Kalau nak tahu tauge bukan setakat baik untuk wanita sahaja. Tapi baik untuk semua jantina dan semua peringkat usia juga. Memang tak dinafikan ramai yang tak suka makan taugeh, tapi nak taknak kena makan juga.

Sebab apa ? Sebab tauge ni ada banyak manfaat dan kelebihan dia tahu tak korang. Kalau tak percaya korang boleh baca sini.

1. Cegah Kanser

Bagus Pasangan Yang Suka Makan Tauge Ni Banyak Khasiat Boleh Dapat
Tauge yang terdiri daripada jenis kacang hijau mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

IKLAN

Bagus Pasangan Yang Suka Makan Tauge Ni Banyak Khasiat Boleh DapatTauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur

Bagus Pasangan Yang Suka Makan Tauge Ni Banyak Khasiat Boleh DapatTauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

IKLAN

4. Kurangkan Lemak

Bagus Pasangan Yang Suka Makan Tauge Ni Banyak Khasiat Boleh DapatMereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian.

IKLAN

5. Buang Kotoran

Bagus Pasangan Yang Suka Makan Tauge Ni Banyak Khasiat Boleh DapatTauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Awet muda

Bagus Pasangan Yang Suka Makan Tauge Ni Banyak Khasiat Boleh DapatTauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya tauge merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI