Pertama kali kahwinkan anak perempuan, ayah ini gugup sampai ‘ternikah’ dengan menantu
Detik paling beremosi buat seorang bapa yang memiliki anak perempuan adalah ketika di hari pernikahan. Mana tidaknya, kini tanggungjawab yang dulu dipegang oleh bapa kini sudah beralih tangan kepada suaminya pula.
Seperti baru-baru ini yang tular di Twitter, mungkin kerana terlalu beremosi, gugup dan cemas mahu menikahkan anak perempuan, seorang bapa telah tersasul ketika akad dijalankan sehingga mengundang tawa ramai.
Abah nervous sangat ni, ternikah dengan menantu
Video yang dimuat naik oleh pengantin perempuan itu sendiri memaparkan bapa mereka yang kelihatan agak gugup, sepatutnya menyebut nama pengantin perempuan untuk dinikahkan, tetapi sebaliknya dia tersebut namanya sendiri.
Suasana di majlis pernikahan itu diselangi tawa selepas, bapa itu tersasul menyebut namanya sendiri sehingga nyaris dia menikah dengan menantu lelakinya sendiri.
ABAH NERVOUS SANGAT NAK ADA ANAK LELAKI SAMPAI TERNIKAHKAN ABANG IPAR I DGN DIRI DIA SENDIRI LOL PIC.TWITTER.COM/J3IMEHLDZR
— MAIYA (@VMAIYA9) JULY 28, 2019
Pertama kali nikahkan anak perempuan…
Patutlah si bapa gugup sehingga tersasul, rupa-rupanya itu adalah pertama kali mahu menerima menantu lelaki, jadi sudah pastilah ketika perasaan sedang bercampur baur sehingga nama anak lupa nak sebut.
Tweet tersebut yang kini sudah mendapat 13.4 ribu ciapan, mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang geli hati melihat gelagat bapa tersebut.
Jodoh Ibarat Hadiah Misteri, Kita Sendiri Pun Tak Tahu Bila Akan Dapat Hadiah Tu

Jodoh tu ada tapi kita sendiri pun tak tahu siapa yang akan menjadi jodoh kita. Tapi Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada antara kita yang saat ini dia sudah ada calon. Mungkin sudah bertemu mak ayah, bertunang dan sebagainya.
Tapi dia sendiri pun tak pasti adakah orang yang dia kenal saat ini adalah jodoh dia ataupun bukan. Kita hanya mampu merancang dan Allah jua lah yang menentukan.
Allah lebih Maha Mengetahui apa yang paling baik buat para hamba-Nya. Sedang kita tidak mengetahuinya. Bahkan kadang-kadang kita selalu tersilap langkah dalam mentafsir soal hati.
Bukan tak pernah kita tak di hargai sebelum ni kan? Mungkin sakitnya masih terasa sampai ke saat ini. Belajarlah dari bahagia yang gagal kita cipta dulu
Buat kalian yang dah ada someone special tu segeralahkan untuk menghalalkan hubungan yang masih belum halal. Moga Allah permudahkan urusan kalian.
Kepada yang masih sendiri jangan bersedih hati atau merasa tak laku dan sebagainya. Jodoh tu rahsia Allah, kita bukannya tak laku cuma diri kita terlalu limited edition untuk di miliki.
Cukuplah kita serahkan segalanya pada Allah, letakkan pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah semata-mata. Bila kita sandarkan segalanya kepada Allah, percayalah Allah tak akan pernah kecewakan kita.
Kredit : TheMuhammadShafri
Dalam Banyak-Banyak Ujian Perkahwinan, Ujian Kewangan Paling Ramai Pasangan Failed

Tiada rumah tangga yang bebas daripada ujian. Namun setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. Rumah tangga bahagia adalah yang mampu menghadapi ujian bersama-sama tetapi masih berpegang teguh pada syariat-Nya.Kita perlu belajar bahawa ujian dalam rumah tangga akan datang dari segala arah, bersedialah menghadapinya.
Lelaki ini bernama , Firdaus Syakirin berkongsi fasa ujian yang dihadapi di dalam rumah tangga.
5 tahun pertama…
5 tahun pertama di alam perkahwinan, orang tua pesan, ini fasa yang paling susah sekali, kalau kita mampu harungi 5 tahun yang pertama ni, maka insyaALLAH, tahun2 selepas itu akan menjadi mudah…
Apa yang bakal kita tempuhi dalam 5 tahun pertama ni…
Ujian 1 – Kenal mengenali antara satu sama lain…walaupun dah bercinta bertahun2, selagi tak duduk serumah, sekatil, sebantal, selagi tu kita tak kan betol2 kenal siapa pasangan kita yang sebenar…adakah perangainya masa bercinta itu adalah perangai yang sebenar? Ataupun dibuat2? Masa ni kita akan kenal…
Then, kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, kita “berkahwin” jugak dengan keluarga pasangan…ibubapa dia, adik beradik dia…sebulan dua berkahwin, tak ada hal lagi, masih dibulan orientasi, suai kenal dengan ibubapa pasangan, adik beradik pasangan…selepas tu? Kalau dapat yang akhlak baik, insya ALLAH, aman dan tenteram hidup…kalau dapat yang jenis suka cari salah, kena ragging la seumur hidup…selagi pegang title menantu…
Ujian 2 – Kewangan…
Bab duit ni pulak, ada banyak benda yang nak kena beli…kalau tak duduk sekali dengan mertua, duduk menyewa atau dah beli rumah, maka akan kena beli peralatan elektrik, perabot, kelengkapan dapur, barang2 mentah dan sebagainya which is masa bujang tak beli, tak ada pun tak apa, but after married, its a need to have those things…
Ujian ni yg ramai pasangan failed…sanggup berhutang utk nk melengkapkan rumah…ada yg all out bwk kluar saving semata2 nk smua peralatan dan kelengkapan ada…u bru kawin, u bru spend a lot utk majlis, so balance dh xbyk, maka be wise…gaji bulan ni, share dgn pasangan, beli satu peralatan atau kelengkapan…then next month or next 2 month, share lg, beli lagi satu…month by month, jgn beli one shot sekaligus…klu x, merangkak nk membayar unless u hv a lot of cash…
Ujian 3 – Peraturan
Orang perempuan ni ada peraturan2nya sendiri…
Sebagai contoh, kalau nak makan, makan satu tempat, jangan makan merata nanti nak kemas susah…then, sampah buang dalam tong sampah, jangan tinggal sesuka hati…baju, seluar, tuala tak boleh longgok, kena sidai atau sangkut…kalau keluar malam, kena balik sebelum pukul berapa and etc…masa ni kita boleh tengok, berapa ramai suami yang boleh ikut, yang tak boleh ikut…untuk yang boleh ikut, maka tak akan ada masalah, untuk yang tak boleh ikut, yang ni akan memberi beban pada isteri…isteri akan terbeban dengan sikap suami yang kurang memberi kerjasama…dan akhirnya, daripada berterusan bercakap dengan orang yang tak faham bahasa, maka dia terpaksa buat sendiri…
Ujian 4 – Kesefahaman dan tolak ansur
Isteri baru sampai rumah selepas balik kerja, then suami sampai…suami terus tanya, kenapa tak masak lagi? perlu tegok keadaan isteri, perlu tengok situasi isteri, then lebih baik cari altenatif lain daripada nak tanya macam tu…its better to ajak dia makan diluar or keluar tapaukan makanan…perlu faham keadaan tersebut dan perlu bersikap tolak ansur before demand what we needs from our wife…kena waras dalam menuntut isteri melakukan tugas sebagai seorang isteri..
_______________
Penulisan Firdaus Syakirin
Kasih Sayang Isteri Bukan Hanya Ketika Suami Senang. Suami Kena Hargai Isteri Macam Ni!

Isteri yang solehah akan mentaati suami di manapun, dalam situasi apapun, senang mahupun susah, lapang mahupun sempit, suka ataupun duka. Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami. Allah berfirman;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)
Perkongsian kali ini adalah tentang kelebihan isteri yang baik dalam mentaati suaminya, antaranya ialah
.
(1). Syurga atau neraka seorang isteri di bawah telapak kaki suami
Ketaatan isteri kepada suami adalah jaminan syurga baginya. Rasulullah saw bersabda;
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Bila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, nescaya kelak akan dikatakan kepadanya; Masuklah ke Syurga dari pintu manapun yang engkau suka.” (riwayat Ahmad)
Suami adalah syurga atau neraka bagi seorang isteri. Keredhaan suami menjadi asbab keredhaan Allah. Isteri yang tidak diredhai suaminya karena tidak taat dikatakan sebagai wanita yang derhaka dan kufur terhadap nikmat suaminya.
Kenapa wanita banyak masuk neraka? Jawabannya dalam hadits berikut; Ketika selesai Rasulullah saw dari solat kusuf (solat gerhana matahari), baginda saw bersabda menceritakan syurga dan neraka yang diperlihatkan kepada beliau ketika solat;
وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
“Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi majoriti penghuni neraka, ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.”
Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang isteri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) nescaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’.” (riwayat Bukhari dan Muslim ).
(2). Tingginya kedudukan suami di mata isterinya
Rasulullah saw bersabda;
لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ النِّسَاءَ أَنْ يَسْجُدْنَ لأَزْوَاجِهِنَّ لِمَا جَعَلَ اللَّهُ لَهُمْ عَلَيْهِنَّ مِنَ الْحَقِّ
“Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud kepada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajiban isteri.” (riwayat Abi Daud, al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Hak suami bagi seorang isteri berada di atas hak sesiapapun manusia termasuklah hak kedua orang tua. Hak suami bahkan harus didahulukan oleh seorang isteri daripada ibadah-ibadah yang bersifat sunnah.
(3). Dilarang berpuasa sunat dan membawa tetamu lain dalam rumah melainkan dengan izin suaminya
Rasulullah saw bersabda;
لَا يَحِلُّ لِلْمَرأَةِ أَن تَصُومَ وَزَوجُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذنِهِ، وَلَاْ تَأْذَن فِي بَيتِهِ إِلاّ بِإِذنِهِ
“Tidak halal bagi seorang perempuan berpuasa sementara suaminya ada di rumah kecuali dengan izinnya. Dan tidak boleh baginya meminta izin di rumahnya kecuali dengan izinnya.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jabir ra menceritakan dalam haji wada’, Rasulullah saw menyampaikan suatu pesanan dalam khutbahnya;
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّكُم أَخَذتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ، وَاستَحلَلتُم فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ، وَلَكُم عَلَيهِنَّ أَلَّا يُوطِئنَ فُرُشَكُم أَحَدًا تَكرَهُونَهُ، فَإِن فَعَلنَ ذَلك فَاضرِبُوهُنَّ ضَربًا غَيرَ مُبَرِّحٍ، وَلَهُنَّ عَلَيكُم رِزقُهُنَّ وَكِسوَتُهُنَّ بِالمَعرُوفِ
“Bertaqwalah kepada Allah berhubung hak isteri-isteri kamu. Kamu mengambil mereka dengan amanah dari Allah, dan kamu halal berhubungan dengan mereka kerana Allah halalkan melalui akad. Hak kamu yang menjadi kewajiban mereka, mereka tidak boleh membenarkan lelaki asing masuk ke rumah.
Jika mereka melanggarnya, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Sementara mereka turut mempunyai hak agar disediakan makanan dan pakaian dengan cara yang wajar, yang menjadi tanggungjawab kamu.” (riwayat Muslim)
ونقل ابن حجر عن النّوويّ قوله؛ في هذا الحديث إشارة إلى أنّه لا يُفتات على الزّوج بالإذن في بيته إلاّ بإذنه، وهو محمول على ما لا تعلم رضا الزّوج به، أمّا لو علمت رضا الزّوج بذلك فلا حرج عليها
“Ibnu Hajar menukil keterangan dari an-Nawawi mengenai hadis ini, bahawa hadis ini terdapat isyarat di mana isteri tidak boleh memutuskan sendiri dalam memberikan izin masuk rumah, kecuali dengan izin suami. Dan hal ini difahami untuk mengelakkan terjadinya hal yang tidak diketahui oleh isteri tentang apakah suaminya redha ataukah tidak. Namun, jika isteri yakin suaminya redha dengan keputusannya, tidak menjadi masalah baginya.”
Sebagai contoh, tetamu yang tidak perlu izin daripada suami yang terdiri kaum kerabat suami atau isteri. Mereka boleh dipersilakan masuk, selama masih mahram dengan isteri. Tetapi untuk tetamu asing, bukan mahram, atau bahkan tidak termasuk keluarga suami mahupun isteri, sementara suaminya tidak ada di rumah maka isteri tidak boleh mengizinkan tetamu itu masuk sewenang-wenangnya.
Jika tetamu itu menyampaikan salam, cukuplah isteri menjawab salamnya dengan wajar tanpa membuka pintu. Jika tetamu itu menyedari ada penghuni di dalamnya, dan dia minta izin masuk, cukuplah bagi isteri menyampaikan bahawa suami tidak di rumah dan tidak boleh diizinkan masuk.
.
(4). Dilarang menjauhkan diri dari tempat tidur suaminya
Dalam hak berhubungan suami-isteri, jika suami mengajaknya untuk berhubungan, maka isteri tidak boleh menolaknya di atas alasan yang tidak munasabah. Rasulullah saw bersabda;
إِذَا بَاتَتِ المَرْأَةُ هَا جِرَةً فِرَاشَ زَوْجِهَا لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصبِحَ، وَفِى رِوَايَةِ، حَتَى تَرْجِعَ
“Apabila seorang wanita menghindari tempat tidur suaminya pada malam hari, maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi hari”. Dalam suatu riwayat yang lain disebutkan, “Sehingga dia (isteri) kembali (kepada suami).” (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
(5). Berbakti di dalam rumahtangga suaminya
Di antara kewajiban seorang isteri atas suaminya juga adalah, hendaknya seorang isteri benar-benar menjaga amanah suami di rumahnya, baik harta suami dan rahsia-rahsia suaminya, begitu juga bersungguh-sungguh mengurus urusan-urusan rumahtangga suaminya. Rasulullah saw bersabda;
وَالْمَرْأَةُ فِى بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهْىَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta pertanggungjawaban mengenai amanah yang diurusnya.” (riwayat al-Bukhari).
Justeru itu Allah berfirman;
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” (surah al-Nisa’: 34)
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (maksud), “ayat ini menunjukkan wajibnya seorang isteri taat kepada suami dalam hal berbakti kepadanya, ketika bepergian bersamanya dan lain-lain. Sebagaimana juga hal ini diterangkan dalam sunnah Rasulullah saw.” (Lihat Majmu al-Fatawa 32/260-261)
Berkhidmat kepada suami dengan melayaninya segala keperluan suaminya adalah di antara tugas kewajiban seorang isteri. Bukan sebaliknya, isteri yang malah dilayani oleh suami. Ibnu al-Qayyim berdalilkan ayat di atas, jika suami menjadi pelayan bagi isterinya, dalam memasak, mencuci, mengurus rumah tangga, anak-anak dan lain-lain, maka itu termasuk perbuatan mungkar kerana ia bererti suami sudah tidak lagi menjadi pemimpin.
Justeru, kerana tugas-tugas isteri dalam melayani suami-lah, maka Allah pun mewajibkan para suami untuk memberi nafkah kepada isterinya mengikut kemampuan suaminya. (rujuk Zaad al-Ma’aad 5/188-199)

.
(6). Tidak boleh keluar rumah dengan suka hati melainkan dengan izin suami
Seorang isteri juga tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suami. Kerana tempat asal wanita itu adalah di dalam rumah suaminya. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 33;
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ
“Dan hendaklah kamu (wanita-wanita) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (surah al-Ahzab: 33)
Ibnu Katsir berkata (maksudnya), “Ayat ini menunjukkan bahawa wanita tidak boleh keluar rumah kecuali ada keperluan yang mustahak.” (Tafsir al-Quran al-Adzim 6/408)
Dengan demikian, wanita tidak boleh keluar rumah melainkan untuk urusan yang penting atau termasuk membeli keperluan rumah seperti untuk memasak dan lain-lain. Jika bukan urusan tersebut, maka seorang isteri tidak boleh keluar rumah melainkan dengan izin suaminya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan lagi, “Tidak halal bagi seorang wanita keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia keluar rumah tanpa izin suaminya, bererti ia telah berbuat nusyuz (derhaka), bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta layak mendapat hukuman dari suaminya.”
Menurut jumhur fuqaha’ (Maliki, Hanafi, Syafi’e, dan Hanbali), nusyuz itu bererti;
هو خروج الزوجة عن طاعة زوجها
“Bahawa ia (nusyuz) adalah keluarnya seorang isteri dari ketaatan terhadap suaminya.”
Semua ketentuan yang telah Allah tetapkan di atas sama sekali bukan bertujuan untuk membatasi gerak para wanita, merendahkan harkat dan martabatnya, sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh orang-orang kafir tentang ajaran Islam. Semua itu adalah syariat Allah yang sarat dengan hikmah dan pengajaran. Dan hikmah dari melaksanakan dengan tulus ikhlas semua ketetapan Allah di atas adalah berlangsungnya bahtera rumah tangga yang harmoni dan penuh dengan keamanan. Ketaatan isteri kepada suami pun hanya dibatasi dalam perkara-perkara yang baik sahaja, sesuai dengan kemampuan selama ia tidak mengarahkan kepada maksiat.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (surah al-Tahrim: 6)