Ada orang mempunyai impian besar dalam kecapi kebahagian dalam hidup. Ingin suami yang kaya, isteri yang cantik dan semua kena sempurna. Tapi sejauh mana kita kenal erti syukur akan kebahagian walau ia tidak seperti yang diimpikan. Ikuti perkongsian saudari Najibah Mustaffa mengenai nilai kebahagian dalam rumahtangga.

Bahagia Tidak Semestinya Perlu Bersuami Kaya. BERSYUKURLAH…Segalanya Akan Cukup
.

Kadang-kadang kita lupa cara nak bahagia sebab kita selalu dihidangkan dengan perkara – yang menampakkan bahagia itu ada pada cantik, kacak, kaya, berpengaruh, dan nampak hebat.Ada seorang kenalan saya ini. Saya suka,baca FB nya, walaupun jarang meninggalkan komen. Postingnya tidaklah viral atau ramai follower. Tetapi yang dikisahkan di FB nya setiap hari adalah kisah kehidupan tulen. Tidak fake. Bukan dibuat buat. Segala susah senang kisah hidup semua bersambut syukur.

Bahagia Tidak Semestinya Perlu Bersuami Kaya. BERSYUKURLAH…Segalanya Akan Cukup
.

GAJI SUAMI RM1500 DAPAT BANTUAN LAGI, TAPI MASIH SYUKUR

Ada isteri yang suaminya susah. Respons dengan merungut, buka aib suami, itu ini serba tak kena. Tapi kenalan saya ini, dia tak malu cerita hakikat perihal keluarga yang tak senang mana. Gaji suami tak sampai pun RM1500, dan beliau tak bekerja. Sesekali terima bantuan kerajaan. Tapi bagaimana mereka melalui semuanya dengan syukur.Kita boleh makan ayam hari hari. Beliau ini katanya seminggu sekali dapat syukur. Ditunjuknya masakan sup ayam yang menyelerakan. Rezeki keluarga hari ini. Bila rezeki suami lebih, belikan sehelai tudung yang tidaklah mahal mana. Bahagianya lahai beliau memakai.

IKLAN

Tak pernah merungut. Apa yang suami bawa balik itulah rezeki. Dengan kerajinan, kreativiti di olah dari rezeki yang secupak tadi menjadi segantang. Suami nya bawa balik bahan A, lalu bahan itu bertukar menjadi menu B,C,D lalu mengenyangkan mereka sekeluarga. Siap boleh berbagi dengan jiran jiran. Barokah. Dan satu amalan mereka yang saya kagum adalah sangat menjaga kebajikan kucing jalanan. Beli makanan, pusing tempat kucing-kucing tu tidur, beri makan, air. Buat secara konsisten. Boleh kata setiap hari. Hati saya selalu terdetik. Bagusnya mereka suami isteri. Barangkali asbab amalan ini yang menjadi pemberat timbangan untuk masuk Syurga. Siapa tahu kan?

Entah. Bila lihat kenalan saya ini. Saya benar benar belajar erti sederhana, syukur dan bahagia. Setelah lamanya hidup hari ini diberatkan perasaan dengan perkara perkara yang sebenarnya sifatnya perhiasan sahaja.
Nak masak, guna periuk mahal berjenama dan gajet terkini. Jadi kita terikut ikut. Terliur tengok. Rasa nak, bestnya kalau ada di rumah buat koleksi.

IKLAN

Bahagia Tidak Semestinya Perlu Bersuami Kaya. BERSYUKURLAH…Segalanya Akan Cukup
.

IKLAN

IKHLAS WALAUPUN PENUH KESEDERHANAAN

Bab masak ni kan saya suka tengok Sugu Pavithra melalui Channel Youtube nya. Membawa kita kembali kepada basic. Bahagia itu boleh saja ada pada sederhana. Masak guna peralatan biasa sahaja, tapi kualinya dijaga bersih berkilat. Sinki pun berkilat. Sambil tengok video, kita perhati senyuman dan rendah hatinya, kemanisan suami isteri. Isteri masak, suami rakam. Video pun edit biasa biasa sahaja. Mata kita rasa tenang, lihat ruang dapur dan rumah yang kemas, tersusun elok walaupun semuanya sederhana sahaja. Dan hati kita mula berasa indah, melihat kebahagiaan mereka makan bersama. Sambil senyum dan mensyukuri rezeki.

Sungguh. Bahagia itu ada pada cara kita melihat dan menyambut semua kurniaan Allah dengan hati yang sarat rasa syukur. Saya bahagia dapat melihat cebisan kisah orang begini di FB. Lalu saya sedar. Ini lah yang kita semua rindukan. Melihat rumput selalu hijau, di laman kita. Bukan lagi di laman orang lain.

KREDIT : Najibah Mustaffa.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI