam)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan di atas dalam satu gelas. Perah sehiris lemon.
2. Biarkan bunga kekwa kembang seketika. Selepas air rendaman menjadi suam-suam kuku, masukkan madu asli.
3. Untuk kesan yang efektif, minum ketika masih suam.
NOTA: Jangan buang kekwa yang direndam. Anda boleh makan sambil mengunyah bunga kekwa itu.
Khasiat bunga kekwa:
*kaya dengan vitamin A dan C. Kedua-dua vitamin ini penting untuk sistem kekebalan tubuh.
*melancarkan peredaran darah.
*menjadikan kulit wajah jadi lebih berseri.
*meningkatkan kesihatan mata.
*mencegah osteoporosis. Kandungan mineral dalam bunga kekwa berrmanfaat untuk kesihatan tulang.
Elok diamalkan sebelum majlis berlangsung. Lagi cepat lagi bagus sebab boleh nampak kulit lebih berseri dan segar.
Sesekali tolong isteri buat kerja rumah, itu tidak menjatuhkan standard seorang suami. Malah akan dihargai dan hilang penat golongan wanita yang bertungkus lumus melengkapkan keperluan keluarga setiap hari.
Jangan kata itu tugas wanita sahaja, sebaiknya bantulah apa yang perlu. Ini kan tanggungjawab bersama.
Tak banyak membantu dalam kerja-kerja rumah, dapat serba sedikit menolong pun dah dapat meringankan urusan rumahtangga.
Seperti yang Guru Bimbingan dan Kaunseling, Abdul Muiez Mohammad Ruslee ini buat, rasanya ramai para isteri rasa berbaloi menguruskan hal rumahtangga jika dapat suami seperti ini.
Jam 11 malam saya akan segera menutup laptop.Cepat-cepat masuk ke dapur untuk membereskan sinki. Benda wajib yang saya perlu basuh setiap hari ialah, bekas makanan. Ada 7 semuanya termasuk bekal isteri.
Selesai di dapur, saya bersihkan ruang tamu. Kalau bersepah, saya kemas dan kalau perlu vakum saya akan buat.
Kemudian, saya akan keringkan baju yang dibasuh menggunakan dryer. Bila pakai baju sukan, ya memang tak perlu digosok tapi perlu dibasuh.Baju sukan ada dua tiga helai sahaja. Itulah yang perlu digilirkan.
Sekitar jam 12 lebih, saya masuk bilik. Buat apa yang patut dan tidur sekitar jam 1 atau 2 pagi.
Itulah suprise yang saya boleh untuk isteri. Kasihan saya melihat dia. Jam 9 lebih, dia sudah masuk tidur. Bangun sebelum jam 5.
Masak apa yang patut untuk dibuat bekal anak-anak dan sediakan sarapan. Setakat ini, tak pernah lagi anak-anak tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Kemudian, sediakan baju untuk semua. Baju sekolah pagi, sekolah petang semua dah disusun dan dimasukkan dalam beg masing-masing. Anak-anak hanya perlu angkat dan masukkan dalam kereta.
Pakaian dalam dryer dikeluarkan dan dilipat jika perlu. Kalau ada yang perlu digosok seperti tudung anak, dia akan buat. Sekitar jam 5.45 pagi, kami dikerah untuk bangun.
Setiap orang sudah tahu giliran mandi. Habis mandi, pakaian sudah siap tersedia. Termasuklah pakaian saya. Dan begitulah rutinnya setiap hari.
Bukan ketika ada anak buah yang bersama kami sahaja. Tetapi sebelum itu lagi. Ya, setiap hari.
Kadang-kadang, seluar dalam dan stoking saya pun dah tersedia di atas katil. Hanya pakai saja.
Saya bukanlah suami yang mahu dilihat baik bila membantu isteri. Tidak. Tapi, kalau begitu rutinnya, tegarkah saya pura-pura tidur untuk tidak membuat apa-apa kerja?
Tak tergamak weh.
Tak bolehkah bagi duit belanja dekat anak? Perlu ke masakkan bekal? Kami dah buat kira-kira. Kalau tak bawa bekal belanja sekolah mereka bertiga boleh mencecah 400 sebulan.
Jadi, duit itu, kami tukar kepada barang basah, agar bukan sahaja anak-anak kami, kawan-kawan mereka juga akan mendapat manfaatnya. Bekal yang dibawa pun boleh dikongsi.
Begitulah isteri saya.
Kadang-kadang dia merungut juga. Selalu saya tulis pasal diri dia di Facebook. Malu. Macamlah orang lain tak buat.
Saya jawab mudah saja. “Kalau tak suami sendiri yang tulis mengenai isteri, siapa lagi?”
Tak ada doa paling tinggi yang saya minta dekat Allah, melainkan masukkan isteri saya ke dalam syurga.
Begitulah manisnya berumahtangga jika saling melengkapi. Moga kita semua mampu bahagiakan pasangan dengan cara paling mudah.
Takut untuk bercerita lebih tentang isu penyondol, penyanyi, Syamel berharap agar rumah tangganya dengan Ernie Zakri dipelihara daripada ujian perkahwinan orang ketiga.
Menurut Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd. Fodzly, 31, isu penyondol adalah perkara sensitif untuk diperkatakan malah, turut memberi kesan terhadap emosinya setiap kali cerita sebegitu muncul dalam media sosial.
“Melihat semua yang berlaku, kami pun takut setiap kali keluar isu begitu sebab melibatkan lelaki dan perempuan.
“Jadi, kami sentiasa ambil pengajaran agar tak terjurumus ke arah itu. Apabila baca terus kami beringat dan berdoa benda yang baik-baik sahaja,” katanya.
Sementara itu, Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, pula berkata, isu penyondol adalah perkara berat untuk diulas malah dirinya akan sentiasa di pihak wanita yang teraniaya.
“Bab sondol menyondol adalah satu perkara isu berat dan pastinya, saya akan menyebelahi wanita yang menjadi mangsa.
“Namun, saya tetap tak boleh nak ulas lanjut sebab tidak memahami situasi dan berada di tempat mereka,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, pelantun lagu Gundah itu berkata, pendiriannya untuk tidak mengulas hal tersebut kerana perkahwinan yang dibinia baru berusia tiga tahun dan masih terlalu banyak perkara harus dipelajarinya sebagai seorang isteri.
“Saya dan Syamel baru berkahwin selama tiga tahun, sebab itu tidak boleh komen isu sondol menyondol itu.
“Apapun, perkahwinan bukan setakat tentang komunikasi tetapi juga saling melengkapi.
“Kalau tidak pandai masak, usahalah. Tonton YouTube dan cuba. Jika suami suka masak lemak cili api, saya akan usaha untuk lakukannya,” ujarnya.
Terdahulu, seorang pemuzik dikenali Anwar Amzah mendakwa dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan Ernie.
Ernie menegaskan dakwaan tersebut mengarut dan dia juga sudah lama diganggu individu terbabit dalam media sosial.
Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha kini berusia dua tahun.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...