Harga hartanah kediaman dijangka akan terus susut dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang berikutan lambakan unit rumah tidak terjual di Malaysia yang kini mencecah nilai sebanyak RM29.47 bilion.
Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik di Rahim & Co International, Sulaiman Saheh, berkata trend penyusutan itu dijangka berterusan sehingga 2021 sehingga pasaran kembali pulih dengan peningkatan kadar pembelian rumah.
“Trend penurunan harga rumah bermula sejak 2016 pada kadar satu hingga lima peratus bergantung kepada faktor lokasi serta nilai hartanah di kawasan itu.
“Harga rumah terus merosot disebabkan kadar pembelian yang kurang, dipengaruhi beberapa faktor antaranya ketidakmampuan kewangan pembeli, kesukaran mendapatkan pinjaman dan kelemahan elemen nilai tambah hartanah terbabit seperti kekurangan kemudahan pengangkutan dan jaringan lebuh raya yang baik,” katanya pada taklimat media liputan pasaran hartanah Malaysia oleh Rahim&Co International Sdn Bhd dan tinjauan prospek 2019, di sini, hari ini.
Ads
Berdasarkan laporan syarikat perunding hartanah itu, terdapat 149,889 transaksi bernilai RM67.74 bilion dicatatkan pada separuh pertama 2018.
Melihat kepada tiga tahun sebelum, trend penurunan sudah menyusut dengan ketara sejak tempoh separuh pertama 2015/separuh pertama 2016 di mana peratusan penurunan adalah setinggi 12 hingga 16 peratus bagi bilangan dan nilai transaksi.
Laporan itu menyatakan, ia menunjukkan petanda baik bagi 2019 dan ia dijangka dapat menghasilkan pergerakan positif walaupun tidak ketara.
Ads
Bagi suku ketiga 2018, pergerakan bertambah perlahan dilihat dengan bilangan transaksi mengalami penurunan kepada -0.3 peratus, manakala nilai kepada -1.4 peratus.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata pasaran hartanah pada tahun ini dijangka masih mendatar tetapi mempunyai harapan berterusan ke arah pemulihan.
Ads
Beliau berkata, pasaran dijangka akan pulih dengan adanya pengenalan dasar dan insentif baharu yang menyasarkan kepada pasaran hartanah seperti Dasar Perumahan Negara (DRN) 2.0 dan platform pendanaan awam hartanah (property crowdfunding).
“Secara keseluruhan, tindak balas bercampur dilihat dalam pasaran hartanah Malaysia mencerminkan pasaran berada dalam fasa penyesuaiannya dengan persekitaran ekonomi dan politik semasa.
“Justeru, secara kolektif, kesinambungan kepada sentimen tunggu dan lihat serta kesukaran berterusan pembeli bagi mendapatkan pinjaman perumahan menyumbang kepada kemerosotan pasaran dan kenaikan tahap inventori,” katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengenang semula tarikh perkahwinan merupakan sesuatu yang istimewa dan memberi makna yang sangat mendalam. Pada kebiasaannya pasangan akan meraikan dengan cara tersendiri. Tidak kurang juga yang membuat kejutan kepada pasangan dengan membawa ke tempat pertama kali dia melamar anda. Oh sungguh romantis bila pasangan membuat kejutan sebegitu.
Apa yang penting pasangan mengingati hari ulangtahun perkahwinan sambil mengucapkan dengan ikhlas, itu sudah cukup memberi kegembiraan buat pasangan.
Anda juga boleh mempraktikkan cara ini bila tiba ulangtahun perkahwinan nanti agar menjadi memori indah buat anda berdua.
1.Bulan Madu
Romantis bukan jika dapat bersama isteri untuk berbulan madu. Tidak semestinya mereka yang baru berkahwin sahaja yang boleh berbulan madu. Jadikan lokasi di sekitar Malaysia sebagai lokasi anda memadu kasih sayang. Pilihan di tangan anda sama ada bulan madu di tanah tinggi atau pun di pulau. Inilah masanya anda menghangatkan cinta kembali.
2. Buat Kejutan
Sesekali buat kejutan pada pasangan tentulah dia merasa gembira dan boleh menitiskan air mata jika kejutan itu menyentuh perasaan. Letakkan hadiah istimewa di dalam beg tangan pasangan anda. Pastinya kala dia mahu mengambil sesuatu dari beg tangan akan terlihat hadiah yang diberi oleh anda. Sweetnya rasa ketika itu.
3.Luangkan masa dengan Aktiviti Luar Bersama
Sekiranya anda tahu yang pasangan menyukai aktiviti luar, aturkan aktiviti yang menarik yang ada boleh lakukan bersama-sama pada hari ulang tahun nanti. Contohnya pergi mendaki gunung untuk melihat keindahan alam semula jadi berdua mampu mengeratkan hubungan suami isteri.
4.Hadiahkan Bunga
Wanita dan bunga seakan tidak dapat dipisahkan. Hadiahkan bunga kepada pasangan anda tanda cinta dan kasih anda.
5. Masak Masakan Istimewa
Suami suka kan masakan isteri. Nah apa lagi tunjukkan skil dekorasi meja anda dengan penataan yang menarik serta hidangan yang menyelerakan. Pasti buat hati suami tersentuh dengan usaha yang dilakukan oleh isteri. Ikatan cinta pasti bertambah antara anda berdua sambil berbual tentang perkara yang romantis.
6.Mengenang kembali Masa Lalu Bersama
Di hari ulangtahun perkahwinan anda tidak salah anda mengambil peluang itu untuk menghabiskan masa bersama-sama. Imbau kenangan lalu dengan melihat kembali gambar gambar lama anda berdua. Pastinya romantik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang mula diuji saat masuk usia 30 tahun, mula kehilangan seseorang atau mungkin dalam fasa memenangi hati pasangan dalam hidup.
Berbeza dengan waktu umur 20 hingga 29 tahun, yang sibuk belajar, nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.
Lalui Usia 30 Tahun Hingga 39 Tahun
Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan keluarga.
Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
– Kereta mula meragam
– Rumah mula nak bocor sana sini
– Yuran sekolah anak makin naik
– Mula banyak orang benci kita
– Hubungan dengan mertua
– Isteri mula merungut tak cukup makan
– Suami stress gaji kena potong
– Rumahtangga mula goyang
– Badan mula sakit sana sakit sini
– Badan dah tak fit
– Bawa kereta cepat mengantuk
– Hutang keliling pinggang
– Hubungan adik-beradik mula renggang
Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh?
Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.
Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”.
Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.
Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.
Sebenarnya jodoh dan maut itu aturan Allah tapi ada satu kajian menyatakan, orang harus berkahwin di antara usia 28 dan 32 tahun jika mereka tidak mahu perceraian, sekurang-kurangnya dalam lima tahun pertama, memetik dari laman kumparan.com.
Kajian ini dijalankan oleh Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, dan diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Menurut kajian, mereka yang telah berkahwin antara umur 28 dan 32 tahun paling sedikit bercerai.
Wolfinger menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010, dan data dari Kajian Kebangsaan Pertumbuhan Keluarga 2011-2013. Beliau menemui “bell curve” terbalik.
“Kemungkinan perceraian berkurangan apabila anda berusia dari remaja hingga dua puluhan dan awal tiga puluhan,” tulisnya.
“Selepas itu, peluang kadar perceraian meningkat lagi, apabila anda memasuki usia lewat tiga puluhan dan awal empat puluhan.”
Bagi setiap tahun selepas umur 32 tahun, kemungkinan perceraian meningkat sekitar 5%. Ini bermakna anda mempunyai keluarga sesuai pada usia yang tidak terlalu muda, tetapi juga tidak terlalu tua.
Pastinya, ini termasuk dalam perkembangan baru, kerana ahli sosiologi sebelum ini percaya bahawa menunggu lebih lama sebelum akhirnya berumah tangga biasanya menghasilkan kestabilan yang lebih baik.
Ada banyak sebab mengapa usia di akhir 20-an hingga awal 30-an masuk akal untuk memulakan hubungan seumur hidup dengan seseorang. Pada usia itu, kita sudah cukup matang untuk membezakan antara perasaan sebenar dengan seseorang, atau hanya dibutakan oleh keinginan sahaja. Pada usia ini, kita juga telah membuat pilihan kehidupan yang penting dan boleh mengambil beberapa tanggungjawab.
Masih ada lebih banyak kajian mengenai usia sebenar untuk perkahwinan yang sedang dijalankan, mari kita tunggu hasil kajian seterusnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!