Kalau nak badan pulih dengan cepat,luka cepat sembuh dan susu ibu yang berkualiti, amalan pantang yang menyekat makanan berkhasiat perlu dielakkan. Dr Hamid Arshat juga kongsikan kepentingan vitamin kepada kesihatan ibu dan anak.
Menurut Datuk Dr Hamid Arshat dari videonya, amalan ‘pantang’ perlu dibasmikan sebaliknya ibu-ibu perlu makan dari sumber-sumber yang berzat dan berkhasiat khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan selepas pembedahan/ bersalin agar luka cepat sembuh dan juga susu ibu lebih banyak dan berkhasiat.
JANGAN AMAL PANTANG YANG TIADA ASAS ILMUNYA
Jangan amalkan amalan pantang yang tidak mempunyai asas ilmunya. Beliau menggalakkan wanita selepas bersalin untuk makan makanan yang berzat, di mana 70% terdiri daripada buah-buahan segar yang mentah.
.
PASTIKAN ADA SAJIAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Banyak buah-buahan tempatan yang dimomokkan tidak boleh dimakan semasa pantang seperti;
Buah nanas
Buah betik
Air kelapa muda
Buah nangka
Semua buah-buahan ini mengandungi banyak vitamin. Vitamin A, B, C yang sangat penting untuk kesihatan. Ia amat penting khususnya kepada ibu yang dalam pemulihan selepas bersalin sama ada bersalin secara normal mahu pun pembedahan kerana ianya sangat membantu luka cepat sembuh.
Ads
KENAPA VITAMIN C SANGAT PENTING?
Bagi ibu bersalin yang menyusukan anak perlu mengamalkan pemakanan yang baik. Vitamin sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan ketahanan badan, sebagai antioksidan, pemulihan luka dan pendinding atau penahan daripada serangan kuman.
Beliau amat menggalakkan wanita-wanita selepas bersalin atau pembedahan untuk makan banyak buah-buahan.
KISAR BUAH-BUAHAN SUPAYA MUDAH DIAMBIL & DIHADAM
Buatkan minuman dengan mengisar buah-buahan tersebut sama ada nanas, papaya atau tembika. Bila dikisar kita tidak kehilangan seratnya. Ia sangat penting untuk penghadaman dan kesihatan usus kita.
Memang sukar untuk makan dalam jumlah yang besar tetapi bila mengisarnya ia jadi pekat dan mudah dihadam.
Ads
AIR LIMAU NIPIS/ LIMAU KASTURI
Air limau nipis misalnya mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan dan ia patut diamalkan sebagai minuman pertama diminum di waktu sarapan pagi. Kerana limau yang terlalu banyak di pasaran ialah limau nipis atau limau kasturi. Memang sudah dikaji yang limau kasturi mengandungi vitamin dan antioksidan yang tinggi untuk mencegah penyakit.
Selain dibuat minuman, buah-buahan ini perlu diambil pada setiap kali waktu makan seperti sarapan, makan tengah hari dan makan petang. Ini akan mempercepatkan proses pemulihan pada luka pembedahan dan luka kelahiran. Siapa yang tak mahu luka cepat sembuh boleh abaikan tip ni!
PEMAKANAN BAIK MEMPERCEPATKAN LUKA CEPAT SEMBUH DAN MEMULIHKAN BADAN.
Orang-orang dulu mungkin mengamalkan berpantang badan kerana zaman dahulu tiada antibiotik. Zaman sekarang sudah ada antibiotik sekiranya berlaku jangkitan kuman.
Ads
Sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang baik, pemulihan akan berlaku dengan cepat dan penyusuan tidak tersekat. Ini adalah punca kebanyakan mengalami masalah susu tidak lancar atau berkurangan. Amalan pantang yang menyekat makanan yang berkhasiat disekat sedangkan pada waktu menyusukan ibu-ibu memerlukan banyak makanan berzat akan menjadikan susu yang dihasilkan baik.
IKAN AMAT DISARANKAN
Susu ibu di samping mengandungi zat, vitamin dan logam, ia juga mengandungi omega 3 dan DHA yang sangat penting untuk pembentukan otak bayi. Makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan yang berminyak seperti ikan kembung, tenggiri dan lain-lain sangat baik untuk dimakan sewaktu menyusukan anak. Ini sangat penting kerana melalui penyusuan ibu memindahkan antibodinya kepada bayi. Jadi bayi akan lebih kuat antibodi dan tahan daripada penyakit, di samping menguatkan hubungan(bonding) antara ibu dan anak.
Datuk Dr Hamid amat menyarankan kaum wanita yang mahu luka cepat sembuh untuk membasmi amalan berpantang makan sebaliknya mengamalkan ambil makanan segar, yang mentah berkhasiat dan berzat sewaktu pemulihan selepas bersalin.
Sumber: FB Dr Hamid Arshat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semestinya anda sebagai pengantin apabila sudah bersiap cantik, mengharapkan gambar yang dirakam oleh juru foto sungguh mengagumkan. Sebagaimana anda mengharapkan foto yang menarik dari jurufoto anda juga perlu berkerjasama dengan mereka untuk foto yang terbaik. Ikuti tip oleh jurufoto Rfian untuk mendapatkan gambar yang terbaik.
DEPAN PELAMIN GELAP.
Kebiasaannya pelamin terang di bahagian belakang, kiri dan kanan. Depan memang akan gelap. Bila bersanding xnampak pengantin atau tak berapa ceria duduk di pelamin. Kipas jangan lupa nanti pengantin mandi peluh plak.
Pihak pengantin kene alert perkara ni kalau boleh tambah 1 lampu ke arah pengantin (ini bukan pakej yang disediakan oleh pihak andaman/bridal). Mungkin boleh ADD-ON.
Pada fotografer ia kurang bermasalah nak ambil gambar sebab ada speedlite tapi ADALAH LEBIH BAIK keseluruhan pelamin terang terutama bahagian depan pengantin. Cahaya yang terang membantu fotografer bagi mendapatkan gambar yang lebih menyerlah.
Tetamu nak snap gambar/selfie pun senang.. Terang dan cantik, kalau tak puas la nak adjust setting kat fon, pastu ambil masa lama nak snap 1 gambar sampai terganggu pulak fotografer yang bertugas. Boleh je ambil gambar guna smart phone cuma jangan sampai mengganggu tugas fotografer yang dibayar… Tu je.
PENTING untuk difikirkan:
1. Kedudukan pengapit.
2. Group Photo perlukan ruang yang selesa
3. Bunga rampai dan air mawar
4. Pemberian bunga telur
* Kepada pengantin selagi majlis belum tamat selagi tu la korang kene control mood, senyum dan muka mesti manis sampailah outdoor fotografi selesai walaupun penat atau banyak masalah. Enjoy your wedding day.
Sebahagian perkongsian dari saya.
Kalau setuju boleh la SHARE
Terima kasih kerana membaca
Tanda hubungan bahagia boleh diketahui melalui perangai pasangan masing-masing. Jika anda kentut, mesti anda akan memerhati sekeliling anda supaya tiada orang di situ. Tapi, jika anda suka kentut di depan pasangan anda, itu tandanya anda sedang bahagia.
Sebenarnya, kentut di depan pasangan meninggalkan impak besar dalam sesuatu perhubungan seperti ketika pasangan anda mengucapkan ‘I love you’. Semak 5 sebab kentut di depan pasangan tanda hubungan bahagia mampu mengeratkan lagi perhubungan.
#1 Jenis suka bergurau
Hakikatnya kentut di depan pasangan membuatkan anda dan pasangan ketawa kerana lucu.
#2 Memori indah bersama
Percayalah, terkenangkan insiden kentut di depan pasangan akan membuatkan mereka ketawa dan menjadikan hubungan bahagia apabila mengenangkannya kembali.
#3 Kentut itu seksi
Tiada yang paling seksi selain dapat menerima baik buruk pasangan termasuk bau kentut. Samalah seperti, melihat teman wanita tidak memakai make up tetapi masih cantik. Jika tiada kepercayaan, perhubungan akan mula runtuh.
Jika anda kentut di depan pasangan , secara tidak langsung membuktikan anda tidak takut untuk menyerlahkan diri anda.
#4 Selesa dengan pasangan
Anda seorang yang tidak akan menyorokkan sesuatu atau berahsia dengan pasangan kerana melepaskan kentut di depan pasangan
#5 Seorang jujur
Selalunya pasangan yang sering kentut didepan pasangan mereka ini adalah seorang yang jujur. Ini kerana mereka lebih memilih untuk berterus-terang dan tidak suka simpan dengan perasaan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sudah ada jodoh di depan mata, tentulah kita teruja untuk melangsungkan perkahwinan. Tetapi bakal pengantin selalu silap dalam soal membuat simpanan. Kebanyakkan bakal pengantin akan menyimpan untuk majlis perkahwinan dan bukannya untuk kehidupan selepas berkahwin. Betul tak?
Cuba bayangkan, anda dan pasangan beriya-iya mengumpul wang dan semuanya habis digunakan untuk sebuah majlis perkahwinan. Selepas majlis, apa pula yang tinggal untuk meneruskan kehidupan berkeluarga? Sebenarnya, PKP ini juga boleh dilihat dari sisi positif. Selain mengelakkan penularan wabak, majlis perkahwinan yang hanya terhad kepada beberapa orang tetamu ini boleh menjimatkan wang.
Ini antara cara untuk anda mengumpul duit:
Tetapkan matlamat
Sebelum mula menabung, fikirkan apakah matlamat anda. Dengan matlamat itu, anda akan mendapat motivasi untuk meneruskan niat membuat tabungan. Tanya diri sendiri berapa yang anda boleh buat tabungan setiap bulan atau atau setiap hari. Pastikan ia cukup untuk mencapai matlamat yang diperlukan.
2. Menabung bersama
Kehidupan berkahwin melibatkan dua individu iaitu anda dan pasangan. Jadi, pilihlah untuk mempunyai tabungan bersama. Maksudnya di sini, masing-masing mempunyai tabung untuk mengumpul duit. Tak perlulah untuk memiliki akaun bank bersama. Cukup sekadar anda dan pasangan tahu bagaimana menguruskan duit dan membuat simpanan untuk hari bahagia anda.
Sekiranya anda memilih untuk majlis yang memorable, bolehlah ‘laburkan’ sedikit wang untuk merealisasikan impian itu. tetapi jangan ‘kacau’ tabungan yang sudah dibuat.
3. Penjimatan
Kalau dilihat semula, perbelanjaan bulanan kita biasanya lebih kepada kehendak. Kita selalu menggunakan alasan ‘self reward’ untuk mendapatkan barangan yang mahal-mahal. Dan ada banyak kehendak lain bila kita mula nampak ada jualan murah. Alasannya, ‘bila lagi akan ada sale’.
Demi mengumpul duit, anda perlu bijak untuk tahu apa yang penting dan apa yang tidak. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu terutamanya untuk membeli baju. Fesyen sentiasa berubah dan anda akan sentiasa ‘terikat’ untuk berada dalam trend. Lebih baik berjimat supaya satu hari nanti anda boleh gunakan untuk memiliki apa yang anda mahu. Atau, tetapkan bajet bulanan untuk baju. Mungkin RM50 sebulan?
4. Jangan buat pinjaman
Adalah satu kesalahan besar sekiranya anda membuat pinjaman untuk perkahwinan. Memang mudah untuk mendapat kelulusan tetapi anda akan terikat untuk membuat bayaran balik untuk jangka masa panjang. Ikutlah kemampuan diri dan jangan membazir. Tak ada salahnya membuat majlis kecil-kecilan. Bukan orang luar akan bantu anda untuk bayar balik pinjaman itu nanti.
Untuk barang hantaran, beli barangan yang tak berjenama pun tak apa. Sekarang kan trend gubahan hantaran di dalam kotak. Tak ada siapa pun yang akan sibuk-sibuk untuk melihat isi kandungan barang hantaran itu nanti.
5. Simpanan ‘terpaksa’
Pastikan anda membuat tabungan 20% daripada gaji diterima. Bukan apa, tabungan paksaan ini nanti boleh menjadi kesenangan buat anda di masa hadapan. Simpanan paksa ini juga boleh menyekat anda daripada membuat pembaziran dalam perkara-perkara yang tidak penting. jika anda boleh membuat simpanan paksa lebih daripada 20%, itu lebih baik!
Jadi, segalanya ada di tangan anda. Tak perlu turutkan sangat kata hati dan bimbang apa kata orang lain. majlis kecil-kecilan pun sudah cukup bermakna apatah lagi dikelilingi sahabat dan keluarga terdekat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!