Kecantikan

Bagaimana Jus Lemon Boleh Cerahkan Wajah Anda? Ini Caranya!

Share

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap.

Buat bakal pengantin yang mengalami masalah kulit agak gelap boleh lah cuba tips ini. Ia sedikit sebanyak mampu membantu dan meningkatkan keyakinan diri anda.

Caranya :

Buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Namun, hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.

 

 

 

Sumber : facebook NW store

 

IKLAN