Bakal Ibu Muda Wajar Ambil 400 Mikrogram Asid Folik Setiap Hari Seawal Merancang Untuk Hamil Sehingga 12 Minggu Kehamilan

APA ITU ASID FOLIK

Bagi wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mengambil asid folik sebagai langkah persediaan untuk hamil juga  diambil oleh wanita yang ingin mengandung atau yang sedang mengandung untuk kesihatan otak bayi dan juga untuk menambahkan sel merah dalam wanita.

Secara amnya, 85 dalam 100 wanita Malaysia tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka.  Mereka  bertanggungjawab untuk mengambil asid folik sekiranya tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika merancang untuk hamil.

Dos yang anda diperlukan hanyalah 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan suplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama sewaktu kehamilan.

Bakal Ibu Muda Wajar Ambil 400 Mikrogram Asid Folik Setiap Hari Seawal Merancang Untuk Hamil Sehingga 12 Minggu Kehamilan

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Semua wanita digalakkan untuk mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan. Dos yang sama diteruskan sehingga bersalin. Dos yang lebih tinggi hanya untuk sesetengah kumpulan ibu hamil seperti ibu ada kencing manis (diabetes). Semasa menyusu bayi pula, sebanyak 500 mikrogram disarankan demi kesinambungan pemulihan si ibu. Cadangan ini tidak tertakluk kepada berapa banyak makanan atau sayuran yang mengandungi asid folik yang boleh diambil oleh ibu hamil dalam tempoh berkenaan.

Bakal Ibu Muda Wajar Ambil 400 Mikrogram Asid Folik Setiap Hari Seawal Merancang Untuk Hamil Sehingga 12 Minggu Kehamilan

BAGUS KE ASID FOLIK INI?

Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang. Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

IKLAN

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu  kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13  kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Folic acid ini juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

Bakal Ibu Muda Wajar Ambil 400 Mikrogram Asid Folik Setiap Hari Seawal Merancang Untuk Hamil Sehingga 12 Minggu Kehamilan

BERAPA BANYAK DIPERLUKAN?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

IKLAN

Manakala wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Bakal Ibu Muda Wajar Ambil 400 Mikrogram Asid Folik Setiap Hari Seawal Merancang Untuk Hamil Sehingga 12 Minggu Kehamilan

BILA BOLEH DIAMBIL?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

 

IKLAN

BANYAK MAKANAN YANG DIPERKAYA ASID FOLIK, SEPERTI : 

– Roti yang diperkaya
– Bijirin
– Tepung
– Pastas
– Nasi
– Produk bijirin lain

Terdapat juga banyak produk khusus kehamilan di pasaran yang telah diperkaya dengan asid folik seperti Appeton Essentials yang lengkap dengan bahan-bahan membantu pengguna kekal dengan khasiat yang terkandung didalamnya.
Bakal Ibu Muda Wajar Ambil 400 Mikrogram Asid Folik Setiap Hari Seawal Merancang Untuk Hamil Sehingga 12 Minggu Kehamilan

 

SIAPA YANG PERLUKAN ASID FOLIK?

Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung. Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang juga merawat kesuburan pada lelaki.

 

Selain daripada anemia dan kecacatan kongenital, kekurangan asid folik boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain, termasuk:

  • Risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kemurungan klinikal
  • Kemungkinan masalah dengan ingatan dan fungsi otak, penyakit Alzheimer’s
  • Satu risiko yang lebih tinggi berpotensi mendapat penyakit alergi
  • Risiko potensi jangka panjang yang lebih tinggi untuk kepadatan tulang yang lebih rendah

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI