Membaca Surah Al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat.
Ya, kebanyakan kita memang akan membaca ummul kitab itu tatkala menunaikan solat, namun dari segi lafaz berkenaan kadangkala kurang jelas didengari di telinga sendiri.
Bahkan, ada segelintir orang pula membaca surah berkenaan hanya dalam hati.
Bagaimanakah cara yang betul melafazkan Surah al-Fatihah berkenaan? Adakah cukup sekadar berbisik dan bacaan itu hanya didengari di telinga sendiri?
Sebelum menjawab kemusykilan itu, ayuh kita fahami dahulu bahawa bacaan Surah al-Fatihah tersebut termasuk dalam rukun qauli.
Rukun qauli adalah bacaan-bacaan yang wajib dalam solat.
Ia merangkumi takbiratul ihram, Surah al-Fatihah, tasyahud akhir dan salam.
Ketika menunaikan Rukun Islam ke-2 itu, setiap umat Islam disyaratkan melafazkan setiap rukun qauli tersebut dengan suara yang dapat didengari oleh diri sendiri jika keadaan pendengaran kita baik dan tiada halangan untuk mendengarnya seperti bunyi bising.
Bagaimanapun, jika keadaan adalah sebaliknya yang mana pendengaran kita kurang baik seperti mengalami masalah tuli atau ada halangan lain sebagai contoh bunyi bising, maka tidak diwajibkan untuk kita mendengar bacaan berkenaan.
Pun begitu, kita tetap wajib melafazkannya dengan suara yang boleh didengari ketika pendengaran kita dalam keadaan baik atau keadaan tidak bising.
Ads
Perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia antara penentu kesahan solat seseorang itu.
Tidak sah bacaan setiap rukun qauli apabila ia tidak dilafazkan dengan suara yang dapat didengari oleh dirinya sendiri.
Ia termasuklah jika rukun-rukun qauli yang disebutkan di atas hanya sekadar dibaca di dalam hati.
Tindakan itu sebenarnya menyebabkan solat yang dikerjakan tidak sah.
Ambil beratlah tentang perihal solat kita agar ia diterima oleh ALLAH SWT.
Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki solat masing-masing.
Ads
Semoga ALLAH menerima segala amal ibadah yang kita lakukan.
(Sumber: Portal rasmi kemusykilan agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
HIKMAH DAN KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
1. Membaca surat Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran .
2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.
Ads
3. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur, Al Quran, suhuf idris As. dan suhuf Ibrahim As. sebanyak 7 kali.
4. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah olah ia telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT.
5. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu ‘ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya Allah akan mudah memperoleh ilmu pengetahuan, di samping itu dapat membersihkan hati dari fikiran yang rosak.
6. Sesiapa membaca Al-Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
7. Amalkan membaca Al-Fatihah saat hendak tidur, diikuti membaca Surah Al – Ikhlas tiga kali, Surah Al -Falaq dan Surah An – Nas , insya – Allah akan aman tentram dan terjauh dari gangguan setan.
8. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
9. Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali saat makan sahur malam. Insya Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.
10. Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan.
11. Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas berkahwin kebiasaannya anda akan menjalani aktiviti anda bersama dengan pasangan. Lebih-lebih pada waktu hujung minggu kerana itu lah waktu lapang untuk anda bersama si dia.
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan anda termasuklah dalam hal pemakanan. Ya, ramai orang berpendapat selepas anda berkahwin berat badan anda akan semakin bertambah. Tapi kenapa? Ini sebabnya!
1. Pasangan berkahwin banyak luang waktu bersama
Melakukan aktiviti bersama bukanlah bermaksud melakukan perkara yang buruk, ia termasuk seperti menonton wayang bersama, bersukan, dan shopping bersama. Mesti kalau anda berjalan di kompleks beli-belah dan ada sahaja yang teringin nak makan sesuatu. Jadi, pasangan anda mesti akan join sekali bukan?
2. Tidak mahu membazir
Wanita kebiasaannya selalu tidak menghabiskan makanan dengan baik. Jadi, apabila tidak habis siapa yang akan makan? Tentu sahaja si suami yang terpaksa menghabiskannya kerana tidak mahu membazir.
3. Isteri sentiasa hendak puaskan suami
Pasti anda pernah mendengar pepatah ini “nak bahagiakan suami, mula dari perutnya”. Ramai wanita apabila berkahwin, jadi mereka mula masak macam-macam makanan sedap untuk suami. Sehingga tidak sedar yang berat badan naik secara mendadak kerana menikmati hidangan orang isteri tercinta.
4. Kadang kala makan kerana kecewa
Kebiasaan orang lagi-lagi wanita apabila mereka rasa tertekan atau sedih, salah satu cara yang boleh hilangkannya adalah dengan makanan. Mereka lebih rela melepaskan tekanan mereka dengan makanan dari terus dibelenggu oleh masalah.
5. Mengandung
Tentu sahaja! apabila anda sudah berkahwin mengandung adalah salah satu berita gembira buat anda berdua. Jadi, bila mengandung macam-macam pula makanan yang diidamkan. Sehinggakan mereka sendiri tidak mampu untuk melawan nafsu makan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa ciri wanita yang menjadi idaman lelaki? Perlu ambil tahu ye wanita di luar sana, jangan ambil remeh nanti bila di tinggal kekasih dalam beberapa bulan tongkat dagu la… jangan salahkan takdir pula. Bagi wanita yang di luar sana InsyaAllah beberapa tip dan cara untuk para wanita diluar sana agar mudah memikat lelaki idaman anda. Bukan mudah nak memikat orang yang kita idamkan sehingga tidur tak lena, mandi tak basah, makan terlajak kenyang sampai perut buncit tanpa sempadan itu cara membinasakan diri sendiri.
1.Lelaki tertarik pada wanita yang cantik
Cantik ini sebenarnya subjektif. Kalau seseorang itu merasa cantik dalam dirinya InsyaAllah dia akan kelihatan cantik. Ini bukan perasan atau syok sendiri tapi ini adalah yakin dengan pemberian Allah. Confident level kena tinggi dan bertempat ye, jangan riak berdosa. Maka bersiaplah selalu agar tampil cantik dan jelita sepanjang masa. Sejuk mata memandang.
2. Sifat keanak-anakan
Percayalah bahawa wanita yang ada sifat keanak-anakan dapat menarik hati orang lelaki, sebab sifat lelaki ini dia nak menjadi hero, nak membela. Orang lelaki ini dia nak macho. Dia nak menjaga, membela, mengawal, membimbing dan juga melindungi wanita. Sesekali macam budak tadika apasalahnya kan…comel, cute
gitu.. Tapi ingat jangan terlalu over nanti nampak macam orang gila dan tua-tua nak merengek..
3. Berakhlak tinggi.
Sudah semestinya semua lelaki di luar sana suka akan sifat wanita yang berakhlak. Sopan santun,lemah lembut ada sifat-sifat wanita timur. Jangan orang timur nak buat perangai macam sikap orang barat. Ingat! Orang barat pun tertarik dengan wanita timur okay!
4. Beragama
Tanyalah mana-mana lelaki di luar sana siapa tak nak wanita yang beragama? Segarang-garang dan sekeras-keras lelaki itu pasti dia nak kan isterinya beragama. Kalau dia dah huru-hara tak akanlah pasangannya pun nak yang haru biru juga. Wanita yang beragama ini adalah perintah Allah. Solat 5 Waktu dan sebagainya.
5. ‘Beauty with brain’– bijaksana
Bijaksana merupakan salah satu sifat-sifat wanita yang menjadi idaman lelaki iaitu pandai. Tapi ingat lelaki pun menyampah juga kalau yang menunjuk-nunjuk kepandainnya. Kalau tak tahu cakap saja tak tahu jangan buat-buat tahu. Lumrah orang lelaki memang suka tengok wanita cantik yang seksi tapi nak jadikan isteri sebenarnya tidak sekadar syok bawa kehulu kehilir saja. Faham-faham lah ye wanita di luar sana.
6. Lelaki tertarik dengan wanita yang memahami
Lelaki cukup tertarik dengan sifat wanita yang memahami iaitu gerak hati yang kuat. Kurang membebel, tak perlu cakap berulang kali dah faham apa nak buat. Pendek kata bijak berdikari. Tidaklah asyik hendak berkepit 24jam. Rimas kak oi…
7. Tidak terlalu cemburu
Nak cemburu boleh, bertempat ye. Kalau tak cemburu langsung pun tak boleh nanti dia ingat tak sayang pula. Kalau terlewat balik rumah atau menjemput anda di tempat kerja jangan la nak melompat naik angin cepat sangat, tanya elok-elok kan sweet.
8. Kuat memberi sokongan- Moral Support
Tidak kisah dalam apa jenis bentuk pun, sokongan anda sebagai seorang teman istimewa dalam hatinya akan cukup bermakna jika anda bijak memberi semangat kepadanya. Orang lelaki ni pun maja juga mereka pun perlukan perhatian. Kalau boleh dengar lah keluh kesah mereka kadang-kadang ye.
9. Tergoda dengan wanita yang sejuk mata memandang
Sejuk mata memandang, bukan rupa sahaja, perangai, akhlak, pertuturan, dalam tip di atas dah ada yang dinyatakan.
10. Ada kesamaan dan keserasian
Minat yang sama mendorong mereka untuk lebih ingin mendekati seseorang wanita itu. Persamaan ini memudahkan anda berkogsi minat yang sama tidaklah seperti langit dan bumi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita sering kali bimbang apabila bertambahnya usia lebih-lebih lagi apabila mencecah usia 30-an. Kononnya wajah mereka akan mula menampakkan garis-garis halus yang akhirnya membuatkan wajah kelihatan tua.
Wanita sering kali bimbang apabila bertambahnya usia lebih-lebih lagi apabila mencecah usia 30-an. Kononnya wajah mereka akan mula menampakkan garis-garis halus yang akhirnya membuatkan wajah kelihatan tua.
Namun jangan bimbang! Setelah membaca alasan-alasan ini pasti anda akan tersenyum bangga dan rasa diri bertuah menjadi wanita di usia tiga siri.
1. Percaya pada diri
Kajian oleh House of Fraser terhadap 2,000 wanita menemukan bahawa wanita biasanya lebih bahagia dan percaya diri pada usia 30-an sehingga penampilan fizikal mereka kelihatan lebih menarik di mata lelaki. Kesan daripada rasa bahagia dan percaya diri inilah membuatkan wanita terlihat seksi di mata lelaki.
2. Tampak lebih seksi
Pada usia 34 tahun, wanita merasakan diri mereka paling seksi. Walau bagaimanapun hasil kajian oleh House of Fraser mengatakan wanita tidak memerlukan lelaki untuk merasakan diri mereka menarik dan seksi, sebaliknya akan rasa seksi apabila mereka dikelilingi oleh sesama wanita hebat dengan gaya yang hebat.
Kajian ini dipersetujui oleh wanita bahawa rasa seksi itu tidak hanya terletak pada penampilan semata-mata. Seksi digambarkan daripada segi bagaimana seseorang wanita itu mampu mengendalikan hidupnya dan 84% mengatakan bahawa perasaan bahagia dan menerima diri sendiri seadanya merupakan kunci keseksian seseorang wanita.
3. Punya hubungan percintaan yang lebih baik
Kebanyakan wanita dalam usia 30-an berada dalam hubungan jangka panjang ataupun sudah berkahwin. Hubungan jangka panjang ini secara tidak langsung akan meningkatkan kepercayaan diri mereka. Dalam kajian terhadap responden wanita berusia 30-an, 34% mengatakan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan percintaan yang lebih baik.
4. Pengalaman hubungan intim
Wanita yang sudah berkahwin dan menjalinkan hubungan jangka panjang ketika usia 30-an ternyata memiliki pengalaman hubungan intim yang lebih baik. Kajian menemukan 26% wanita lebih percayakan diri mereka saat melakukan hubungan intim. Malah 1 daripada 10 responden wanita mengaku bahawa dorongan seksual mereka meningkat di usia 30-an.
5. Yakin dalam komunikasi intim
Saat mencapai usia ini, wanita dikatakan lebih berani untuk mengungkapkan keinginan terhadap pasangan saat melakukan hubungan intim. Mereka juga lebih terbuka untuk membincangkan tentang hubungan intim bersama pasangannya. Eksplorasi terhadap aksi hubungan intim yang lain dari kebiasaan bersama pasangan akan menjadi lebih mudah kerana komunikasi anda berdua semakin lancar dan terbuka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!