Sekarang ni bila pagi-pagi mendung je cuaca. Bila tak cuci baju hari ni, esok pun mendung juga dan begitulah hari seterusnya. Hendak ke kedai dobi, bimbang pula dengan jangkitan virus yang masih lagi mengganas ketika ini. Nak tak nak, memang kita akan memilih untuk menjemur pakaian di dalam rumah.

 

Ada yang menyidai pakaian di dalam sebuah bilik yang tidak digunakan. Kipas dibuka dengan harapan dapat mengeringkan pakaian dengan lebih cepat. Tetapi amalan begini sebenarnya boleh menggangu tahap kesihatan kita.

 

Baju Basah Jangan Disidai Dalam Rumah, Tak Elok!

5 Bahaya Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan

Cuba lihat beberapa alasan yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan.

1. Boleh Jadi Kanser

IKLAN

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

 

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

IKLAN

 

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

 

IKLAN

Baju Basah Jangan Disidai Dalam Rumah, Tak Elok!

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

 

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI